Surya- 7 kotak.
Dunhill- 23 kotak.
Winston- 4 kotak.
Malboro Light- 2 kotak.
Tak ketinggalan,
Rokok murah jenama bola- 4 kotak.
Maggi goreng- 8 bungkus.
Nasi goreng Pattaya- 3 bungkus.
Mee goreng- 4 bungkus.
Siap. Kertas pesanan diletak dalam saku seluar, dizip agar tidak jatuh. WZ 6, dorm tempat berkumpul 7 orang budak nakal. Dorm memang berhantu. Tempat gangster-gangster berkumpul. 8 daripada 14 ahli dorm, pernah ada rekod jenayah berat kat sekolah. Sekor-sekor dah kena cop dengan cikgu disiplin. Lengkap berpakaian hitam, semua mesti hitam. Ini misi bahaya. Ketua memberikan arahan dengan jelas.
"Semua orang pastikan follow rapat. Gua tak mahu ada yang ketinggalan kat belakang. Semua barang-barang dah ready?"
"Siap bos."
"Wooww."
Senyum ketua dengan gigi depan yang agak kedepan. Itu dah memang stail ketua. Mie namanya.
2. 30 pagi. Misi bermula. Ketua memulakan langkah dengan bacaan doa. Di akhir doa, ditambah dengan ayat-ayat penguat hati. Bukan apa, agar makhluk-makhluk halus tak mengganggu misi ni. Agar babi-babi hutan tak main kejar-kejar dengan kami.
Halangan pertama berjaya dilepasi. Pagar sekolah berjaya didaki. Pak guard sekolah berjaya dianjing-anjingkan. Peralatan dikeluarkan. Telepon 1100 dengan fungsi torchligt dikeluarkan. Rokok-rokok daun dan murah dinyalakan. Dihirup dan dihembus. Misi meredah hutan kelapa sawit bermula, tempat kediaman makhluk-makhluk halus dan babi-babi hutan.
Lebih kurang 1 jam perjalanan, turun naik bukit melalui denai hutan kelapa sawit. Akhirnya, sampailah di kedai pelayan. Rokok-rokok dan makanan-makanan dipesan. Lebih kurang 30 minit. Ketua memberikan arahan agar bertolak pulang. Lebih kurang pukul 5 pagi. Kelihatan pagar sekolah dari jauh. Misi yang dipanggil FLY berjaya disempurnakan. Syabas semua! Ujar Miey dengan gigi tupainya. Wooww.
Pengalaman buruk;
Dikejar babi hutan.
Diganggu makhluk halus.
Dikejar orang kampung.
Hampir terkantoi dengan polis.
Apa macam? Gangster tak gua? Keh keh keh.
kenangan gua tak akan turunkan kat anak-anak. anak-anak gua semua gua nak hantar masuk sekolah agama. tak nak mereka jadi macam gua. tapi serius. pengalaman terhebat pernah gua ada.
dari gua duk berblogging pagi-pagi buta ni. ada baik gua pergi masjid lagi kan? tepuk dada. tanya selera.
dari gua duk berblogging pagi-pagi buta ni. ada baik gua pergi masjid lagi kan? tepuk dada. tanya selera.
8 comments:
pengalaman fly memang terbaek!
tapi hostel ktorang ladang getah, perit jugak la. hampir nak kena senapang pakcik-pakcik rukun tetangga kawasan kampung berhampiran.
bagus! hantar anak3 kat sekolah agama. :) moga terjamin dunia akhirat diorang. anak3 kan ibarat kain putih. corak lah sebaik mungkin
:D
tak cukup.
haha.
nak join. plz.
ow kena panjat pagar..
sama la!
tapi asrama i dulu panjat pagar, terus jalan besar..
perghhhhh~
macy dulu skola agama wat. kejap je la. aceng yg macy cte tu smpi f5 skola agama. cmtu la jugak. keh2
aku tak penah duduk kat asrama. tapi aku adalag pembekal bekalan budak2 asrama.
wehy..macam budak sekolah aku punya style fly..sebab hampir kantoi ngan polis..keh3
smachian ?
Post a Comment