18 March 2011

perkongsian #2

ayah gua bercerita pasal sahabat-sahabat Rasulullah yang tinggi tahap iman mereka.

redha Allah ke atas mu. untuk para sahabat Rasulullah. Saidina Abu bakar As-siddiq. masyaAllah! bila kita singkap sejarah para sahabat Rasulullah ini, para khalifah ar-rasyidin ini. sangat mengkagumkan. Allah redha ke atas mereka. maka, syurgalah tempat mereka.

saidina abu bakar apabila Islam mula berkembang satu masa yang lampau. abu bakar dikenali sebagai seorang yang kaya raya pada zaman itu, dan apabila pemilik nama Abdullah ibni Abi Qahafah ini memeluk Islam, maka dia menderma seluruh hartanya ke jalan Islam sehingga tiada tinggal apa-apa.
lalu Rasulullah bertanya,
"apa lagi harta yang kamu ada wahai abu bakar?"
abu bakar menjawab,
"harta yang aku ada, hanya Allah tuhanku dan kamu, Rasulullah"

ketika Rasulullah berhijrah ke kota madinah ditemani abu bakar. sehinggalah mereka di sebuah gua untuk berehat. gua Thur namanya ketika itu, para kafirun sedang mengejar mereka. ingin membunuh Rasullah. dalam gua itu, abu bakar meletakkan kepala baginda ke atas ribanya sehingga Rasulullah terlena. seekor kala jengking menyengat kakinya yang terhulur sedikit ke dalam lubang dan sedikitpun abu bakar tidak bergerak menahan kesakitan agar baginda tidak terganggu tidurnya.

tetapi air matanya terjatuh ke muka Rasulullah.
Rasulullah berkata,
“apa hal diri kau wahai abu bakar”
abu bakar menjawab,
“aku telah disengat, demi ibu bapaku korban untuk kau, ya Rasulullah”
Rasulullah lantas menawarkan bekas sengatan tadi dengan ludahan baginda, maka segera hilanglah kesakitannya itu. begitu dalam kasih abu bakar terhadap kekasih Allah. kuatnya iman abu bakar terhadap islam. penuhnya keimanan abu bakar ini.

sudah lupakah kita sejarah para sahabat ini? sejarah mereka jauh lebih hebat dari manusia-manusia yang kita kagumi. mampukah kita menandingi mereka tahap keiman mereka? tepuk dada tanya hati.

10 comments:

RastaMat said...

renungan pagi jumaat..
thumbs!!

Anonymous said...

tak mampu~

Anonymous said...

cmne jd anon ni. isk

Cik Waning said...

maaf.. kalo x silap apa yg saya baca, apabila Saidina Abu Bakar infakkan seluruh hartanya ke jalan Islam, Rasulullah SAW tanya;

"Apa yang kamu tinggalkan untuk anak dan isteri kamu, wahai Abu Bakar?"

dan beliau jawab;

"Allah dan Rasul.."

err... sama jelah kan mana-mana pun? haha :)

alexayussida said...

insyaAllah tak lpe ..abu bakar sahabat yg sangat setia..ssh nak cari shbt mcm ni...

± said...

manusia semulia Rasulullah memang deserve sorang sahabat yg mulia juga

Frodo Baggins said...

agaknya, mcm mana Rasullullah tarbiah sahabat2 baginda sampai sanggup korbankan nyawa dan harta di jalan Allah?

Syahadah yg diucap aku bersaksi tiada Tuhan yg disembah melainkan Allah dan aku bersaksi Muhammad itu pesuruh Allah betul2 menghujam hati mereka ..

sebak dol.

Duniakuabstrak said...

Dia sentiasa Hero yang tiada tandingannya

penyisir rambut said...

sebab tak diterap kan dr kecik...
yg budak2 taw...
cite cinderlla,cite barbie,
cite gaban,cite satria baju itam...
cite2...

so sape yg nak mengubah nya...
tntu lah kita..

skandaLdariLangit said...

panjang gila rennungan :D