30 October 2011

kalau gua jadi PM #1

assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

apa khabar rakan-rakan twitter, facebook semua? rakan-rakan bolasepak? tahniah kepada pasukan nogori kerana mengalahkan pasukan penyu semalam. maaf kerana tidak dapat bersama untuk nengok match final semalam. maklumlah, busy memanjang berada di Perth menghadiri CHOGM. tak lupa juga kepada fans Menyu termasuk kepada diri saya sendiri sebab kena bantai 1-6 kepadajiran sebelah. takziah diucapkan kepada Sir Alex  Ferguson dan tahniah kerana menang 1-0 semalam. hik hik hik.

okay. gua mengarut. back to the main point. kalaulah gua menjadi perdana menteri malaysia. kalau lah kan. kalau-kalau. jikalau ada rezeki. the first thing i will change is;
MELUPUSKAN SEKOLAH-SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DAN INDIA.
MENUBUHKAN SEKOLAH KEBANGSAAN 1 MALAYSIA.

kata 1 Malaysia.  tak kan tak boleh kot. yes of course, this will have its own pros dan contras. but what i see here its has more benefits than its disadvantages. apa yang gua nampak, semangat 1 Malaysia hanya ada pad mulut. tidak pada hati, jiwa dan raga. cewahhhh. yelar, melayu kata, "ok, kami sokong 1 Malayisa", cina kata, "wahhh, ini 1 Malaysia sangat bagus", india kata, "1 Malayisa apa pun boleh". tapi dalam diam, belakang sape yang tahu.

jurang perbezaan kaum ini sebenarnya seharusnya diminimumkan sejak sekolah rendah lagi. penubuhan sekolah jenis kebangsaan ini merupakan satu kesilapan. cina pegi sekolah cina, india pergi sekolah india. melayu pergi sekolah melayu. camno budak-budak di bangku sekolah ini hendak bergaul mesra sekaligus meningkat semangat toleransi antara kaum.

semuanya bermula dari peringkat rendah lagi, meluntur buluh biarlah dari rebungnya. cuba bayangkan kalau hanya 1 jenis sekolah sahaja yang ada. di mana semua kaum, melayu, cina dan india akan bergaul bahagia, bersaing secara aktif. tidakkah ini akan menguntungkan semua pihak. berhentilah berfikiran kolot atau takut kalau persaingan sihat berlaku, kepada melayu khususnya. alangkah damai dan harmoninya jika anak-anak cina, melayu, india sama-sama berbincang menyiapkan kerja sekolah atau bermain bersama-sama.

lalu bayangkan ia mampu diterapkan sejak di bangku sekolah lagi dan berterusan hingga ke peringkat universiti. dan tentulah, ini akan mengambil masa untuk dilihat hasilnya. 10 tahun, 20 tahun mungkin. kita boleh ambil contoh yang terdekat di sekolah berasrama penuh., di mana akan ada cina atau india dapat memasuki sekolah ini berdasarkan jumlah kouta yang diberikan oleh kerajaan. 5 tahun hidup bersama-sama atau 2 tahun bagi sekolah seperti SASER. kita dapat lihat hubungan yang tercipta antara mereka sangatlah *amazing.

sebab itulah gua lebih suka jika sekolah berasrama penuh malah mrsm dibuka peluang dengan lebih luas kepada bukan bumiputera.

mungkin ramai yang tidak setuju untuk menerima hal seperti atau menganggap ia sesuatu yang amat sukar dilaksanakan. ya, bukan mudah untuk mengubah sesuatu yang melibatkan sensitiviti kaum seperti ini. dan jika dibawa ke meja mulat dan ketepikan semua kepentingan politik unutk kesejahteraan negara. mungkin ia mampu dilaksanakan.

ini baru true 1 Malaysia. terapkan di peringkat akar-umbi lag. semoga semangat 1 Malaysia terus mekar di bumi Malaysia.



again, this is just my 2 cents. my own opinion and thoughts.

1 comment:

RastaMat said...

its true..
one malaysia one love..