31 December 2010

gua dan bola

siapa tak kenal mamat ni? kat page fan kat fesbuk dah cecah angka puluh ribu. Khairul Fahmi Che Mat. jejaka idaman wanita abad ni. Mark Zuckerberq kasi tau gua, kira-kira 1 juta awek-awek Malaysia update status pasal mamat ni malam semalam. suami idaman awek-awek Malaysia. silap haribulan, boleh kalahkan Maher Zain kat carta carian top Google. gua bukan apa, gua dah lama kenal mamat ni. tapi gua ingat-ingat lupa pasal cerita mamat ni. maklumlah, cerita lama.

Sembilan tahun yang lalu. Tahun 2001.

Masa tu gua darjah 4. Gua seorang kanak-kanak yang lincah. Hobi gua main bolasepak. Cikgu sukan masa tu dapat kesan bakat gua yang hebat ni. Pantas, gagah, berskills tinggi, pandai gelecek. Di usia muda, gua dipilih untuk wakil sekolah gua. Tiap-tiap petang gua akan berlatih bola. Usaha tangga kejayaan, motto hidup gua ketika zaman kanak-kanak tak baligh. No pain, no gain bahasa orang putihnya. Masa tu, haram gua tak paham.

Hari demi hari, skilsl gua bertambah maju. Berkat doa ibu bapa dan usaha gigih gua. Main peringkat zon. Sekolah gua jadi johan. Seterusnya peringkat daerah, gua menang kasut emas. Ramai orang jeles dengan gua. Bukan sebab apa, sebab kaki gua membunuh. Budak-budak gelar gua macam-macam. Antaranya, 'The Killer Leg', 'Esprano', tapi gua femes dengan gelaran 'The Torpode'. Sebab gua pantas dan laju. Kembang-kempis hidung gua.

Gua terpilih jadi striker daerah walau ketika itu gua baru darjah 4. Coach bagi harapan besar kat gua. Yakin dengan skills gua walau gua masih mentah dan belum baligh. Pasukan daerah berlatih dengan gigih. Rajuchaca nama jurulatih kami, bermisai putih. Digeruni dengan kebolehan taktikal yang tinggi.

Hari yang ditunggu tiba. Perlawanan antara daerah peringkat negeri bermula. Daerah-daerah dibahagi kepada dua kumpulan. Tapi silaka, daerah gua berada dalam kumpulan maut. Match pertama kalah 5-1. Silaka! Mungkin tidak biasa dengan keadan padang. Namun gua masih tak luntur semangat. Berjuang ketitsan darah terakhir. Daerah Tanah Tumpah Darahku!

Rajuchaca menukar taktikal kami. Kami bermain lone striker dengan 5 orang midfielder. Strategi menjadi dan kami berjaya layak ke final. Ketika final lah, gua kenal dengan Khairul Fahmi Che Mat. Nama femesnya Apex. Penjaga gol paling femes 9 tahun dahulu. Maknanya, gua akan berhadapan dengan dia di final. Striker versus Goalkeeper.

Rajuchaca suruh gua main macam biasa. "Don't afraid to shoot and score", katanya ringkas. Perlawanan bermula pukul 12.00 tengah hari, matahari berada tegak atas kepala. Panas dan silau. Cukup mencabar bagi kedua-kedua penjaga gol. Tapi Apex punya kelebihan, kelebihan mata semulajadinya. Sepet.

Perlawanan sangat sengit dan masa semakin suntuk, masa tambahan 4 minit bermula. Bola di dalam penguasaan kami. Bermula dari penjaga gol. Tenang menghantar bola kepada pertahanan kanan. Bola terus dihantar kepada holding midfielder. Pihak lawan mengasak dengan keras. Bola kembali kepada pertahanan tengah. Gua turun ke bawah untuk mengatur gerak. Bola berlegar di kawasan tengah. Flanker kanan meminta bola. Berlari laju ke arah penjuru padang. Gua berlari ke hadapan gol sambil meminta bola. Bola dihantar lintang, keras dan tinggi. Pertahanan lawan gagal membuat offside trap. Bola menuju tepat ke arah gua.

1,2 dan 3. First timer dari gua menjadi. Dengan kaki kiri, gua berjaya membuat banana-kick. Bola leret rendah ke penjuru gol. Apex terbang untuk menyelamatkan bola. Tapi tak sempat. GOALLLL. Apex geleng kepala tanda kecewa.

Perlawanan tamat dengan keputusan 1-0. Selesai perlawanan, Apex datang dekat gua. Serius mukanya, buat gua rasa takut.
"Satu hari nanti, gua akan jadi penjaga gol Malaysia. Jumpa 9 tahun lagi. Sama-sama wakil Malaysia terchentaaaa. Itu impian gua."
katanya serius.

1 bulan selepas itu, gua accident motor. Kaki gua cacat buat selamanya. Bolasepak hanya menjadi impian gua.

*****
sekadar rekaan semata-mata. keh keh keh. jangan bongkak. nanti lu accident motor. sama macam 'gua' dalam cerita di atas. berusahalah dengan impian kamu. jangan hangat-hangat tahi ayam. MAJULAH BOLASEPAK UNTUK NEGARA!

28 December 2010

SHITS!

okay everyone. HELLO. how are you my dear audience? okayy. since everyone is here, i would like to share a few things to you guys as i thought these fews things are really important to me, or better it is important. so put your ears on maximumly and listen very carefully.

intro macam silaka. keh keh keh.

LISTS OF SHITS I REALLY HATE!
1. tandas yang kotor dan jijik. gua prefer tahan berak dari guna tandas jenis macam itu.
2. perempuan yang tidak sedar diri. perasan diri bagus, cantik dan segala macam. FAKA!
3. lelaki yang tersangat control macho bila berhadapan dengan perempuan.
4. people yang suka give me instructions dan marah tak tentu pasal.
5. waiting for somebody. when i said, 12.00 pm. better come on the dot. perasaan menunggu itu gua cukup benci.
6. FOLLOWERS YANG HATINYA TIDAK IKHLAS. IKHLAS TU DALAM MAKSUDNYA OK!
7. pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang suka bluurbrringggg.
8. area parking yang penuh. nak mencari parking yang kosong cukup lama.
9. people yang rasa bangga with their bf or gf. bercerita pasal bf or gf diorang.
10. bila gua get flu. it really sucks.

so, back-off people. hahaha.

tak semua yang orang suka kita akan suka. stop pretending friends. handle shits carefully. its fragile. handle with care.

27 December 2010

kerakusan si Shamsul

Kaki kiri menekan jitu clutch kereta. Tangan kiri tangkas memasukkan gear 5, top gear bagi kereta Proton Wira bernombor WHC 2211 manual miliknya. Untuk kawalan sempurna. Shamsul kembali menekan clutch keretanya, gear 5 ditukar kepada 4. Selekoh tajam diambil pada kelajuan 90km/h. Cukup kemas pemanduan Shamsul. Ada kelas tersendiri.

Selesai mengambil selekoh, Shamsul terus memecut laju di jalan lurus. Tiba-tiba sebuah Toyota Hillux memotong dengan lebih laju. Ketika itu, speed meter Shamsul pada angka 140 km/h. Jelas. Toyota Hillux lebih berkuasa dari Proton Wira miliknya. Shamsul rasa tercabar. Keegoannya memuncak.

Streng kereta dipegang dengan dua tangan gagahnya. Butang Turbo pada sisi streng ditekan. Vrooomm. Vrooooommm. Bunyi ekzos berderum lebih berkuasa tanda injap bergerak lebih laju. Memberi lebih kuasa pada enjin.

"Tak sia-sia aku convert enjin Mitsubhisi Evolution dulu, upgrade Turbo MX, Absorber Sporty dan saiz rim dari 15 setengah kepada 17."
Getus hati kecil Shamsul.

Semua itu tidak lain tidak bukan agar kereta buatan nasional itu lebih berkuasa dan mampu mengambil selekoh pada tahap optimum. Bukan apa, ketika itu. Proton Inspira belum dijual. Proton masih belum cukup duit untuk bayar Mitsubishi untuk tiru model Mitsubishi.

Kembali kepada Lebuhraya Gerik-Jeli di mana sebuah Proton Wira sedang beradu tenaga enjin dengan sebuah Toyota Hillux. Setelah butang Turbo ditekan, kereta Shamsul memiliki lebih kuasa untuk memotong balik Hillux tadi. Pedal minyak ditekan rapat, Shamsul berjaya memotong Hillux tadi. 

"Hahahaha."
Shamsul ketawa puas.

Bagai dirasuk hantu, Shamul dan pemilik Hillux terus memecut laju. Ketika ini, nafsu sudah mengalahkan kemampuan akal kedua-dua pemandu itu. Masing-masing mahu tunjuk kehebatan. Adegan potong-memotong terus berlaku. Deruman enjin berderum ganas di lebuh raya itu.

Nasib tak menyelabahi Shamsul. Perbezaan kapasiti enjin jelas menjadi titik pemusnah Shamsul. Toyota Hillux dengan kapasiti 2.5 cc lengkap dengan Turbo with cooler unggul menguasai perlumbaan itu. Namun Shamsul masih tak mengaku kalah. 

Selepas mengambil satu selekoh tajam di mana Hillux berada jauh di hadapan Shamsul. Tiba-tiba,  lampu brek belakang Hillux menyala jelas menunjukkan isyarat brek kecemasan. Hillux berhenti kira-kira 400 meter di hadapan kereta Shamsul. Ada kerja-kerja pembaikan jalan di hadapan. Pekerja mamat Indon mengibarkan bendera merah tanda berhenti. Secepat kilat kaki kiri dan kanan Shamsul menekan clutch dan brek. Streng dipegang kemas, kelajuan kereta berkurang sedikit dan mungkin tidak sempat untuk berhenti.

20 saat terakhir ketika maut berada di hadapan Shamsul. Shamsul menarik brek tangan. Tayar belakang kereta terseret. Bau hangit menusuk hidung. Shamsul sempat berteriak Allahuakbar! Wajah-wajah isteri dan anak-anak terpampang di mata Shamsul.

BOOOMM!

Proton Wira melanggar bahagian belakang Toyota Hillux tadi. Badan Shamsul terperosok ke bahagian depan kereta. Pecah cermin kereta. Darah berada di mana-mana. Berakhirlah nyawa seorang pemilik kereta Proton Wira itu, Shamsul bin Haslam meninggalkan seorang janda dan dua orang tidak berbapa.

kelajuan membunuh. kealpaan membunuh.pandu dengan cermat. ingatlah orang tersayang. mereka menanti kepulangan anda di rumah. jangan convert kereta lebih-lebih. keh keh keh. 

21 December 2010

pink rose


6 bulan lalu.
ok. this is the time. its really useless.

3 bulan lalu.
sudah sampai masanya nak lupakan.

1 bulan lalu.
sakit hati teramat. yang lepas tu lupakanlah.

2 minggu lalu.
putus asalah wahai hati. dia tak nak kan kau.

1 hari lalu.
keep sms and talking with her. FAKA!

this really big shit!

sabarlah wahai hati. its takes time to forget. sabar dan terus sabar. gagahkanlah hati itu walau jiwa masih belum mampu. lupakan sekarang atau hadapi masa depan yang teramat seksa.

19 December 2010

crazy

just a short update from me. i am becoming totally crazy this week. spending about 1K++ from my saving just for shirts and jeans in 3 days. OMG.

hackshitam menjadi perakus minggu ni. tapi ingat, dalam kerakusan. ingatlah orang dalam kesusahan.

17 December 2010

masalah perkahwinan

dialog sepasang suami isteri awal 50-an.

"Papa on phone ngan sape semalam? Pukul 2 pagi semalam."

"Anak murid papa. Nak tanya pendapat papa pasal paper STPM nanti. Baru balik meniaga pasar malam katanya."

"Papa jangan nak tipu mama. Tak kan sampai pagi-pagi duk tido ngan mama pun, boleh anak murid papa call lagi. Tak reti nak hormat rumah tangga orang langsung!"

si suami tunduk senyap.

"Bagi nombor phone tu, mama nak call budak tu."

si suami menurut arahan.

"Mama tak kira, anak murid papa ke, sape ke. Tak ada orang boleh share kasih sayang papa. Kasih sayang papa just untuk mama dan anak kita  je. Orang lain tak boleh."


lumrah rumah tanga. kuatnya cemburu si isteri. si suami pula suka mengalah dengan si isteri. andai si suami tak mengalah. tinggikan ego. turunlah talak kepada si isteri. betapa pentingnya tolak ansur dalam rumah tangga dan betapa bahayanya nilai ego itu.  

14 December 2010

hurt



Have you ever wondered which hurts the most: 
saying something and wishing you had not, 
or saying nothing, and wishing you had? 

menangislah andai dapat legakan hati yang lebur itu. basahilah pipi dan sapulah air mata itu dengan harapan segala kesedihan dapat dilupakan selama-lamanya. senyum dan fahamlah  wahai hati. tak semua yang diingin mampu dimiliki.

07 December 2010

selesema

kalau diberi pilihan antara KLCC dan ubat selesema sekarang. gua pilih ubat selesema dowh. KLCC tak penting dowh. sayang ubat ketat selesema ketat-ketat. cemolot-cemolot.

sakit tu penghapus dosa. dosa terhapus umpama gugurnya daun-daun kering tika musim luruh. sakit tempat Pencipta menguji kesabaran hamba-hambat Nya. bersabarlah andai diuji dengan sakit.

05 December 2010

surat untuk si dia

awak,
kenapa hati ini tak boleh nak melupakan awak?
hampir 2 tahun lalu. saat saya ternampak awak. ayu berbaju kurung pink berbunga putih. adakah ini takdir? atau hanya ujian? dan tiap hari saya memohon agar awak menjadi satu anugerah dalam hidup ini. bila terkenang. bagaimana saya 'mencuri' nombor phone awak dalam list senarai peserta. dan bila terkenang saat awak membalas sms saya ketika itu. mahal. saya tahu betapa mahalnya sms awak untuk seorang lelaki yang tak dikenali tika itu. dan dari saat itulah. saya mula mengenali awak.
hari berganti hari. kita semakin rapat. berani bertandang ke rumah awak sebagai anak jantan. mula rapat dengan kakak-kakak awak. masih tak ikhlas lagikah saya bagi awak?
mungkin. saya seorang yang hanya suka bermain-main dimata awak. tidak serius bila melihat Facebook saya yang banyak bergurau-senda dengan perempuan-perempuan lain. di mata awak. saya seorang player mungkin. menganggap saya tidak jujur terhadap awak. 
dan pada suatu hari. saat itu kita sedang berchatting. keluarlah dari tulisan-tulisan awak.
"saya mahu saya yang dulu."
"saya yang betol-betol single."
tangan-tangan saya mula menaip.
"kita tak pernah kapel pun awak."
awak menjawab.
"saya tahu. saya mahu diri yang hatinya bukan untuk seorang lelaki."
dalam maksudnya. dan ayat itu buat saya cukup mengerti. 
"ok, then. jika itu yang awak mahu."
saya berlalu pergi. cuba untuk melupakan awak. datanglah seorang perempuan kepada saya. perempuan yang cukup baik. lengkap serba-serbi. mungkin boleh saya katakan. lebih sempurna daripada awak. status saya mula berubah dari seorang single kepada seorang yang berpunya. walau hati saya tahu. hati saya masih lagi untuk awak. 
cinta boleh dipupuk. itu dusta dan sia-sia. hati masih berkeras mahukan awak.
pada malam itu. sahabat baik awak datang dan memberitahu.
"dia sakit. sangat-sangat tidak sihat. berat dia turun 3kg."
dan awak tetap mengatakan awak sihat kepda saya. jauh. awak jauh dari saya. dan malam itu saya bertanya kepada awak. satu soalan. tak mungkin jawapan awak itu saya lupakan.
dan pada malam itu. kata-kata awak;
"awak pergi sayang makwe awak lar."
"yang lepas tu lepas lar."
"lets forget it."
pedih. macam all my efforts. meaningless di mata awak. semua tu sebab i'am in relation dengan perempuan tu.
dan semalam. saya tanya lagi. soalan yang hampir sama. dan awak menjawab.
"jangan tungu saya!"
"we're facing unpredictable future."
"lets forget this."
buat saya speechless. terlalu bodoh. sangat lama saya tunggu. dan maaf sangat paksa awak jawab all my stupid questions. terlalu medesak kan? bodoh kan saya? dan saya sedar. betapa betolnya kata-kata awak itu. dan buat saye sedar. awak tak mahu komited dengan mana-mana lelaki. atau mungkin. di hati awak. sudah ada lelaki yang teramat istimewa.
cinta.
kerana cinta kita terseksa.
kerana cinta kita tertekan.
kerana cinta kita terluka.
kerana cinta kita berdosa.
kerana cinta kita merasa pedih.
tapi tanpa cinta,
manusia tak kan sempurna.


daripada;
sang lelaki setia.



pesanan gua untuk mamat penulis surat cinta ni. lu belaja pandai-pandai. kerja besar-besar. lepas lu kaya. nanti lu cari balik minah yang lu sayang ketat-ketat ni ok. gua doakan kebahagiaan lu. keh keh keh.