06 August 2012

craps

17th Ramadhan.
Cepat kan. 2 minggu tiga hari dah umat Islam berpuasa. Rasa semua benda berlalu dengan amat cepat. Kerja sangat banyak tapi still boleh melenggang lagi. Dah minggu yang ke-12 dari total 14 minggu untuk lectures week. Final exam lagi 2 minggu, just after raya. Huurrm, by now. I should already cover half of lectures. Fortunately selected into SEDEX 30 which is a shortform of Science Engineering and Desigin Exhibition on this coming Wednesday and Thursday. Two lab presentations on this Tuesday. Comsol Test on Friday. Three more tests on following week. Hectic.

Letak tepi dulu pasal all the things because myself usually prepare all the stuffs for each event on last minute, everyone knows about that. I know, definitely I can go through all the things calmly and spontaneously. Haha. What the hell i am using English here. Fuck myself!

Ramadhan tahun ni macam biasa-biasa. Nothing special. Rasa macam hambar, terawih jarang-jarang. What different this year is almost everyday I went for Iftar at Masjid An-nur. Feeling good sebab lepas berbuka boleh terus solat maghrib berjemaah yang jarang-jarang buat. I mean, solat berjemaah. Bazar pun first time pergi petang tadi, ponteng berbuka kat masjid sebab Lee Chong Wei. Patriotik.

Sangat-sangat teringin nak berbuka dengan keluarga. First Ramadhan I was at home, break-fast together dengan keluarga. 10 of us termasuk abang ipar. Ayah macam biasa, bawak air kosong sejuk which he put in the fridge earlier ke masjid, maghrib kat masjid. Lepas tu baru balik dan berbuka kat rumah. Kami yang kat rumah pun makan kuih-muih, minum air, solat dan together with ayah makan nasi sama-sama. Still remember my first meal for berbuka is rendang ayam made by mama. Sangat jeles dengan member-member yang tengah cuti yang dapat berpuasa fully 29 days at home. Lucky them, pity me. I miss my family as I am a family-type person.

Let's face 2 more weeks and I will come home for Eid-Fitri. God bless me for the upcoming hectic weeks.

holly shits apa yang aku tulis ni. craps from my mind translate into words. pi mampussss. happy fasting whoever who read this.


17 July 2012

Lets do this!

2 bulan lepas.
14 hari lepas.
Hari ini.

Aku bukak balik blog ini. Tiada apa-apa. Kosong. Lalu aku tanam azam dalam hati. Aku kena menulis balik.  Moga aku dapat menulis sekerap dulu.

tiap-tiap hari aku view blog ni. terlalu banyak kenangan dalam blog ini. bila aku baca balik entri-entri dulu. rasa macam bangang. bodohnya aku dulu. HAHAHAHA

28 March 2012

kebahagiaan apa?

oh. selamat pagi semua.

terdetik hari ini untuk memasukkan perkataan hackshitam di ruangan sign in setelah berabad-abad tidak menurunkan sebarang jejak di dalam blog serba jahat ini. tiada apa-apa yang ingin dikongsi, sungguh perasaan itu sudah lama hilang.

hidup dengan rutin dan dilimpahi kerja buat aku rasa hidup ini lebih bermakna. mungkin hidup sebelum ini agak kosong tanpa sebarang rutin yang menyibukkan anggota-anggota badan aku ini. oh, merepek sahaja.

kadang-kadang aku suka mencabar kuasa akal aku untuk berfikir. berfikir sedalam-dalamnya tentang apa jua perkara berkaitan dengan kehidupan. kehidupan. kehidupan dan kehidupan. apa yang kita faham tentang kehidupan. hidup pula tak semestinya hidup di atas dunia sahaja. hidup di alam lain pun digelar kehidupan. apakah makna kehidupan buat manusia yakni kita semua?

pertamanya, apakah tujuan kita manusia untuk hidup. tentunya sebagai orang Islam kita dilahirkan untuk menjadi khalifah di bumi Tuhan ini. untuk memakmurkan bumi Tuhan ini selain menjadi hamba yang taat pada Sang Pencipta. jadi, jika ukuran ini tidak difikirkan. tujuan apa manusia hidup sebenarnya?

untuk mecapai kebahagiaan? kebahagiaan pula bagaimana diukur tahap rasa bahagia itu. adakah dengan mewahnya hidup bila masa apa yang kita mahu semua kita mampu dapat. kalau itulah yang menjadi pengukurnya, mengapa pula masih ramai orang kaya tidak tenang hidup mereka.

kebahagiaan boleh disamakan dengan kepuasan ataupun kenikmatan. contoh mudah bila rasa haus datang, air kosong sejuk mampu memberikan kepuasan yang teramat. itu pun sudah cukup bahagia. namun, harus kita ingat. rasa nikmat, rasa puas itu hadir hanya sekejap. 5 minit, 10 minit. hilanglah rasa itu. jadi, itukah bahagia yang kita cari.

bagi aku lah, kebahagiaan ada kait rapat dengan pegangan. rendah diri dan bersyukur pun boleh jadi satu rasa kebahagiaan yang amat bila disalurkan dengan  betul. pegangan pula berkait rapat dengan agama. tanpa agama, tanpa pegangan, ibarat memandu tanpa destinasi. tiada arah tuju. sedangkan kebahagiaan itu hadir bila kita mencapai apa yang kita mahu. bagaimana mencapai apa yang kita mahu sedangkan tiada arah tuju atau tujuan?

sebab itu ada satu perkara yang akal manusia tidak mampu mentafsirkan rasa itu. rasa bahagia itulah yang aku maksudkan. sebab itu kita kena ada kepercayaan, pegangan. sebab apa, sebab hidup atas dunia ini sementara. kembali kepada Tuhan Sang Pencipta. Islam agama sempurna. cara untuk bahagia, semuanya ada dalam kitab agama kita.

aku suka memetik kata Ustaz Don Daniyal,
"everyone of us we keep on saying, buatlah apa pun tapi semayang jangan tinggal. everyone of us, we say that. BUT what type of person we end up? nothing.... nothing....."


carilah rasa bahagia yang hakiki. itu paling baik.