28 July 2011

mengaumlah!

selamat petang semua.

hari ni gua sangat kecewa. babi betei punya member. sepatutnya gua duk atas kereta ondway ke SNBJ sekarang. malangnya gua still terperap dalam bilik duk mengadap latop buruk gua. silaka betei. tak pernah gua rasa sekecewa ini. tengok Red Devil kena bahan dengan Barcelona pun tak pedih macam ni. tengok Red Warriors kena gol air mata masa final lawan Terengganu pun tak seperit ni. 

kerana gua sayang Malaysia. segala-galanya Malaysia. Tanah Tumpah Darahku.


dengar-dengar Aidil main malam ni. gua sokong dari jauh di depan screen tv mamak malam ni. 2-0 je. kerja mudah je geng. goodluck Harimau Malaya!

25 July 2011

guru/cikgu/pendidik

gua petik dari kata-kata member gua.

cikgu hanyalah seperti kerajaan BN yang hanya bila ada kepentingan untuk mereka baru nak huh hah sana huh hah sini.

tapi still ada cikgu yang ikhlas mengajar untuk lihat anak murid mereka berjaya. terima kasih buat cikgu-cikgu seperti ini.

jika gua jadi cikgu nanti. gua akan pastikan gua bukan cikgu seperti kerajaan BN. niat kasi ikhlas. sebab generasi muda lah yang akan mencorak masa depan negara.

18 July 2011

oh Malaysia!

selamat hari isnin semua. dang! kelas pukul 8 pagi. game brazil vs paraguay pukul 3 pagi kejap lagi. kelas pukul 8 gua pedulikan. gua dah lama tak layan bola. gersang amat!

weekend yang sangat tak produktif. sabtu ada lab. ahad tidur, tenghari baru bangun. shopping. duit lesap 2,3 ratus. sekali lagi dang! tapi semua tu gua pedulikan. gua tak puas hati sebab lab. apa jadah ada lab hari sabtu? hari sabtu hari berjimba lepak dalam bilik layan movie sampai lebam. demi masa depan, gua gagahkan diri jugak.

Wetted Wall Absorption Column. tajuk experiment gua hari tu. under subjek Separation Process 1. yelar, gua kan chemical engineer will be. hahaha. labmates 5 orang tapi seramai 3 orang je menghadirkan diri. seorang handle event di KL. dan seorang lagi egyptian girl yang gua syak tak tahu pun hari tu ada lab. tapi ada tiba-tiba ada seorang mamat join group kitorang. mamat yang ada stlye. pakai kasut fred perry. berjam tangan guess sport style. ya, gua seorang yang cukup observant bila mana mata gua melihat seorang lelaki dengan gaya pemakain yang cool.

jadi. gua, mamat fred perry tadi dan dua orang labmates cina gua yang juga sangat cool bila sampai masa nak submit report. cool dari segi memplagrise report senior. lab demo kali dari pakistan. mr. majeed dan member dia yangguataktahunamapa juga dari pakistan. lab demo ni function dia memberi instructions, memberi tunjuk ajar mengenai eksperimen yang bakal dibuat. sambil memantau semasa eksprimen yang sedang berlangsung. macam kalau tiba-tiba gua dan member-member blur atau tak faham pasal eksprimen. kepada mereka lah kitorang akan refer.

pada masa yang sama tugas mereka juga membuat sesi yang dipanggil viva-voce iaitu satu sesi di akhir eksprimen lab demo akan menyoal dan bertanya dalam komunikasi dua hala mengenai tahap kefahaman mengenai eksprimen yang dijalankan. dan lab demo jugak lah yang akan memeriksa dan memberi markah kepada lab report yang dibuat. sekian cerita tugas-tugas seorang lab demo.

apa jadah gua pergi story pasal lab demo ni. haram. tak ada kaitan dengan tajuk langsung. selesai kitorang berempat dengan eksprimen. kami menuju ke arah lab demo untuk sesi viva-voce. gua dan agak, viva-voce kali mesti cincai-cincai je. air muka mr. majeed ngan member dia pun nampak  comel dan baik je. mereka just tanya few simple questions. selebihnya, kitorang berborak-borak dengan dia.

terkeluar dari mulut mr. majeed.
"i found that malaysian students even the basic things they can't understand well."
"they keeps asking simple basic things which are not at the university level."
gua dan labmates gua macam blurr. errrrrrrrrr.

dan member mr. majeed pulak bertanya tentang admission requirement to enter our university. dan seorang labmate cina gua pun bercerita tentang SPM, yang mana bila kau cemerlang SPM kau boleh pilih course yang elok and the most popular of course is medic. dan gua pulak bercerita tentang all the interview thingy, the IQ test, math and science test that we need to  attend sebelum masuk ke universiti ini. and i guess, our university only have all those interview and the tests before we are accepted to be as students. and we are from top SPM students all over Malaysia. and we are the choosen one.

tapi still, the basic things. students here can't really understand and applied it well. gua rasa sama saje dengan students di UTM, USM mahupun universiti-universiti lain di Malaysia. gua agak terkilan dengan kenyataan mr. majeed tapi gua harus sedar. itu satu kenyataan dan kebenaran. yang benar itulah biasanya pahit untuk ditelan. dan dia bercerita bagaimana di negara dia, competition tersangat lah hebat. gua ingat mereka hanyalah postgraduates yang doing master here. but i am totally wrong as they are now doing their PhD here. dan mereka used to be a lecturer di national universiti di Pakistan.

dan kita semua tahu, budak-budak Pakistan IQ mereka sangatlah tinggi. dan mereka sangat femes dengan kemahiran mereka di bahagian programming and codding. dan gua pernah baca yang tulang belakang wikileaks tu pun sebenarnya nationality dia adalah Pakistan. tapi gua lupa pulak nama mamat tu. dan juga orang penting kat NASSA juga salah seorangnya ialah orang Pakistan. gua pulak bertanya kepada mereka sebab mengapa mereka doing the PhD here. sebabnya cuma satu. mereka ditawarkan biasiswa. ya, itu satu langkah yang sangat bijak sebab dengan cara beginilah we as Malaysian can learn something from them.

dan keluar lagi solaan dari mulut yangguataktahunama,
"i heard about the percentage of the races here competing in for the place in the school and university and even for the scholarhip. how is the percentage divided and how much for each races?"


dang. soalan ni buat gua cukup kaku. speechless bang. dan seorang labmate gua yang cina jawab yang students tidak tahu about the percentages for each races as we are all just apply for the places. its depend on the government. dan gua kaku macam mana gua nak bagitau yang melayu ada special rights, special places. dang! gua malu untuk bagitau semua tu. lagi-lagi depan member-member cina gua. dan semua orang tahu pasal benda ni. ya, kalau melayu tak diberi special treats. ramai yang cakap. melayu akan mampus. tapi sebenarnya keistimewaan untuk melayu ni lah yang buat melayu mampus. hidup terlalu mengharapkan bantuan. si cina pulak cakap,"kalau kerajaan tak tolong, sampai bila melayu tak boleh hidup mewah." inilah yang buat gap antara kaum itu menjadi makin luas.

kita tengok orang melayu, ada duit sikit. pergi makan secret recipe, dome, starbucks. kita tengok orang cina, ada duit banyak. still pakai kereta buruk. simpan duit untuk masa depan anak mereka. untuk pelajaran. sebab mereka tau, bantuan dari kerajaan untuk mereka sikit. melayu pulak, kita fikir lah sendiri. benarlah kata zaid ibrahim dalam tulisan bukunya, saya pun melayu yang bercerita tentang keistimewaan melayu yang diberi sudah jauh tersimpang dari tujuan asalnya. arrgghhh sudah. panjang kalau kita bercakap pasal hak melayu ini sendiri.

berbalik kepada persoalan pertama mr. majeed tadi. pada pendapat gua, penubuhan SBP dan MRSM adalah satu jalan yang sangat salah. ya betul, kita mahu melahirkan genius-genius yang pada suatu hari nanti akan menjadi pemimpin negara. kita tengok sendiri di sekolah-sekolah ini. pencapaian akademik yang diutamakan! akademik tinggi, pengetua dapat nama, cikgu-cikgu naik pangkat. bermula disini lah segalanya menjadi punah. apa kita ingat sekolah-sekolah yang top SPM di Malaysia, pelajar-pelajarnya juga top intelek dan pelajaran mereka. gua cakap tidak. sama sekali tidak.

ya. salahkan sistem bila pencapaian adalah segala-galanya. bila pelajar diajar dan dilatih tubi dengan soalan-soalan. dilayan seperti mesin. ya. SPM itu sendiri sudah salah caranya. kita dapat lihat pattern soalah SPM itu sendiri. wajarkan sistem seperti ini dijadikan penanda aras untuk segala-galanya. sangat-sangat salah dan tidak sesuai. di mana seorang cikgu dapat meramal soalan yang bakal keluar. dan pelajar hanya diuji berdasarkan satu kemahiran sahaja. betulkah sistem pendidikan seperti ini? sekolah berlumba-lumba mencapai akademik yang membanggakan. salah! bila bertahun-tahun sistem yang sama diguna pakai. ia akan berevolusi menjadi benda yang tidak boleh diguna pakai.

kita lihat dulu, MCKK, Penang Institution di mana melahirkan banyak pemimpin hari ini yang memimpin negara. kita gah dengan pelajar yang keluar dari sekolah berprestij. tapi sekarang tidak lagi. sama seperti gua cakap. bila pencapaian akadamik dan sistem peperiksaan yang salah diamalkan dan diterapkan sejak lama ia menjadi duri dalam daging kepada kita sendiri.

suka gua capslockkan, BILA PENCAPAIAN AKADEMIK DIUTAMAKAN DI SBP, MRSM. KITA DAPAT LIHAT HASIL PELAJAR SEMAKIN KURANG BERKUALITI. PELAJAR DIBERI SOALAN BERTIMBUN, IBARAT MESIN. DIULANGNYA SOALAN-SOALAN YANG SAMA. PROSES UNTUK MEMAHANI PERKARA BASICS ITU SUDAH HILANG. OTAK DAN PEMIKIRAN PELAJAR LEBIH KE ARAH MENGHAFAL PATTERN SOALAN. SEBAB ITULAH APABILA NAIK DI PERINGKAT UNIVERISITI. BASICS THINGS CAN'T BE ANSWER BY STUDENTS. satu inferens dan konklusi yang sangat mudah.

fikirlah what will happen in 10 years ahead. as our country depends on becoming anak muda yang punya minda kelas pertama to run the our country. rosak anak muda sekarang. rosak lah negara masa hadapan. oh pemimpin, please do something to correct this! i am begging you.

dang! ini hanya pandangan gua. bantahan sila tinggalkan di ruangan komen. gua nantikan idea-idea bernas dan cemuhan membina. gua pun tak sedar gua menulis sepanjang ini. take me one hour to finish this. nytes peeps.

14 July 2011

kisah cinta

Aida bukan nama sebenar.
berumur genap 31 tahun pada Jun lepas. 
mempunyai 2 orang anak hasil perkahwinan dengan Amir ketika berusia 25 tahun.
Tasya dan Zahin, nama manja 2 orang anak Aida, seorang berumur 5 tahun, seorang berumur 3 tahun.

ikuti luahan hati Aida selepas ditinggalkan tergantung oleh Amir, si lelaki celaka.

segalanya bermula ketika aku terbaca satu text message dalam handphone kepunyaan Amir. berbunyi, "hye darl, esok lunch jangan lupa tau. u belanja". tapi aku pendamkan and buat-buat dunknow. jelas. sikap Amir mula berubah. biasanya bila lunch, dia kan text aku ajak pergi lunch sama-sama. office aku dan office dia kalau jalan kaki pun 10 minit je. petang, kalau dulu, dia akan jemput aku dari office dan pulang sama-sama ke rumah. berborak tentang hari yang memenatkan kat office tadi. bergurau senda sambil menunggu kesesakan lalu lintas. tapi sekarang, aku ke office aku sendiri, dia ke office dia sendiri. kami masing-masing drive untuk ke office. segalanya berubah.

masih ingat ketika kami mula-mula bertemu dulu. tingkatan 4 MRSM Langkawi. kenangan bercinta ketika awal remaja cukup mengasyikkan. dia jejaka rebutan perempuan, aku gadis hot dalam kalangan lelaki. sama padan, sama cantik. dulu, berutus surat sudah jadi perkara rutin. bercinta guna surat. cukup romantis. tapi di awal perkenalan dulu, aku tak yakin dengan cinta dia. argghhh! lelaki semua mulut manis. aku cukup susah nak percayakan lelaki. lagi-lagi lelaki macam Amir, digelar buaya di zaman sekolah dulu. biasalah, lelaki kacak. kalau tak jadi buaya memang tak sah.

aku mula cair dengan Amir bila dia dengan member-member dia surprisekan aku masa birthday aku yang ke-16. rasa cukup bahagia. sejak itulah, aku mula terima dia. kami cukup bahagia. janji dia pada aku. "saya akan jaga awak sampai mati, sekarang, tugas kita. belajar betul-betul dulu. saya akan jaga awak Aida. trust me." kami belajar sama-sama. cikgu pun tak amik kesah hal kami sebab both of us excel well in our studies.ya, sekarang baru aku sedar dan kesal dengan sikap cikgu, sikap sekolah. pencapaian diutamakan. hal lain tolak tepi. janji keputusan akademik top. kami sama-sama cemerlang. sama-sama janji nak proceed ke local universiti. tak mahu berjauhan. aku di ceruk pedalaman. dia di pusat bandar raya. masing-masing sudah percaya kepada pasangan masing-masing. ribut badai kami mampu tempuh bersama. dan aku selalu ke kuala lumpur untuk berjumpa dia.

kali ini aku tak dapat sembunyikan lagi kemarahan aku. dia sudah mula balik lewat malam. perihal anak-anak sudah tidak tak diambil endah. ya, benar. aku masih mampu menyara dua orang anak kami. tapi, seorang anak tetap memerlukan belaian seorang bapa. ada suatu hari, aku terjumpa scarf di dalam kereta miliknya. terus aku serang dia. segala-galanya terjawab, "ya! memang i ada perempuan lain. dah lama dah. puas hati?and i guess u pun dah lama tahu kan?" akhirnya keluar dari mulut seorang lelaki bernama Amir. usia percintaan selama 9 tahun dan perkahwinan selama 6 tahun hancur begitu saja. aku jatuh tersungkur. tiada sebarang penafian dari dia. janji 15 tahun dulu seperti kaca jatuh ke lantai. apa lagi aku mampu buat? tiada apa-apa. aku hancur kerana janji manis si lelaki buaya 15 tahun dulu.

***

ada apa pada percintaan nak rak bagai bertahun-tahun? aku tak percaya pada cinta jenis ini. sekejap saja dugaan datang boleh hancurkan cinta itu. ustazah gua pernah cakap. jangan letak 100% percaya pada lelaki. even pada si suami. gua pikir, ada betolnya cakap ustazah gua tu. sangat-sangat betul.

10 July 2011

2 cents from me

i found this pic from a tweet from my friend.


i followed all the news about the rally today. even i managed to sit in front of my desktop to watch live streaming for about 3 hours. then i found a friend of mine post a status in facebook;

"tolong lar kasi sejuta sebab nape orang beriya nak sokong perhimpunan haram yang diketuai oleh seorang kafir and blalalablblaabla......tapi ade satu sebab je nape ak tak sokong Bersih sebab aku bersyukur dengan kehidupan aku sekarang. alhamdulillah."


its totally lame. the statement make him looks really stupid. how can he ended his statement without even concern about others. but then, didn't want to either complain or explain this demonstration. everybody has own strong points to oppose or support this demonstration.

i just want to ask, why government didn't allow to give permit or whatever for the advocate for this event. they just claim 8 strong reasons on SPR which i think are very reasonable. for me, just give them the permit and ask policemen to ensure the rally is going well. thus, the issues that come out after the rally such dealers are complaining about the loss even worst the images for Malaysia is now scratch will not happened.

plus, naik meluat when watching the government tv post out all the news. of course, they can cheat people in rural area. pity them as they only have TV or radio as their mainstream media. but please lar, be sensible and fair to the rakyat. its all we claim as we are not really support the opposition but we think there's something wrong in government.

don't support people, support their actions. if the government is doing wrong, pressure them to do the right. if they don't listen, let others take their place. 2 cents from me.

bergantung kepada individu untuk setuju ke tidak. hik hik hik.

09 July 2011

Bersih 2.0

kerana nikmat amat lama berkuasa, kuasa pun seolah menjadi hartanya. (A. Samad Said, 2011)

gua tak sabar. sekadar pemerhati, sekadar penengok. tak mampu nak terlibat sama. masih mentah lagi. gua budak baru belajar. tapi kalau ditanya tentang pendirian gua. gua sebagai rakyat Malaysia yang mengamalkan demokrasi setuju dengan pakcik janggut putih ni. nak berdemonstrasi jangan berlebih. golongan silaka pulak jangan duk provok sangat. moga aman sejahtera semuanya.

ape kes roadblock sana-sini. takut sangat ke? hik hik hik,

06 July 2011

hik hik hik

semekom sume.
hik hik hik.

sume sihat? lama itew tak tulis dalam blog ni. kecian blog itew. dahlar hitam, busuk, basi, kosong, sume tak nak nengok blog itew. itew adew satu citew ni. citew hot. baru jew jadi. hik hik hik.

adew hari tu kan itew kuar ngan member-member itew. itew sume pergi shisha. tapi itew tak shisha larh, awek itew tak shuke. nanti awek itew majuk ngan itew. shian lar itew nanti. lagipun itew tak leh hisap asap tu, batuk. itew tak shuke asap. bahaya. mama itew marah.

lepas tu kan, masa itew nak balik dari shisha tu kan. lebih kurang pukul 3 pagi gitu larh. itew singgah lar seven eleven kejap kan. itew nak beli roti. nak simpan dalam bilik. kalau lapar-lapar, boleh itew makan kan. hik hik hik. itew pun masuk lar kan dalam seven eleven itu.

dalam seven eleven tu kan, itew nampak adew pakcik sorang ni. adew misai. takut larh itew. hik hik hik. eh lupe nak bagitau, member itew suruh beli twister sekali. member itew shuke twister. itew pun jalan lar pergi hujung belakang seven eleven tu. kan itew nak beli twister, twister kan adew kat peti sejuk belakang hujung seven eleven tu.

pastu kan, itew terkejut. itew nampak pakcik misai tu duk belek-belek pad. hik hik hik. bini suruh beli lettew. pakcik tu nampak itew. pakcik misai tu malu. pakcik misai tu pun cover larh. dalam duk cover tu, berterabur habis pad jatuh atas lantai. kotex, carefree, adew sayap, tak dew sayap. sume adew. itew pulak dah tersembur gelak sorang-sorang dalam seven eleven tu. hik hik hik.

tu jew itew nak citew. bai bai sume. hik hik hik. gewdik kan itew?