29 October 2010

rendang daging ibu

Academic Writing - 15 November

Differential Equation - 18 November

Physical Chemistry - 21 November

Organic Chemistry - 22 November

Aidiladha - 17 November


ok. macam mana gua nak makan rendang daging tahun ni?  

28 October 2010

oh bulu-bulu!


gua punya kelas hari ni, pukul 2 petang. tapi hari ni gua tetap bangun awal walau semalam gua tido 1 jam saje. biasalar, mood final exam dah dekat. lagi tiga minggu. sebab gua mahu capai kejayaan.

no others person can determine your future except you.

macam biasalar. mandi pagi gua memang cukup lama. sebab tiaptiaphariguamandijunub. sebab pagi-pagi gua suka tilik muka gua depan cermin besar dalam toilet. sebab gua rasa gua sangat hensem. check jerawat baru. check bulu hidung. bulu ketiak. tahi gigi semua. make sure all clean.

tapi pagi tadi. mood nak mengadap cermin lama-lama tiba-tiba hilang. sebab dalam sinki, penuh bulu-bulu tak dikenal pasti. babi lar.

gua syak. semua ni, bulu-bulu dada mamat Mesir jiran sebelah bilik gua. mungkin beliau buat pembersihan bulu dada maksimum semalam.

27 October 2010

gua punya hati


kalaulah hati ini boleh dikeluarkan. lalu diletak di atas meja. diambil satu kanvas putih lalu diupah seorang artis untuk melukis hati ini. nescaya artis itu tidak mampu untuk melukisnya. kerana hati ini terlalu perit untuk menahan segala seksa jiwa selama ini.

dan andai hati ini boleh berkata-kata. mungkin bumi ini tidak mampu menahan titis-titis air mata dan gelaplah awan, mendunglah bumi ini, menyoroklah matahari kerana tangisan hati ini sudah tidak dapat dibendung lagi. datanglah guruh dan petir bersama tangisan hati ini. mencurah-curah, membasuh segala duka hati ini.

Tears can clean the empty heart.

betapa seksanya hati ini untuk menunggu selama itu. melihat kau bermesra dan bermanja. walhal mereka itu sekadar kawan lelaki kau dan kawan sekuliah kau. inilah cemburu.
















cubaan pertama sebagai hackshitam.