Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

26 November 2011

gua dan futsal

yeayyy. finally, gua dapat berfutsal dengan begitu berkualiti. berkualiti di sini membawa maksud aktiviti futsal itu mampu memberi kenikmatan kepada nafsu serakah gua. nikmat apabila dapat bermain futsal yang sebenar. futsal yang sebenar disini pula membawa maksud mempunyai team lawan yang cukup hebat yang boleh membuat gua kecur lalu dapat memberi fokus untuk memenangi perlawanan. kenikmatan itu tidak lengkap tanpa ada teammate yang power. ya, teammate yang kurang power atau biasa-biasa boleh merudumkan kenikmatan bermain futsal itu. babi ayat perenggan pertama macam buku contoh karangan PMR. faka!

oke. gua sambung lagi. ajakan dari member untuk bermain futsal gua terima dengan hati yang teramat gembira. 2 bulan cuti kat rumah baru 2 kali gua main futsal. 2 jam daripada 60x24jam. peratus gua tak bermain futsal itu sangatlah tinggi. kasut futsal gua pun menangis minta dilelong sebab dah lama gua tak pakai, tak kasi servis. gua, member gua sama universiti, member gua dengan member dia, dan member gua lagi dengan member dia lagi. 6 orang semuanya. awal-awal lagi gua dah pesan kat member gua, kalau nak ajak member, ajak yang power. kalau yang biasa-biasa baik toksah ajak. 6 orang, maksudnya seorang player boleh dirotate untuk dijadikan subs. nak main futsal 1 jam straight tak rehat letih giloo khabaq hang.

seperti yang dijanji, game pukul 12 malam. main pulak court jauh. 50 km dari rumah gua. nak tak nak pukul 11 gua dah kena turun dari rumah. team lawan adalah team kampung. komfirm lar power. diorang ni selalu join tournament. selalu main sama-sama. pernah champion tournament. bukan calang-calang team. team gua pulak, tak pernah main sama-sama. keeper tak ada. nasib baik baik ada orang sanggup jadi keeper. futsal ni sangat berbeza dengan bola padang. semua player kena selalu rotate position. bila menyerang, semua kena naik atas dan bila diserang, semua kena turun bawah. ni paling basic kalau nak main futsal. dan semua player mesti sangat baik control bola. sebab apa? sebab tak nak mudah hilang possesion. court futsal sangat lah kecik, kalau tak dapat control bola dengan baik. memang lah satu kerugian yang sangat besar.

mencari posisi atau mencari kawasan untuk member membuat hantaran juga penting. futsal is all about passing and controlling the game. when you have the chances, shoot and you can create the goal. simple kan? marking dan pressure juga penting. pandai dribble merupakan satu bonus kalau bermain futsal. bila kau naik satu tahap lebih tinggi, mungkin boleh lar belajar taktik atau positioning yang betul untuk bermain futsal. setpieces pun penting. boleh menggunakan kedua-dua belah kaki juga sangat penting untuk menjadi player futsal yang legend. malangnya, kaki kiri gua tak sepower kaki kanan gua. bila dah besar bangka macam ni, nak latih kiri untuk shoot sepower kaki kanan memang dah tak boleh dah.

malam tu team gua kalah. tapi gua tetap puas hati sebab dapat merasa kenikmatan bermain futsal. futsal dan bola padang. gua lebih suka bermain bola padang. barulah true main bola padang. feel dia lain. kitorang akhiri game pagi itu dengan roti canai dengan teh tarik. paling nikmat! chaoww~

kekekeke. gua rasa entry gua semakin hari semakin annoying. 

17 December 2010

masalah perkahwinan

dialog sepasang suami isteri awal 50-an.

"Papa on phone ngan sape semalam? Pukul 2 pagi semalam."

"Anak murid papa. Nak tanya pendapat papa pasal paper STPM nanti. Baru balik meniaga pasar malam katanya."

"Papa jangan nak tipu mama. Tak kan sampai pagi-pagi duk tido ngan mama pun, boleh anak murid papa call lagi. Tak reti nak hormat rumah tangga orang langsung!"

si suami tunduk senyap.

"Bagi nombor phone tu, mama nak call budak tu."

si suami menurut arahan.

"Mama tak kira, anak murid papa ke, sape ke. Tak ada orang boleh share kasih sayang papa. Kasih sayang papa just untuk mama dan anak kita  je. Orang lain tak boleh."


lumrah rumah tanga. kuatnya cemburu si isteri. si suami pula suka mengalah dengan si isteri. andai si suami tak mengalah. tinggikan ego. turunlah talak kepada si isteri. betapa pentingnya tolak ansur dalam rumah tangga dan betapa bahayanya nilai ego itu.  

14 December 2010

hurt



Have you ever wondered which hurts the most: 
saying something and wishing you had not, 
or saying nothing, and wishing you had? 

menangislah andai dapat legakan hati yang lebur itu. basahilah pipi dan sapulah air mata itu dengan harapan segala kesedihan dapat dilupakan selama-lamanya. senyum dan fahamlah  wahai hati. tak semua yang diingin mampu dimiliki.

07 December 2010

selesema

kalau diberi pilihan antara KLCC dan ubat selesema sekarang. gua pilih ubat selesema dowh. KLCC tak penting dowh. sayang ubat ketat selesema ketat-ketat. cemolot-cemolot.

sakit tu penghapus dosa. dosa terhapus umpama gugurnya daun-daun kering tika musim luruh. sakit tempat Pencipta menguji kesabaran hamba-hambat Nya. bersabarlah andai diuji dengan sakit.

30 November 2010

air kelapa muda

Seorang lelaki muda awal 20-an memandu megah kereta BMW 3 series hitam miliknya. Seorang usahawan muda berjaya mungkin. Kereta mewahnya diparkir di tepi jalan. Sudah lama lelaki itu muda itu mengidam air kelapa muda. Memang kesukaan lelaki itu. Akhirnya, ketemu juga sebuah gerai menjual air kelapa muda.

Dengan perasaan bangga, lelaki itu keluar dari kereta mewahnya. Dia memesan segelas air kelapa muda. Datanglah seorang pak cik tua dengan sebuah motosikal buruk jenama Honda. Pak cik tua itu senyum manis kepada lelaki muda itu.

"Sudah siap pesanan pakcik tadi?"
"Air kelapa muda 5 gelas dan pisang goreng 3 ringgit".
"Tetamu pakcik dah nak sampai ni. On the way katanya".

Lelaki muda itu acuh tidak acuh memandang pak cik tua itu. Dihulurnya pekedai itu 5 gelas air kelapa dan sebungkus pisang goreng kepada pak cik tua itu. Tak cukup tangan pak cik tua itu nak menyambut bungkusan air kelapa dan pisang goreng itu.

Dalam kekalutan itu, tumpahlah air kelapa terkena lelaki muda itu.

"Oit orang tua!"
"Kau ni mata buta ke apa?"
"Mata tak nampak ke?"
"Bodoh!"

Berlalu lelaki muda itu dari gerai menaiki kereta mewahnya dengan perasaan marah. Kata-kata lucah keluar dari mulut lelaki itu.

Telefon berdering.

"Abang, lambat lagi ke nak sampai rumah sayang?"
"Sikit lagi sayang. Dah kat depan rumah you dah pun".


Akhirnya, sampailah lelaki muda itu di rumah bakal tunangnya. Hajat di hati ingin berjumpa bakal mertua. Belom sempat lelaki muda itu menjejak kaki ke dalam rumah bakal tunangnya itu. Kedengaran dari jauh ekzos sebuah motosikal buruk. Seorang lelaki tua turun dari motosikal Honda buruk itu.

"Ayah I dah sampai pun."
"Dia pergi belikan air kelapa muda kesukaan you kat gerai depan tu."


Lelaki muda dan pakcik tua itu bertentang mata.

*****

pesan mak cik gua;
kalau kau kaya, ada harta banyak dan naik kereta mewah sekalipun. tapi kalau kau ada sifat sombong dalam hati. manusia sikit pun tak kan pandang kau. maka bodoh lar kau kalau kau ada sifat sombong itu. dan ketika kau susah, tak akan ada orang datang tolong kau.


21 November 2010

a self-convincer

 “All simple things might not be great, but all great things are simple”

time comes. life getting complicated in front of my own. against my will but with my own permission. my own unknown lies. forming a vicious circle. the vicious circle in which my own soul is trapped, panting, for there is no faith in the air.

when was the last time you cursed. some might have not have done that cause they feared the mighty one. but sure they had there gloomy heads down, and eyes up. always pleading but never a conversation. a hearty conversation. when we were born life was really simple because the toddler mind didn’t knew the complexities of the wicked world. while the whole body was getting away with complexities , the brain was doing its best to go against it. and the day we landed up in teenage. the mind was at its best non productive production. composing complex thing for the simple heart.

sometimes i feel like whats wrong am i the only one who is facing. the answer is no. life happens to all of them and we get our share of shit and treasures. the more i think of myself is more i confuse myself but when i come out and watch people living by my side they have there share of joys and sorrows and my journey goes on so does the journey of others. people come and go a few pass unnoticed and a few leave their marks and some even leave scars  and few give joys which last for a lifetime.

really hoping that i will enjoy answering organic chemistry tomorrow. my last final paper. 1 more to go and i will be a pigeon. flying everywhere i want. wishing best of luck to myself.

16 November 2010

Happy Eid Adha



gambar untuk peminat-peminat wanita gua. keh keh keh.




12 November 2010

playgirl


gua pernah dengar seorang perempuan cakap;

"being a player is nice thing to do."
"its better than being played."

satu je gua nak pesan kat perempuan ni. what goes around, comes around. tunggu masa je. bila kau mainkan perasaan orang. tunggu masa. dan akan ada orang datang mainkan perasaan kau. dan masa tu kau akan rasa pedih dan sakit sama macam orang yang kau mainkan dulu. dan aku tak menyesal kenal orang macam kau sebab kau ajar aku untuk jadi kejam macam kau.

orang kata, playboy lar manusia paling setia bila dia dah jumpa orang yang dia betol-betol sayang. so, girls out there. find a playboy and make them fall in love to you.

10 November 2010

saya budak rajin

 **Information Resource Centre.(IRC)



ok. sape-sape nak cari gua minggu ni. sila cari gua di sini ye. awek-awek cun pipi gebu sms gua pun. gua tak layan. awek-awek mata bulat duk add FB gua pun. gua lagi tak layan. gua mahu fokus. capai cita-cita gua.

keh keh keh. gua perasaan rajin.

saje nak show off library universiti gua yang cun ni. gua datang sini pun. gua datang tidur je. sejuk nak mati gua cakap sama lu.

05 November 2010

kasih sayang

 sakit

 makanan

 tenat

 mati

 menangis

 redha


you ols paham tidak?

29 October 2010

rendang daging ibu

Academic Writing - 15 November

Differential Equation - 18 November

Physical Chemistry - 21 November

Organic Chemistry - 22 November

Aidiladha - 17 November


ok. macam mana gua nak makan rendang daging tahun ni?  

28 October 2010

oh bulu-bulu!


gua punya kelas hari ni, pukul 2 petang. tapi hari ni gua tetap bangun awal walau semalam gua tido 1 jam saje. biasalar, mood final exam dah dekat. lagi tiga minggu. sebab gua mahu capai kejayaan.

no others person can determine your future except you.

macam biasalar. mandi pagi gua memang cukup lama. sebab tiaptiaphariguamandijunub. sebab pagi-pagi gua suka tilik muka gua depan cermin besar dalam toilet. sebab gua rasa gua sangat hensem. check jerawat baru. check bulu hidung. bulu ketiak. tahi gigi semua. make sure all clean.

tapi pagi tadi. mood nak mengadap cermin lama-lama tiba-tiba hilang. sebab dalam sinki, penuh bulu-bulu tak dikenal pasti. babi lar.

gua syak. semua ni, bulu-bulu dada mamat Mesir jiran sebelah bilik gua. mungkin beliau buat pembersihan bulu dada maksimum semalam.