23 April 2011

kenangan silam #4

hanya gua sorang je yang faham hati gua sekarang. pedih, jeles, marah. semua ada. orang laen tak faham betapa hancurnya hati gua ni. kecewa kuasa seratus. frustrated to the power of hunded. lu orang apa tau. sedih woo. bila harapan tinggi melangit, jatuh hancur atas tanah, panngg! berderai, jadi debu, hilang dibawa angin entah ke mana.

satu-satunya harapan gua masa kecik-kecik dulu hancur berderai macam tu je. dengan harapan tu lah, gua belajar rajen-rajen. tengok dari tingkap, jiran duk main guli, gua pulak duk nyanyi enam kali enam, dua belas! dengan bapak gua.  jiran ponteng sekolah dragon ball punya pasal. bapak gua pulak bidas gua dengan rotan paksa suruh pergi sekolah. gua pulak kayuh basikal sorang-sorang dengan linangan air mata. sedih woo bila tak leh tengok Goku kasi kamekameha kat Fliza. tapi sekarang baru gua paham. nape bapak gua buat macam tu semua. semua untuk gua jugak. sayang lebih bapak gua. 

sekarang, bila gua bukak fesbuk. tengok gambar, tengok status. faka! jeles tu jadi makin kuat. tengok salji, tengok daun-daun gugur. luluh woo hati gua. tengok member-member yang belajar kat oversea. memang cukup buat gua jeles. lagi jeles bila bukak blog budak-budak oversea. tengok gambar semua. trip sana-sini. pergghh. memang terbaik. tambah lagi tengok blog akak ni sorang; alexa yussida. merata-rata dah trip around europe. gua panggil lu akak? what the heck! keh keh keh.

terasa menyesal bila tolak tawaran  ni dulu.


bila gua mengadu dekat mak gua, mak gua cakap,
"Allah have better plan for us."

pandai pulak mak gua speaking. maju-maju. keh keh keh. terkelu lidah gua. ya, memang betol. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk gua. apa guna belajar jauh-jauh, bila family, mak bapak kita perlukan kita. dah cukup ke kita balas budi mak bapak kita? nak balas lepas kita balik nanti, sempat ke tidak. tambah-tambah kalau yang anak bongsu.

the main reason sebab gua rasa tak menyesal tak fly dulu sebab even belajar dalam negara pun gua dah hari-hari rindu family, mak bapak gua. rindu nak makan pulut durian air tangan mak gua. mak bapak gua pun hari-hari duk rindu gua. sebab tu lar mereka call gua hari-hari. keh keh keh. gua pun bergayut dengan mak gua hari-hari, ada faedahnya jugak dari bergayut ngan awek 2,3 jam. kan? atleast, tanya sihat ke tidak? makan ubat belum? mama masak ape hari ni?

dan,
chemical engineer is much more cooler than mandarin teacher right? keh keh keh.

lagipun universiti gua kelassssssssssss wooo. high class. ce teka apa nama universiti gua. sape betol, gua belanja.

tak penting kau belajar kat mana pun. walau kau belajar local, tapi tak pernah nak menghargai family yang dekat dengan kau. itu lagi faka! namanya. hargailah dan belajar rajen-rajen supaya mampu jadi Chemical Engineer yang COOL dan HENSEM! motivasi untuk diri sendiri.

10 comments:

nadia said...

u mana2 pun boleh berjaya..! keke

cikpia said...

akupun tolak offer sambung blajar kat ireland dulu. frust? tak kot....... tapi jeles tengok kengkawan bermain salji tu ada gak la.....

adwafarahin said...

haha tetibe aku nk nangis sbb igt mak abah aku..
sebaik study local U je..klu x kurus kering aku sbb hr2 nangis rindu dok jauh dr family

Anonymous said...

menyesal ke reject tawaran tu? tak sempat pun nak tengok offer letter tuh. kadang2 ada la jugak rasa menyesal sikit sebab belajar susah tapi dah ini decision kita, yakin lah yg Allah dah tetapkan yg terbaik untuk kita. chill bro :)

Anonymous said...

eh lupe nak bagitau nama.

-epie-

Frodo Baggins said...

hahahhaha
dua 2 pun bnyak cabarannya
kata mama lu betul ler tuh
durian satu mari!

Anonymous said...

saya tahu. tapi takut kamu kena belanja.

Anonymous said...

hargailah semua yang kau pernah ada, sebab still, kau ada kedua-duanya, pelajaran dan keluarga. not everyone has both.

and UTP is indeed a great university for eng to start with,

alexayussida said...

u chose the right decision..blaja oversea tak smuanya best :)

adrinaqamarina said...

nak tiru ayah mak lu jugak laa.

"ALLAH have better plan for us"

kalau Dia tak tunjukkan sekarang, Dia akan tunjukkan nanti~