16 May 2011

kenangan silam #5

16 Mei 2008.

masa tu gua tingkatan lima. tarikh ni memang tarikh keramat buat gua dan member-member gua. gua dulu sekolah asrama penuh. memang ikatan antara member-member sama batch macam adik ngan abang. cukup kuat. ada apa masalah, settle sama-sama.

maggi makan dalam baldi sama-sama itu lumrah. keluar fly pukul 2, 3 pagi itu tabiat hujung minggu. main bola petang-petang itu wajib. tidur satu katil 3 orang, sudah biasa. mandi sama-sama dengan spender saja, tiap-tiap kali mandi. terjun kolam penuh lumpur pukul 2, 3 pagi, itu kenangan paling sukar nak lupa. kantoikan member bukak boxer  bogelkan member, itu paling seronok. keh keh keh. kalau tiap-tiap hari macam selama 5 tahun macam ni. komfem lah ikatan tu sangat kuat.

titik hitam malam 16 Mei 2008. 6 orang dari kami diberhentikan dari sekolah. sebabnya sebab membuli pelajar tingkatan 3. gua masih ingat malam tu. lepas balik dari isyak kat masjid. warden announce 6 orang nama dari batch gua. "kali ni mampus". detik hati gua. malam tu jugak ibubapa 6 orang pelajar tadi dipanggil. disuruh datang ke sekolah. masa tu jam tunjuk pukul 10 malam.

budak-budak batch gua semua turun dari dorm. berkumpul kat assembly stand. kitorang mogok. 6 orang sekaligus kena buang. motherfaka! lagi sedih, bila parent salah seorang dari 6 member gua tu tak nak datang. tak nak amik tahu hal anak dia. cikgu pulak suruh member gua tu balik, tak nak dia ada kat sekolah malam tu jugak. apa lagi, menangis teresak-esak member gua sorang tu. sorang member gua yang duk kat sekolah, sanggup call parent dia. suruh menyamar jadi parent member gua tu. seorang member yang true.

suasana kat assembly stand tu cukup bising. warden suruh naik dorm pun, semua budak batch gua tak layan. buat dek je. tengok muka sorang-sorang. cukup sedih. pukul 12 malam. ramai ibu bapa dah datang. batch gua buat satu barisan. pegang tangan sama-sama. dengan ucapan;

"Terima kasih cikgu, Selamat Hari Guru Cikgu!"

keesokan hari. 16 Mei 2008. satu batch tak pergi kelas. mogok. kecuali ketua pengawas yang macam ""laka. titik tolak dari dia kes buli tu. tapi bila dah depan cikgu. mulut cakap lain. jari tengah untuk ketua pengawas 2008, batch gua. tapi atlast, lepas bincang ramai-ramai. kami buat keputusan jugak pergi dewan, untuk hormat cikgu. masa tu, sambutan hari guru peringkat sekolah. budak batch gua semua pakai tshirt batch, warna coklat. junior-junior tengok semua ketar lutut.

the Everlasting Camaraderie #0408

dorm gua tahun 2008.

tak mungkin lagi gua boleh jumpa member-member se'True' Camaraderie #0408. gua belajar makna bersahabat dari mereka. bersahabat sampai mati. 
dan "Selamat Hari Guru Cikgu, Jasamu dikenang".

6 comments:

adrinaqamarina said...

betul. kalau tinggal kat asrama penuh, ikatan tu lagi kuat!

batch ktorang pon antara batch yang memang unite macam ni pun. ketua batch pon gempak!

memang batch 0408 seluruh msia nakal tapi bijak! <-- ini kenyataan ye hasil daripada kajian.

:D

shepette said...

tobak sedih kae?
rindu geniu5 0408 jugok :(

fatinawanis said...

sori brader !gua tahu kes nie ada kaitan dgn batch gua XP.memang gua tabik la your batch tuh .dah la ngam2 esok tuh hari guru.satu ag gua tabik yang mogok kantin.woahahaha XDDDDD

...yuNi qEmA... said...

siyes sedih boh time tuh....

alexa yussida said...

mmg sahabat sejati la macam tuh..

dlu xde feeling pape kat skola sbb anggap skola tuh mcm pnjara terlalu skema smpai aku jadi skema..wahaha..hanya tahu stdy, prep je..ade budak masuk JDM pon blurr2 kenapa dorg kena masuk jabatan disiplin tuh n kena gantung skola

Mcjust.lol said...

eh sebaya la kito..

habis tu yg kena berhenti dulu tu mcm mana? sedihnya ;(