07 August 2011

Salam Ramadhan

salam Ramadahan Kareem Mubarak.

gua sekarang berlintas langsung dari kampung halaman. lari dari kesibukan kampus untuk bersama keluarga tercinta. menjenguk ibu bapa kesayangan, yang sudah lama tak bertentang mata. anak-anak buah yang sudak lama tidak merasa keanjalan pipi mereka.
ceceeeeeh ayat gua. tak boleh blah. hik hik hik.

pukul 1:45 pagi hari Ahad bersamaan 7 Ogos 2011 sudah masuk 6 hari kita berpuasa. lagi 4 jam untuk berpuasa untuk kali yang k-7. Alhamdulillah, masih diberi kekuatan untuk terus meningkatkan segala amal ibadat di bulan berkat ini. mohon pada Tuhan agar terus mendapat perlindungan dariNya. InsyaAllah.

sempena bulan baik ini, gua suka untuk memetik pesanan ringkasdari seorang sahabat yang sudah lama tidak berjumpa,
"antara tazkirah atau peringatan daripada Allah adalah mendatangi musibah kepada kita, maka bersegeralah kita mengucapkan Innalillahi wa inna ilaihi rajiun."
moga mendapat input dari pesanan member gua tadi.

moga dapat memaksimumkan amal tika bulan mulia ini. harapan tinggi pada diri sendiri, moga Ramadhan kali ini menjadi satu titik perubahan kepada diri untuk menjadi insan yang lebih baik untuk agama, bangsa, negara dan keluarga. moga istiqamah. jika hari ini lebih teruk dari semalam, CELAKALAH kamu!

2 comments:

adrinaqamarina said...

betul. dunia ni tak lama lgi dah. gunalah peluang yang ALLAH masih bagi pada kita ni sebaik3nya, sampai bila kita nak hidup dalam kemaksiatan.


selamat beramal hek :)

budak kecik said...

terima kasih atas perkongsian itu... >.<