23 March 2011

kenangan silam #3

23 Mac 2011. keluarnya result spm. ada yang gembira. ada yang sedih. tapi gua? komfemlar tak de feeling ape-ape. gua dah berumur ok. spm sudah lama gua tinggalkan dulu. zaman berhingus. zaman belum matang, zaman layan video 3gp. 3gp? wadefak! hahaha.

bagi gua lah, spm ni memang sangat penting dalam hidup kita. ya, memang sangat penting. sama ada lu score, atau result lu hancur. takda maknanya orang duk cakap, "its just SPM bro!" dan macam-macam jadah haram benda lain lagi tu. bagi gua, kalau nak berjaya dalam hidup. first step, lu kena berjaya dalam spm dulu.

gua dulu belajar kat sekolah berasrama penuh. kira ok lar. paling cikai pun mungkin dapat 5 dan 6 As je. tu paling cikai lar. masa tu, gua tak targer tinggi pun. sebab gua bukan tergolong dalam golongan-golongan genius. pakai kaca mata tebal. dapat 5 dan 6 As pun kira ok lah. berbaloi dengan usaha gua sebelum ni. orang duk study, gua duk skodeng awek. gu sedar sape gua. keh keh keh. tacing.

tapi gua admit lar, sebulan sebelum spm tu. memang gua struggle lebih. 24 jam dengan buku. pagi petang siang malam. addmath dulu gua memang fail. tak pernah dapat A gua cakap sama lu. sampai botak kepala bapak gua duk runsing pasal gua. gua tak de pulak nak runsing. bapak gua apa lagi, short cuti masa bulan 8, bapak gua hantar pergi tusyen addmath RM 50 1 jam. sehari dua jam. 5 hari RM 500. masa tu pun gua dah insaf. so, gua belajar sungguh. nak bukti pada bapak gua.

subjek laen gua ok je. trial SPM. gua dapat 8 As, 1 B, 1 C kalau gua tak silap. B untuk EST dan C ofcoslar addmath. cikgu addmath gua pun dah tak tahu nak buat macam mane. Sir Lee Sekh Khoon namanya. cikgu kesayangan gua. muachhhhh.

hari result keluar. gua tumpang member gua. dia baru dapat lesen kereta. masa tu lesen gua belum siap lagi. sebab malas punya pasal. lesen baru punya pasal, ondway ke sekolah, banyak kali lar jugak kereta tu mati. tak profesional lagi member gua. keh keh keh. sebelum nak ambil result. semua hutang piutang dengan sekolah kena kasi settle dulu. kalau tak, tak dapat lar tengok result. gua dah ready awal-awal. mintak dengan bapak gua 2, 3 ratus. takut ada hutang nak kena bayar.

result ambil dengan cikgu kelas masing-masing. line budak kelas gua panjang. ada 4,5 orang lagi depan gua. tapi pelik, sikit pun gua tak nervous. mungkin gua tak expect dapat result tinggi. so, gua biasa-biasalar. tak nervous langung.

sampai turn gua.
"assalamualaikum teacher"
"waalaikummssalam"
"cantik baju teacher"
teacher senyum-senyum malu. apa jadah aku duk puji baju teacher aku plak ni. hadoiiii.
"****** kan?"
"ye saya teacher"
sambil teacher duk belek-belek slip spm. tap sebelum tu. gua kena RM 10. yuran ape entah yang tak settle lagi. gua bayar je tanpa banyak songeh.
"congrates ******!, nice result. kejap nak kira. 1,2,3,4,5,6,7,8,9. opppss, you got one B. and for english you get A2"
sambil tangan teacher nak cubit tangan gua. hah? gua terkejut. apa kes English dapat A2 ni. gua target A1. sebab gua antara yang terror English dulu.
"tenkiu teacher"
mata gua terpaku pada slip spm.

8A1,1A2 dan B3. syukur Ya Allah. hati gua tak berhenti mengucap syukur pada Esa. lepas tu, everyone keep asking result gua. gua buat tak endah. keluar dewan. capai handphone. call mama gua. call ayah gua. seriuosly masa tu gua rasa nak nangis. call kakak gua. call abang. bersyukurnya gua hari itu sangat-sangat susah untuk digambarkan.

lepas balik sekolah. terus ke air terjun. enjoy ngan member-member. malam baru sampai rumah. kena potpetpotpet sedas dua. keh keh keh.

sekian cerita spm gua.

adik-adik. usahalah demi masa depanmu yang cerah. sakit-sakit dulu. senang-senang kemudian.

5 comments:

RastaMat said...

dahsyat2..
wa takmaw cte pasal spm..
nanti wa sedih..
ok bai..
nak pergi menangis dalam bilik..


huh..

anOOan said...

er er. spm aku...nangis jugak

adrinaqamarina said...

ko kan hebat~ :)

plumpy.tootsie said...

"result spm nk best.mls nk tayang kite punye an."

alexa yussida said...

org dpt result eksaited nk tnjuk family..die siap main air menerjun..mantop2..hehe:)