16 March 2011

perkongsian #1

capai kopiah.

assalamualaikum.

pesan ayah gua sebelum balik ke kolej itu hari,
"jagalah apa yang kamu pelajari tentang agama, sesungguhnya banyak ustaz-uztaz palsu duk sebar ajaran sesat sekarang. kalau nak belajar, elok pergi belajar kat masjid-masjid. jangan duk mengada nak belajar kat surau-surau hujung kampung, rumah-rumah hujung kampung. bahaya!. rosak akidah kamu. maka murtadlah kamu."

gua semat dalam dada. masuk telinga kanan. gua tutup telinga kiri tak kasi keluar pesan ayah gua tu. dunia akhir zaman. macam-macam hal pelik-pelik berlaku sekarang. kat fesbuk pun ada orang duk sebar akidah-akidah sesat ni.

walau kamu terpesong akidah walau sedikit walau tanpa kamu sedari. itu cukup bahaya. lebih-lebih lagi bila kita tak sedari. anak muda sekarang, mahu semuanya senang. sebab itu ramai anak muda kita mudah terpengaruh. punah akidah. Islam itu mudah. tapi penganutnya tak boleh duk pandai-pandai nak buat ilmu baru sebab nak kasi semuanya mudah. seorang kafir andai masuk Islam ibarat seorang bayi yang baru lahir. tambah ketika duk belajar pasal agama Islam ni, masih diberi kelonggaran sehingga betul-betul faham tiap ibadah wajib itu.

tapi andai seorang Islam murtad masuk agama lain. Nauzubillah. dan masuk Islam balik. segala ibadah wajib selama murtad itu wajib diqada' semuanya. dan orang yang murtad ni tempatnya di neraka paling bawah sekali dan tidak ada lagi tempatnya di syurga. dan neraka itu ada tujuh lapisan semuanya. andai sebesar lubang jarum jatuh ke bumi. hancur semualah alam semesta ini. dasyatnya api neraka itu. Allah Maha Besar.

sekadar peringatan untuk diri gua dan untuk mereka yang membacanya. sesungguhnya banyak dugaan dan cabaran pada zaman ini. sama-sama saling mengingati. kejar dunia untuk akhirat.

5 comments:

RastaMat said...

insyaALLAH

platipus said...

:)

Encik Tikus said...

=)

tia said...

time time bace ni syok dgr lagu Maher Zain :)

Frodo Baggins said...

bila ramai yg dah anggap Islam itu satu pilihan