24 November 2011

.cerita hari itu

hari itu, dari LCCT aku terus mengambil bas ke KL Sentral. oh tidak, bukan terus. aku terus ke Mc Donald dan terus ke KL Sentral. keseorangan. itulah aku. suka berseorangan. menaiki bas yang memakan masa hampir 1 jam 30 minit memang satu yang amat membosankan. lantas, aku memakai kaca mata hitamku dan mengambil keputusan untuk merehatkan mata yang maha letih. beg besar yang ku sandang di belakang aku letak di tepi. kerusi ku tekan untuk direbahkan. selesa. mataku mulai lelap.

oh ya. sebenarnya aku baru pulang dari kepulauan Borneo. atas urusan kerja? oh tidak sama sekali. aku masih seorang bergelar mahasiswa. menyertai kem atau kursus? juga tidak. aku sedang bercuti semester selama 4 bulan. tidak mungkin aku sia-siakan cuti semester aku dengan perihal universiti. niat asal ke pulau Borneo mungkin untuk berjimba-jimba dan bersuka-ria. tapi mungkin ia sudah menjadi sebaliknya. mungkin. mungkin itu atas dasar bagaimana aku bemain dengan perasaan aku. adakah aku mampu menganggapnya untuk menjadi perkara positf atau negatif. arggghh. semuanya terpulang pada aku.

kedengaran sayup-sayup suara orang ramai. ya, bas sudah tiba di destinasi. aku menyimpan kaca mata hitamku. mana mungkin aku berkaca mata hitam di celahan ribuan manusia di KL Sentral. hilang status kewarganegaraan aku. dianggapnya indon oleh ribuan manusia di stesen ini. malu aku. orang di sekeliling aku perhatikan. semua berjalan pantas. jam tunjuk pukul 3 petang. aku harus cepat. sebelum pukul 4, sebelum pekerja-pekerja gomen mahupun swasta mula membanjiri stesen. berhimpit itu aku tidak kesah. tapi berhimpit dengan sebuah beg besar disandang di atas belakang seberat 12kg. itu aku sangat kesah.

entah kenapa, kaki aku menuju ke esklator seperti mahu ke tingkat atas. walhal kaunter tempat pembelian tiket hanya di sebelah sana. tidak perlu meletihkan kaki ke tingkat atas. tapi aku apa peduli. hati menurut saja kaki yang degil ini. terus ke tingkat atas. tiada apa yang menarik. semua golongan manusia berjalan dengan pantas. hanya peduli hal sendiri. mata terus kembali mencari esklator tadi. prappppp! seorang melayu tua berkerusi roda terjatuh ketika menggunakan esklator. oh kasihan. tapi diri ini berada jauh untuk menolong. seorang lelaki india muda dengan laju menuruni esklator yang sedia bergerak itu dengan pantas ke arah pak cik tua tadi. segera di angkatnya. naisssss! 1 Malaysia. sukar untuk menggambarkan situasi ini dengan tulisan. abaikan.

diri ini terus ke kaunter untuk membeli tiket. belum tahu arah ingin di tuju. mata melihat peta perjalanan KTM. mata tertumpu ke arah stesen serdang. di sebelahnya, stesen kajang. mulut meminta kepada kakak kaunter, "Kajang satu kak." otak merencana mahu turun di kajang atau serdang. pedulikan. nanti kata hati putuskan. kaki menuju ke arah tempat menunggu. ramai. walau belum waktu puncak. tangan mendail nombor seorang sahabat baik. lama. mungkin berada di kelas. kesimpulan mudah dibuat. terus mendail nombor seorang lagi sahabat baik. okey. settle.

train tiba. kali ini tiada koc untuk wanita. mengeluh. itu saja yang aku mampu. manusia terus berasak-asak memasuki train. sekali lagi, akku melihat semua orang mementingkan diri. celaka. train mulau sarat. maksud aku sangat sarat. berdiri di tepi seorang pakcik tua, di depan seorang awek. di belakang pintu train. arggghhh.  sesak sangat. stesen kajang masih jauh. mata memerhati sekeliling. awek di depan aku curi-curi pandang. UKM Bangi tertera di beg galasnya. mahasiswi rupanya. ingin disapa, tapi hati tidak seberani  itu. stesen demi stesen dilalui. salak selatan. lagi 2 stesen sebelum tiba di stesen kajang. akhirnya, train menjengah stesen kajang. mulut tiba-tiba bersuara, "awak, awek UKM, mohon lalu. saya nak turun." awek itu tersipu lalu memberi laluan.

oh. TAMAT.

coretan mengarut dari gua. oh ya, bila berseorangan membuat gua suka memerhatikan orang disekeliling. sometimes, its lighten my stress and pressure. like a cure for my problems.

5 comments:

RastaMat said...

potong stim betol la lu nih..
ending tak best..
cesss..

next story pleasee..

intan.maisarah said...

Next please.

Hihi, masih bercuti?

cikpia said...

satu pujian patut diberi pada kami2 yang tekun membaca sampai habes walau ending dia tergantung. he he.....

hackshitam said...

sambungan.
aku sampai di stesen kajang.
lebih kurang pukul 4.
lalu menunggu member gua.
selama lebih kurang 2 jam!!
maka berkelanalah gua distesen itu slama 2 jam. kekekkeke

itu ending paling celaka.

RastaMat said...

memang celaker!!!

haram tak klimaks langsong..