26 November 2011

gua dan futsal

yeayyy. finally, gua dapat berfutsal dengan begitu berkualiti. berkualiti di sini membawa maksud aktiviti futsal itu mampu memberi kenikmatan kepada nafsu serakah gua. nikmat apabila dapat bermain futsal yang sebenar. futsal yang sebenar disini pula membawa maksud mempunyai team lawan yang cukup hebat yang boleh membuat gua kecur lalu dapat memberi fokus untuk memenangi perlawanan. kenikmatan itu tidak lengkap tanpa ada teammate yang power. ya, teammate yang kurang power atau biasa-biasa boleh merudumkan kenikmatan bermain futsal itu. babi ayat perenggan pertama macam buku contoh karangan PMR. faka!

oke. gua sambung lagi. ajakan dari member untuk bermain futsal gua terima dengan hati yang teramat gembira. 2 bulan cuti kat rumah baru 2 kali gua main futsal. 2 jam daripada 60x24jam. peratus gua tak bermain futsal itu sangatlah tinggi. kasut futsal gua pun menangis minta dilelong sebab dah lama gua tak pakai, tak kasi servis. gua, member gua sama universiti, member gua dengan member dia, dan member gua lagi dengan member dia lagi. 6 orang semuanya. awal-awal lagi gua dah pesan kat member gua, kalau nak ajak member, ajak yang power. kalau yang biasa-biasa baik toksah ajak. 6 orang, maksudnya seorang player boleh dirotate untuk dijadikan subs. nak main futsal 1 jam straight tak rehat letih giloo khabaq hang.

seperti yang dijanji, game pukul 12 malam. main pulak court jauh. 50 km dari rumah gua. nak tak nak pukul 11 gua dah kena turun dari rumah. team lawan adalah team kampung. komfirm lar power. diorang ni selalu join tournament. selalu main sama-sama. pernah champion tournament. bukan calang-calang team. team gua pulak, tak pernah main sama-sama. keeper tak ada. nasib baik baik ada orang sanggup jadi keeper. futsal ni sangat berbeza dengan bola padang. semua player kena selalu rotate position. bila menyerang, semua kena naik atas dan bila diserang, semua kena turun bawah. ni paling basic kalau nak main futsal. dan semua player mesti sangat baik control bola. sebab apa? sebab tak nak mudah hilang possesion. court futsal sangat lah kecik, kalau tak dapat control bola dengan baik. memang lah satu kerugian yang sangat besar.

mencari posisi atau mencari kawasan untuk member membuat hantaran juga penting. futsal is all about passing and controlling the game. when you have the chances, shoot and you can create the goal. simple kan? marking dan pressure juga penting. pandai dribble merupakan satu bonus kalau bermain futsal. bila kau naik satu tahap lebih tinggi, mungkin boleh lar belajar taktik atau positioning yang betul untuk bermain futsal. setpieces pun penting. boleh menggunakan kedua-dua belah kaki juga sangat penting untuk menjadi player futsal yang legend. malangnya, kaki kiri gua tak sepower kaki kanan gua. bila dah besar bangka macam ni, nak latih kiri untuk shoot sepower kaki kanan memang dah tak boleh dah.

malam tu team gua kalah. tapi gua tetap puas hati sebab dapat merasa kenikmatan bermain futsal. futsal dan bola padang. gua lebih suka bermain bola padang. barulah true main bola padang. feel dia lain. kitorang akhiri game pagi itu dengan roti canai dengan teh tarik. paling nikmat! chaoww~

kekekeke. gua rasa entry gua semakin hari semakin annoying. 

4 comments:

RastaMat said...

aku rasa macam dah kena cari balik geng nak maen putsal ni..
lama jugak aku berhenti maen..
kompom tadak napas kalau maen pasni..

cikpia said...

entri nie reminds me yang aku dah lama tak bersukan. he he.....

DuniakuAbstrak said...

untuk beriadah..kepuasan kenikmatan pancutan futsal bukan diukur dari segi menang atau kalah tapi aspek persefahaman sesama pasukan

maCy said...

err apsal panjang sgt ni?