26 November 2011

gua dan futsal

yeayyy. finally, gua dapat berfutsal dengan begitu berkualiti. berkualiti di sini membawa maksud aktiviti futsal itu mampu memberi kenikmatan kepada nafsu serakah gua. nikmat apabila dapat bermain futsal yang sebenar. futsal yang sebenar disini pula membawa maksud mempunyai team lawan yang cukup hebat yang boleh membuat gua kecur lalu dapat memberi fokus untuk memenangi perlawanan. kenikmatan itu tidak lengkap tanpa ada teammate yang power. ya, teammate yang kurang power atau biasa-biasa boleh merudumkan kenikmatan bermain futsal itu. babi ayat perenggan pertama macam buku contoh karangan PMR. faka!

oke. gua sambung lagi. ajakan dari member untuk bermain futsal gua terima dengan hati yang teramat gembira. 2 bulan cuti kat rumah baru 2 kali gua main futsal. 2 jam daripada 60x24jam. peratus gua tak bermain futsal itu sangatlah tinggi. kasut futsal gua pun menangis minta dilelong sebab dah lama gua tak pakai, tak kasi servis. gua, member gua sama universiti, member gua dengan member dia, dan member gua lagi dengan member dia lagi. 6 orang semuanya. awal-awal lagi gua dah pesan kat member gua, kalau nak ajak member, ajak yang power. kalau yang biasa-biasa baik toksah ajak. 6 orang, maksudnya seorang player boleh dirotate untuk dijadikan subs. nak main futsal 1 jam straight tak rehat letih giloo khabaq hang.

seperti yang dijanji, game pukul 12 malam. main pulak court jauh. 50 km dari rumah gua. nak tak nak pukul 11 gua dah kena turun dari rumah. team lawan adalah team kampung. komfirm lar power. diorang ni selalu join tournament. selalu main sama-sama. pernah champion tournament. bukan calang-calang team. team gua pulak, tak pernah main sama-sama. keeper tak ada. nasib baik baik ada orang sanggup jadi keeper. futsal ni sangat berbeza dengan bola padang. semua player kena selalu rotate position. bila menyerang, semua kena naik atas dan bila diserang, semua kena turun bawah. ni paling basic kalau nak main futsal. dan semua player mesti sangat baik control bola. sebab apa? sebab tak nak mudah hilang possesion. court futsal sangat lah kecik, kalau tak dapat control bola dengan baik. memang lah satu kerugian yang sangat besar.

mencari posisi atau mencari kawasan untuk member membuat hantaran juga penting. futsal is all about passing and controlling the game. when you have the chances, shoot and you can create the goal. simple kan? marking dan pressure juga penting. pandai dribble merupakan satu bonus kalau bermain futsal. bila kau naik satu tahap lebih tinggi, mungkin boleh lar belajar taktik atau positioning yang betul untuk bermain futsal. setpieces pun penting. boleh menggunakan kedua-dua belah kaki juga sangat penting untuk menjadi player futsal yang legend. malangnya, kaki kiri gua tak sepower kaki kanan gua. bila dah besar bangka macam ni, nak latih kiri untuk shoot sepower kaki kanan memang dah tak boleh dah.

malam tu team gua kalah. tapi gua tetap puas hati sebab dapat merasa kenikmatan bermain futsal. futsal dan bola padang. gua lebih suka bermain bola padang. barulah true main bola padang. feel dia lain. kitorang akhiri game pagi itu dengan roti canai dengan teh tarik. paling nikmat! chaoww~

kekekeke. gua rasa entry gua semakin hari semakin annoying. 

24 November 2011

.cerita hari itu

hari itu, dari LCCT aku terus mengambil bas ke KL Sentral. oh tidak, bukan terus. aku terus ke Mc Donald dan terus ke KL Sentral. keseorangan. itulah aku. suka berseorangan. menaiki bas yang memakan masa hampir 1 jam 30 minit memang satu yang amat membosankan. lantas, aku memakai kaca mata hitamku dan mengambil keputusan untuk merehatkan mata yang maha letih. beg besar yang ku sandang di belakang aku letak di tepi. kerusi ku tekan untuk direbahkan. selesa. mataku mulai lelap.

oh ya. sebenarnya aku baru pulang dari kepulauan Borneo. atas urusan kerja? oh tidak sama sekali. aku masih seorang bergelar mahasiswa. menyertai kem atau kursus? juga tidak. aku sedang bercuti semester selama 4 bulan. tidak mungkin aku sia-siakan cuti semester aku dengan perihal universiti. niat asal ke pulau Borneo mungkin untuk berjimba-jimba dan bersuka-ria. tapi mungkin ia sudah menjadi sebaliknya. mungkin. mungkin itu atas dasar bagaimana aku bemain dengan perasaan aku. adakah aku mampu menganggapnya untuk menjadi perkara positf atau negatif. arggghh. semuanya terpulang pada aku.

kedengaran sayup-sayup suara orang ramai. ya, bas sudah tiba di destinasi. aku menyimpan kaca mata hitamku. mana mungkin aku berkaca mata hitam di celahan ribuan manusia di KL Sentral. hilang status kewarganegaraan aku. dianggapnya indon oleh ribuan manusia di stesen ini. malu aku. orang di sekeliling aku perhatikan. semua berjalan pantas. jam tunjuk pukul 3 petang. aku harus cepat. sebelum pukul 4, sebelum pekerja-pekerja gomen mahupun swasta mula membanjiri stesen. berhimpit itu aku tidak kesah. tapi berhimpit dengan sebuah beg besar disandang di atas belakang seberat 12kg. itu aku sangat kesah.

entah kenapa, kaki aku menuju ke esklator seperti mahu ke tingkat atas. walhal kaunter tempat pembelian tiket hanya di sebelah sana. tidak perlu meletihkan kaki ke tingkat atas. tapi aku apa peduli. hati menurut saja kaki yang degil ini. terus ke tingkat atas. tiada apa yang menarik. semua golongan manusia berjalan dengan pantas. hanya peduli hal sendiri. mata terus kembali mencari esklator tadi. prappppp! seorang melayu tua berkerusi roda terjatuh ketika menggunakan esklator. oh kasihan. tapi diri ini berada jauh untuk menolong. seorang lelaki india muda dengan laju menuruni esklator yang sedia bergerak itu dengan pantas ke arah pak cik tua tadi. segera di angkatnya. naisssss! 1 Malaysia. sukar untuk menggambarkan situasi ini dengan tulisan. abaikan.

diri ini terus ke kaunter untuk membeli tiket. belum tahu arah ingin di tuju. mata melihat peta perjalanan KTM. mata tertumpu ke arah stesen serdang. di sebelahnya, stesen kajang. mulut meminta kepada kakak kaunter, "Kajang satu kak." otak merencana mahu turun di kajang atau serdang. pedulikan. nanti kata hati putuskan. kaki menuju ke arah tempat menunggu. ramai. walau belum waktu puncak. tangan mendail nombor seorang sahabat baik. lama. mungkin berada di kelas. kesimpulan mudah dibuat. terus mendail nombor seorang lagi sahabat baik. okey. settle.

train tiba. kali ini tiada koc untuk wanita. mengeluh. itu saja yang aku mampu. manusia terus berasak-asak memasuki train. sekali lagi, akku melihat semua orang mementingkan diri. celaka. train mulau sarat. maksud aku sangat sarat. berdiri di tepi seorang pakcik tua, di depan seorang awek. di belakang pintu train. arggghhh.  sesak sangat. stesen kajang masih jauh. mata memerhati sekeliling. awek di depan aku curi-curi pandang. UKM Bangi tertera di beg galasnya. mahasiswi rupanya. ingin disapa, tapi hati tidak seberani  itu. stesen demi stesen dilalui. salak selatan. lagi 2 stesen sebelum tiba di stesen kajang. akhirnya, train menjengah stesen kajang. mulut tiba-tiba bersuara, "awak, awek UKM, mohon lalu. saya nak turun." awek itu tersipu lalu memberi laluan.

oh. TAMAT.

coretan mengarut dari gua. oh ya, bila berseorangan membuat gua suka memerhatikan orang disekeliling. sometimes, its lighten my stress and pressure. like a cure for my problems.

15 November 2011

jadikan akhirat sebagai harapan

Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang akhirat menjadi harapannya, ALLAH akan menjadikan rasa cukup di dalam hatinya serta mempersatukannya, dan dunia akan datang kepadanya dalam keadaan patuh dan hina. Tetapi sesiapa yang menjadikan dunia sebagai harapannya, nescaya ALLAH akan menjadikan kefaqiran berada di depan matanya serta mencerai-beraikannya, dan dunia tidak akan datang kepadanya melainkan sekadar apa yang telah ditetapkan baginya.” 


(Hadis Riwayat Ibnu Majah, 12/128, no. 4095)

10 November 2011

Kundasang people

salam dan selamat tengah hari.

i dont know how to start to write in this shit blog since my mood and mind nowadays in the fucking shit condition. lets leave all the shit, turn over and start a new life. pray for me for the strength.

pengalaman gua berada di Kundasang, Sabah. di mana gua ialah seorang yang suka memerhati dan mentafsir apa yang berlaku perkara yang berlaku di sekeliling gua. berada di sana selama 4 hari 3 malam memang sangat awesome. suasana sejuk dan cuaca yang redup memang cukup menenangkan hati.

pemandangan kiri kanan semuanya menghijau dengan bukit-bukit. latar belakang gunung kinabalu memang cukup cantik. sabahan people around kundasang pun cukup manis. cute enough with their accent of speaking.

apa yang gua cukup kagum ialah their lifestlye. looks really enjoying and and thankful for what they have. mostly people here walk on their feet to move around. with their sweater or windbracker. lagi gua kagum, bila si ayah akan mengendong anak-anak kecil mereka. kadang-kadang bila mungkin mereka akan pergi ke tempat yang jauh, diorang akan menaiki 4WD something like Hillux on the back of the car.

sayur-sayur for their meal di tanam sendiri behind their houses and its really look fresh. lebihan untuk mereka dibawa ke pasar untuk dijual kepada pelancong. gua sangat kagum with their lifestlye. simple and meaningful. together living with wife and childrens. away from hectic.

mereka tidak memikirkan bagaimana ingin menjadi kaya, hanya cukup apa yang mereka ada, sharing what they have with their family. tidak ada masalah yang harus difikir. cuma going through their simple lifestlye. heaven is it?

kadang-kadang terdetik dalam hati gua. inginkan kehidupan sebegitu. serius. a simple life away from problems is really heaven.

apa guna harta banyak tapi tidur tak lena?
apa guna ramai kawan tapi seorang pun tak boleh tolong kau jika kau dalam masalah?
apa guna keluarga yang hanya sibuk mementingkan diri?



simple life is much better.

03 November 2011

THIS IS TOTALLY BULLSHIT!

the feeling of mine now.