14 July 2011

kisah cinta

Aida bukan nama sebenar.
berumur genap 31 tahun pada Jun lepas. 
mempunyai 2 orang anak hasil perkahwinan dengan Amir ketika berusia 25 tahun.
Tasya dan Zahin, nama manja 2 orang anak Aida, seorang berumur 5 tahun, seorang berumur 3 tahun.

ikuti luahan hati Aida selepas ditinggalkan tergantung oleh Amir, si lelaki celaka.

segalanya bermula ketika aku terbaca satu text message dalam handphone kepunyaan Amir. berbunyi, "hye darl, esok lunch jangan lupa tau. u belanja". tapi aku pendamkan and buat-buat dunknow. jelas. sikap Amir mula berubah. biasanya bila lunch, dia kan text aku ajak pergi lunch sama-sama. office aku dan office dia kalau jalan kaki pun 10 minit je. petang, kalau dulu, dia akan jemput aku dari office dan pulang sama-sama ke rumah. berborak tentang hari yang memenatkan kat office tadi. bergurau senda sambil menunggu kesesakan lalu lintas. tapi sekarang, aku ke office aku sendiri, dia ke office dia sendiri. kami masing-masing drive untuk ke office. segalanya berubah.

masih ingat ketika kami mula-mula bertemu dulu. tingkatan 4 MRSM Langkawi. kenangan bercinta ketika awal remaja cukup mengasyikkan. dia jejaka rebutan perempuan, aku gadis hot dalam kalangan lelaki. sama padan, sama cantik. dulu, berutus surat sudah jadi perkara rutin. bercinta guna surat. cukup romantis. tapi di awal perkenalan dulu, aku tak yakin dengan cinta dia. argghhh! lelaki semua mulut manis. aku cukup susah nak percayakan lelaki. lagi-lagi lelaki macam Amir, digelar buaya di zaman sekolah dulu. biasalah, lelaki kacak. kalau tak jadi buaya memang tak sah.

aku mula cair dengan Amir bila dia dengan member-member dia surprisekan aku masa birthday aku yang ke-16. rasa cukup bahagia. sejak itulah, aku mula terima dia. kami cukup bahagia. janji dia pada aku. "saya akan jaga awak sampai mati, sekarang, tugas kita. belajar betul-betul dulu. saya akan jaga awak Aida. trust me." kami belajar sama-sama. cikgu pun tak amik kesah hal kami sebab both of us excel well in our studies.ya, sekarang baru aku sedar dan kesal dengan sikap cikgu, sikap sekolah. pencapaian diutamakan. hal lain tolak tepi. janji keputusan akademik top. kami sama-sama cemerlang. sama-sama janji nak proceed ke local universiti. tak mahu berjauhan. aku di ceruk pedalaman. dia di pusat bandar raya. masing-masing sudah percaya kepada pasangan masing-masing. ribut badai kami mampu tempuh bersama. dan aku selalu ke kuala lumpur untuk berjumpa dia.

kali ini aku tak dapat sembunyikan lagi kemarahan aku. dia sudah mula balik lewat malam. perihal anak-anak sudah tidak tak diambil endah. ya, benar. aku masih mampu menyara dua orang anak kami. tapi, seorang anak tetap memerlukan belaian seorang bapa. ada suatu hari, aku terjumpa scarf di dalam kereta miliknya. terus aku serang dia. segala-galanya terjawab, "ya! memang i ada perempuan lain. dah lama dah. puas hati?and i guess u pun dah lama tahu kan?" akhirnya keluar dari mulut seorang lelaki bernama Amir. usia percintaan selama 9 tahun dan perkahwinan selama 6 tahun hancur begitu saja. aku jatuh tersungkur. tiada sebarang penafian dari dia. janji 15 tahun dulu seperti kaca jatuh ke lantai. apa lagi aku mampu buat? tiada apa-apa. aku hancur kerana janji manis si lelaki buaya 15 tahun dulu.

***

ada apa pada percintaan nak rak bagai bertahun-tahun? aku tak percaya pada cinta jenis ini. sekejap saja dugaan datang boleh hancurkan cinta itu. ustazah gua pernah cakap. jangan letak 100% percaya pada lelaki. even pada si suami. gua pikir, ada betolnya cakap ustazah gua tu. sangat-sangat betul.

5 comments:

plumpy.tootsie said...

my former English teacher once said,

"don't u ever give ur 100% trust to man."

and he himself a man,a husband n a father.

juwita eve. said...

susahnya nak kawen kalau macam ni.

namaakulynn said...

geram jee dgn si amir ni.grrrr~
seram aku nak kawen nnt2.isk isk isk

Izzaty Ishak said...

Okay aku tersentuh lalu menangiss. Cissss lelaki!

Puteri Iqa Izyan said...

betul tu. lelaki tak boleh percaya sgt. *sesetengah*