18 July 2011

oh Malaysia!

selamat hari isnin semua. dang! kelas pukul 8 pagi. game brazil vs paraguay pukul 3 pagi kejap lagi. kelas pukul 8 gua pedulikan. gua dah lama tak layan bola. gersang amat!

weekend yang sangat tak produktif. sabtu ada lab. ahad tidur, tenghari baru bangun. shopping. duit lesap 2,3 ratus. sekali lagi dang! tapi semua tu gua pedulikan. gua tak puas hati sebab lab. apa jadah ada lab hari sabtu? hari sabtu hari berjimba lepak dalam bilik layan movie sampai lebam. demi masa depan, gua gagahkan diri jugak.

Wetted Wall Absorption Column. tajuk experiment gua hari tu. under subjek Separation Process 1. yelar, gua kan chemical engineer will be. hahaha. labmates 5 orang tapi seramai 3 orang je menghadirkan diri. seorang handle event di KL. dan seorang lagi egyptian girl yang gua syak tak tahu pun hari tu ada lab. tapi ada tiba-tiba ada seorang mamat join group kitorang. mamat yang ada stlye. pakai kasut fred perry. berjam tangan guess sport style. ya, gua seorang yang cukup observant bila mana mata gua melihat seorang lelaki dengan gaya pemakain yang cool.

jadi. gua, mamat fred perry tadi dan dua orang labmates cina gua yang juga sangat cool bila sampai masa nak submit report. cool dari segi memplagrise report senior. lab demo kali dari pakistan. mr. majeed dan member dia yangguataktahunamapa juga dari pakistan. lab demo ni function dia memberi instructions, memberi tunjuk ajar mengenai eksperimen yang bakal dibuat. sambil memantau semasa eksprimen yang sedang berlangsung. macam kalau tiba-tiba gua dan member-member blur atau tak faham pasal eksprimen. kepada mereka lah kitorang akan refer.

pada masa yang sama tugas mereka juga membuat sesi yang dipanggil viva-voce iaitu satu sesi di akhir eksprimen lab demo akan menyoal dan bertanya dalam komunikasi dua hala mengenai tahap kefahaman mengenai eksprimen yang dijalankan. dan lab demo jugak lah yang akan memeriksa dan memberi markah kepada lab report yang dibuat. sekian cerita tugas-tugas seorang lab demo.

apa jadah gua pergi story pasal lab demo ni. haram. tak ada kaitan dengan tajuk langsung. selesai kitorang berempat dengan eksprimen. kami menuju ke arah lab demo untuk sesi viva-voce. gua dan agak, viva-voce kali mesti cincai-cincai je. air muka mr. majeed ngan member dia pun nampak  comel dan baik je. mereka just tanya few simple questions. selebihnya, kitorang berborak-borak dengan dia.

terkeluar dari mulut mr. majeed.
"i found that malaysian students even the basic things they can't understand well."
"they keeps asking simple basic things which are not at the university level."
gua dan labmates gua macam blurr. errrrrrrrrr.

dan member mr. majeed pulak bertanya tentang admission requirement to enter our university. dan seorang labmate cina gua pun bercerita tentang SPM, yang mana bila kau cemerlang SPM kau boleh pilih course yang elok and the most popular of course is medic. dan gua pulak bercerita tentang all the interview thingy, the IQ test, math and science test that we need to  attend sebelum masuk ke universiti ini. and i guess, our university only have all those interview and the tests before we are accepted to be as students. and we are from top SPM students all over Malaysia. and we are the choosen one.

tapi still, the basic things. students here can't really understand and applied it well. gua rasa sama saje dengan students di UTM, USM mahupun universiti-universiti lain di Malaysia. gua agak terkilan dengan kenyataan mr. majeed tapi gua harus sedar. itu satu kenyataan dan kebenaran. yang benar itulah biasanya pahit untuk ditelan. dan dia bercerita bagaimana di negara dia, competition tersangat lah hebat. gua ingat mereka hanyalah postgraduates yang doing master here. but i am totally wrong as they are now doing their PhD here. dan mereka used to be a lecturer di national universiti di Pakistan.

dan kita semua tahu, budak-budak Pakistan IQ mereka sangatlah tinggi. dan mereka sangat femes dengan kemahiran mereka di bahagian programming and codding. dan gua pernah baca yang tulang belakang wikileaks tu pun sebenarnya nationality dia adalah Pakistan. tapi gua lupa pulak nama mamat tu. dan juga orang penting kat NASSA juga salah seorangnya ialah orang Pakistan. gua pulak bertanya kepada mereka sebab mengapa mereka doing the PhD here. sebabnya cuma satu. mereka ditawarkan biasiswa. ya, itu satu langkah yang sangat bijak sebab dengan cara beginilah we as Malaysian can learn something from them.

dan keluar lagi solaan dari mulut yangguataktahunama,
"i heard about the percentage of the races here competing in for the place in the school and university and even for the scholarhip. how is the percentage divided and how much for each races?"


dang. soalan ni buat gua cukup kaku. speechless bang. dan seorang labmate gua yang cina jawab yang students tidak tahu about the percentages for each races as we are all just apply for the places. its depend on the government. dan gua kaku macam mana gua nak bagitau yang melayu ada special rights, special places. dang! gua malu untuk bagitau semua tu. lagi-lagi depan member-member cina gua. dan semua orang tahu pasal benda ni. ya, kalau melayu tak diberi special treats. ramai yang cakap. melayu akan mampus. tapi sebenarnya keistimewaan untuk melayu ni lah yang buat melayu mampus. hidup terlalu mengharapkan bantuan. si cina pulak cakap,"kalau kerajaan tak tolong, sampai bila melayu tak boleh hidup mewah." inilah yang buat gap antara kaum itu menjadi makin luas.

kita tengok orang melayu, ada duit sikit. pergi makan secret recipe, dome, starbucks. kita tengok orang cina, ada duit banyak. still pakai kereta buruk. simpan duit untuk masa depan anak mereka. untuk pelajaran. sebab mereka tau, bantuan dari kerajaan untuk mereka sikit. melayu pulak, kita fikir lah sendiri. benarlah kata zaid ibrahim dalam tulisan bukunya, saya pun melayu yang bercerita tentang keistimewaan melayu yang diberi sudah jauh tersimpang dari tujuan asalnya. arrgghhh sudah. panjang kalau kita bercakap pasal hak melayu ini sendiri.

berbalik kepada persoalan pertama mr. majeed tadi. pada pendapat gua, penubuhan SBP dan MRSM adalah satu jalan yang sangat salah. ya betul, kita mahu melahirkan genius-genius yang pada suatu hari nanti akan menjadi pemimpin negara. kita tengok sendiri di sekolah-sekolah ini. pencapaian akademik yang diutamakan! akademik tinggi, pengetua dapat nama, cikgu-cikgu naik pangkat. bermula disini lah segalanya menjadi punah. apa kita ingat sekolah-sekolah yang top SPM di Malaysia, pelajar-pelajarnya juga top intelek dan pelajaran mereka. gua cakap tidak. sama sekali tidak.

ya. salahkan sistem bila pencapaian adalah segala-galanya. bila pelajar diajar dan dilatih tubi dengan soalan-soalan. dilayan seperti mesin. ya. SPM itu sendiri sudah salah caranya. kita dapat lihat pattern soalah SPM itu sendiri. wajarkan sistem seperti ini dijadikan penanda aras untuk segala-galanya. sangat-sangat salah dan tidak sesuai. di mana seorang cikgu dapat meramal soalan yang bakal keluar. dan pelajar hanya diuji berdasarkan satu kemahiran sahaja. betulkah sistem pendidikan seperti ini? sekolah berlumba-lumba mencapai akademik yang membanggakan. salah! bila bertahun-tahun sistem yang sama diguna pakai. ia akan berevolusi menjadi benda yang tidak boleh diguna pakai.

kita lihat dulu, MCKK, Penang Institution di mana melahirkan banyak pemimpin hari ini yang memimpin negara. kita gah dengan pelajar yang keluar dari sekolah berprestij. tapi sekarang tidak lagi. sama seperti gua cakap. bila pencapaian akadamik dan sistem peperiksaan yang salah diamalkan dan diterapkan sejak lama ia menjadi duri dalam daging kepada kita sendiri.

suka gua capslockkan, BILA PENCAPAIAN AKADEMIK DIUTAMAKAN DI SBP, MRSM. KITA DAPAT LIHAT HASIL PELAJAR SEMAKIN KURANG BERKUALITI. PELAJAR DIBERI SOALAN BERTIMBUN, IBARAT MESIN. DIULANGNYA SOALAN-SOALAN YANG SAMA. PROSES UNTUK MEMAHANI PERKARA BASICS ITU SUDAH HILANG. OTAK DAN PEMIKIRAN PELAJAR LEBIH KE ARAH MENGHAFAL PATTERN SOALAN. SEBAB ITULAH APABILA NAIK DI PERINGKAT UNIVERISITI. BASICS THINGS CAN'T BE ANSWER BY STUDENTS. satu inferens dan konklusi yang sangat mudah.

fikirlah what will happen in 10 years ahead. as our country depends on becoming anak muda yang punya minda kelas pertama to run the our country. rosak anak muda sekarang. rosak lah negara masa hadapan. oh pemimpin, please do something to correct this! i am begging you.

dang! ini hanya pandangan gua. bantahan sila tinggalkan di ruangan komen. gua nantikan idea-idea bernas dan cemuhan membina. gua pun tak sedar gua menulis sepanjang ini. take me one hour to finish this. nytes peeps.

5 comments:

plumpy.tootsie said...

hai awak.sy terasa.

Lucifer said...

sebagai bekas MRZM, ya saya setuju dengan anda, di mana saya pernah jadi mesin mengerah otak.

juwita said...

hello hacks hitam.

wahh. penat baca entry kamu kali ni.

separation tu memang best. sy suka. konklusion kamu tu pun sy suka, sbb mmg student2 MRSM macam sy diberi soalan yg berulang.

terasa jugak, tp hakikat tak boleh nak tolak. haha.


:)

RastaMat said...

aku harap ada anak muda yang begini meneraju pucuk pimpinan dalam pendidikan negara..

hai, said...

satu je nak ckp,ku mmg setujulah.


-hnis-