31 December 2010

gua dan bola

siapa tak kenal mamat ni? kat page fan kat fesbuk dah cecah angka puluh ribu. Khairul Fahmi Che Mat. jejaka idaman wanita abad ni. Mark Zuckerberq kasi tau gua, kira-kira 1 juta awek-awek Malaysia update status pasal mamat ni malam semalam. suami idaman awek-awek Malaysia. silap haribulan, boleh kalahkan Maher Zain kat carta carian top Google. gua bukan apa, gua dah lama kenal mamat ni. tapi gua ingat-ingat lupa pasal cerita mamat ni. maklumlah, cerita lama.

Sembilan tahun yang lalu. Tahun 2001.

Masa tu gua darjah 4. Gua seorang kanak-kanak yang lincah. Hobi gua main bolasepak. Cikgu sukan masa tu dapat kesan bakat gua yang hebat ni. Pantas, gagah, berskills tinggi, pandai gelecek. Di usia muda, gua dipilih untuk wakil sekolah gua. Tiap-tiap petang gua akan berlatih bola. Usaha tangga kejayaan, motto hidup gua ketika zaman kanak-kanak tak baligh. No pain, no gain bahasa orang putihnya. Masa tu, haram gua tak paham.

Hari demi hari, skilsl gua bertambah maju. Berkat doa ibu bapa dan usaha gigih gua. Main peringkat zon. Sekolah gua jadi johan. Seterusnya peringkat daerah, gua menang kasut emas. Ramai orang jeles dengan gua. Bukan sebab apa, sebab kaki gua membunuh. Budak-budak gelar gua macam-macam. Antaranya, 'The Killer Leg', 'Esprano', tapi gua femes dengan gelaran 'The Torpode'. Sebab gua pantas dan laju. Kembang-kempis hidung gua.

Gua terpilih jadi striker daerah walau ketika itu gua baru darjah 4. Coach bagi harapan besar kat gua. Yakin dengan skills gua walau gua masih mentah dan belum baligh. Pasukan daerah berlatih dengan gigih. Rajuchaca nama jurulatih kami, bermisai putih. Digeruni dengan kebolehan taktikal yang tinggi.

Hari yang ditunggu tiba. Perlawanan antara daerah peringkat negeri bermula. Daerah-daerah dibahagi kepada dua kumpulan. Tapi silaka, daerah gua berada dalam kumpulan maut. Match pertama kalah 5-1. Silaka! Mungkin tidak biasa dengan keadan padang. Namun gua masih tak luntur semangat. Berjuang ketitsan darah terakhir. Daerah Tanah Tumpah Darahku!

Rajuchaca menukar taktikal kami. Kami bermain lone striker dengan 5 orang midfielder. Strategi menjadi dan kami berjaya layak ke final. Ketika final lah, gua kenal dengan Khairul Fahmi Che Mat. Nama femesnya Apex. Penjaga gol paling femes 9 tahun dahulu. Maknanya, gua akan berhadapan dengan dia di final. Striker versus Goalkeeper.

Rajuchaca suruh gua main macam biasa. "Don't afraid to shoot and score", katanya ringkas. Perlawanan bermula pukul 12.00 tengah hari, matahari berada tegak atas kepala. Panas dan silau. Cukup mencabar bagi kedua-kedua penjaga gol. Tapi Apex punya kelebihan, kelebihan mata semulajadinya. Sepet.

Perlawanan sangat sengit dan masa semakin suntuk, masa tambahan 4 minit bermula. Bola di dalam penguasaan kami. Bermula dari penjaga gol. Tenang menghantar bola kepada pertahanan kanan. Bola terus dihantar kepada holding midfielder. Pihak lawan mengasak dengan keras. Bola kembali kepada pertahanan tengah. Gua turun ke bawah untuk mengatur gerak. Bola berlegar di kawasan tengah. Flanker kanan meminta bola. Berlari laju ke arah penjuru padang. Gua berlari ke hadapan gol sambil meminta bola. Bola dihantar lintang, keras dan tinggi. Pertahanan lawan gagal membuat offside trap. Bola menuju tepat ke arah gua.

1,2 dan 3. First timer dari gua menjadi. Dengan kaki kiri, gua berjaya membuat banana-kick. Bola leret rendah ke penjuru gol. Apex terbang untuk menyelamatkan bola. Tapi tak sempat. GOALLLL. Apex geleng kepala tanda kecewa.

Perlawanan tamat dengan keputusan 1-0. Selesai perlawanan, Apex datang dekat gua. Serius mukanya, buat gua rasa takut.
"Satu hari nanti, gua akan jadi penjaga gol Malaysia. Jumpa 9 tahun lagi. Sama-sama wakil Malaysia terchentaaaa. Itu impian gua."
katanya serius.

1 bulan selepas itu, gua accident motor. Kaki gua cacat buat selamanya. Bolasepak hanya menjadi impian gua.

*****
sekadar rekaan semata-mata. keh keh keh. jangan bongkak. nanti lu accident motor. sama macam 'gua' dalam cerita di atas. berusahalah dengan impian kamu. jangan hangat-hangat tahi ayam. MAJULAH BOLASEPAK UNTUK NEGARA!

12 comments:

zAty si gAdis riAng !! said...

hahahah.


*ini bukan shit lah..

MATAHARI said...

kahkaha. aku 7x accident motor. sampai sekarang kerja mengenjin je.haha

De Mois said...

Haha..mula2 nmpk macam ada kebenaran. Baru nk tnye apek muka camne masa 2?? hehe

hiro said...

shit.kah2

maCy said...

cacat2 macy tetap sayang. keh2

misz molecule said...

cboleh blaa...
smangat aku pay attention

Encik Tikus said...

haha, aku sayang kau broo

Anis izyan Abd Rahman said...

btol ke tipu2 nie??
isk @_@

NAJ HEBAT said...

ni memang shit.

derr.. gua sayang lu. jgn nak ngade2 mencacat kan apa yg hensem.

ada paham.

oh. terdemand.

paeh judiN said...

faka..HAHA!!

alexa yussida said...

baekkk punyerr cerita bro!~

plumpy.tootsie said...

kaki lu ke yg cacat ni?