27 December 2010

kerakusan si Shamsul

Kaki kiri menekan jitu clutch kereta. Tangan kiri tangkas memasukkan gear 5, top gear bagi kereta Proton Wira bernombor WHC 2211 manual miliknya. Untuk kawalan sempurna. Shamsul kembali menekan clutch keretanya, gear 5 ditukar kepada 4. Selekoh tajam diambil pada kelajuan 90km/h. Cukup kemas pemanduan Shamsul. Ada kelas tersendiri.

Selesai mengambil selekoh, Shamsul terus memecut laju di jalan lurus. Tiba-tiba sebuah Toyota Hillux memotong dengan lebih laju. Ketika itu, speed meter Shamsul pada angka 140 km/h. Jelas. Toyota Hillux lebih berkuasa dari Proton Wira miliknya. Shamsul rasa tercabar. Keegoannya memuncak.

Streng kereta dipegang dengan dua tangan gagahnya. Butang Turbo pada sisi streng ditekan. Vrooomm. Vrooooommm. Bunyi ekzos berderum lebih berkuasa tanda injap bergerak lebih laju. Memberi lebih kuasa pada enjin.

"Tak sia-sia aku convert enjin Mitsubhisi Evolution dulu, upgrade Turbo MX, Absorber Sporty dan saiz rim dari 15 setengah kepada 17."
Getus hati kecil Shamsul.

Semua itu tidak lain tidak bukan agar kereta buatan nasional itu lebih berkuasa dan mampu mengambil selekoh pada tahap optimum. Bukan apa, ketika itu. Proton Inspira belum dijual. Proton masih belum cukup duit untuk bayar Mitsubishi untuk tiru model Mitsubishi.

Kembali kepada Lebuhraya Gerik-Jeli di mana sebuah Proton Wira sedang beradu tenaga enjin dengan sebuah Toyota Hillux. Setelah butang Turbo ditekan, kereta Shamsul memiliki lebih kuasa untuk memotong balik Hillux tadi. Pedal minyak ditekan rapat, Shamsul berjaya memotong Hillux tadi. 

"Hahahaha."
Shamsul ketawa puas.

Bagai dirasuk hantu, Shamul dan pemilik Hillux terus memecut laju. Ketika ini, nafsu sudah mengalahkan kemampuan akal kedua-dua pemandu itu. Masing-masing mahu tunjuk kehebatan. Adegan potong-memotong terus berlaku. Deruman enjin berderum ganas di lebuh raya itu.

Nasib tak menyelabahi Shamsul. Perbezaan kapasiti enjin jelas menjadi titik pemusnah Shamsul. Toyota Hillux dengan kapasiti 2.5 cc lengkap dengan Turbo with cooler unggul menguasai perlumbaan itu. Namun Shamsul masih tak mengaku kalah. 

Selepas mengambil satu selekoh tajam di mana Hillux berada jauh di hadapan Shamsul. Tiba-tiba,  lampu brek belakang Hillux menyala jelas menunjukkan isyarat brek kecemasan. Hillux berhenti kira-kira 400 meter di hadapan kereta Shamsul. Ada kerja-kerja pembaikan jalan di hadapan. Pekerja mamat Indon mengibarkan bendera merah tanda berhenti. Secepat kilat kaki kiri dan kanan Shamsul menekan clutch dan brek. Streng dipegang kemas, kelajuan kereta berkurang sedikit dan mungkin tidak sempat untuk berhenti.

20 saat terakhir ketika maut berada di hadapan Shamsul. Shamsul menarik brek tangan. Tayar belakang kereta terseret. Bau hangit menusuk hidung. Shamsul sempat berteriak Allahuakbar! Wajah-wajah isteri dan anak-anak terpampang di mata Shamsul.

BOOOMM!

Proton Wira melanggar bahagian belakang Toyota Hillux tadi. Badan Shamsul terperosok ke bahagian depan kereta. Pecah cermin kereta. Darah berada di mana-mana. Berakhirlah nyawa seorang pemilik kereta Proton Wira itu, Shamsul bin Haslam meninggalkan seorang janda dan dua orang tidak berbapa.

kelajuan membunuh. kealpaan membunuh.pandu dengan cermat. ingatlah orang tersayang. mereka menanti kepulangan anda di rumah. jangan convert kereta lebih-lebih. keh keh keh. 

12 comments:

tiafazunia said...

ni nak cte pasal kete ke pasal shamsul ?

platipus said...

tragis

hackshitam said...

tia>sambil menyelam minum air..

paltipus>sekadar rekaan. hahaha

Cik Ieyraa said...

kui2..iklan kementerian.

Fyda said...

fuhh, name watak nak glamor jeh. Good job in making this story sebagai salah satu iklan jalan raya XD

De Mois said...

Nak no. isteri dia. Haha

Fathin Nur Hidayah said...

uhhh menakod kan!! mao mlm x tido ...==' * gua tamo cari suami mcm ni...ta pasal jer jd janda!!

Anonymous said...

kapasiti kelajuan mbunuh. lame ta naek hilux smbil pakai telekung kasi telekung terbang2..

hecks, btol ta kaki bangku? jom maen kawen2~

fatian athiea said...

ko ni mngidam krete ke?
cerite sal krete je lebih..

Rebelle said...

kereta tu siap convert segala!
macam adik i pulak..
huhuhu

plumpy.tootsie said...

shamsul bin haslam eh?o0o0o0o0o.yg tu la eh?yg buat filem tu ke?ohh bukan eh?laa.gua slh org.

yanmaneee said...

coach outlet
supreme
salvatore ferragamo belt
golden goose sneakers
lebron shoes
yeezys
kd 11
lebron 14
jordan shoes
balenciaga sneakers