29 January 2011

The Game by Neil Strauss

I COULD NOT BECOME ANYTHING:
NEITHER BAD NOR GOOD, NEITHER
A SCOUNDREL NOR AN HONEST MAN,
NEITHER A HERO NOR AN INSECT.
AND NOW I AM EKING OUT MY DAYS
IN MY CORNER, TAUNTING MYSELF
WITH THE BITTER AND ENTIRELY
USELESS CONSOLATION THAT AN
INTELLIGENT MAN CANNOT SERIOUSLY
BECOME ANYTHING; THAT ONLY
A FOOL CAN BECOME SOMETHING.
I am currently reading this book, The Game written by Neil Strauss. Was suggested by bestfriend out there. Interesting book or maybe I should call it a non-fictional book. According to my him, it is a famous book as the author, Neil Strauss got the New York Times bestselling author in 2005 he guess.

Pity me as I did not know nothing about this book before. How grieve am I right? Interested? Just pm me your email and I will send you the softcopy of this book.

Very nice beautiful words in there. A must read book if you want to become a gentleman.

27 January 2011

kenangan silam #2

Jam tunjuk pukul 2 pagi waktu Malaysia. Suasana gelap gelita. Tapi masih riuh-rendah dengan suara garau budak-budak baru nak baligh. Kelihatan Mat Yo sibuk mengambil pesanan. Pen biru tanpa penutup ada kesan-kesan gigi pantas menulis pesanan.

Surya- 7 kotak.
Dunhill- 23 kotak.
Winston- 4 kotak.
Malboro Light- 2 kotak.
Tak ketinggalan,
Rokok murah jenama bola- 4 kotak.

Maggi goreng- 8 bungkus.
Nasi goreng Pattaya- 3 bungkus.
Mee goreng- 4 bungkus.

Siap. Kertas pesanan diletak dalam saku seluar, dizip agar tidak jatuh. WZ 6, dorm tempat berkumpul 7 orang budak nakal. Dorm memang berhantu. Tempat gangster-gangster berkumpul. 8 daripada 14 ahli dorm, pernah ada rekod jenayah berat kat sekolah. Sekor-sekor dah kena cop dengan cikgu disiplin. Lengkap berpakaian hitam, semua mesti hitam. Ini misi bahaya. Ketua memberikan arahan dengan jelas.

"Semua orang pastikan follow rapat. Gua tak mahu ada yang ketinggalan kat belakang. Semua barang-barang dah ready?"

"Siap bos."

"Wooww."
Senyum ketua dengan gigi depan yang agak kedepan. Itu dah memang stail ketua. Mie namanya.

2. 30 pagi. Misi bermula. Ketua memulakan langkah dengan bacaan doa. Di akhir doa, ditambah dengan ayat-ayat penguat hati. Bukan apa, agar makhluk-makhluk halus tak mengganggu misi ni. Agar babi-babi hutan tak main kejar-kejar dengan kami.

Halangan pertama berjaya dilepasi. Pagar sekolah berjaya didaki. Pak guard sekolah berjaya dianjing-anjingkan. Peralatan dikeluarkan. Telepon 1100 dengan fungsi torchligt dikeluarkan. Rokok-rokok daun dan murah dinyalakan. Dihirup dan dihembus. Misi meredah hutan kelapa sawit bermula, tempat kediaman makhluk-makhluk halus dan babi-babi hutan.

Lebih kurang 1 jam perjalanan, turun naik bukit melalui denai hutan kelapa sawit. Akhirnya, sampailah di kedai pelayan. Rokok-rokok dan makanan-makanan dipesan. Lebih kurang 30 minit. Ketua memberikan arahan agar bertolak pulang. Lebih kurang pukul 5 pagi. Kelihatan pagar sekolah dari jauh. Misi yang dipanggil FLY berjaya disempurnakan. Syabas semua! Ujar Miey dengan gigi tupainya. Wooww.

Pengalaman buruk;
Dikejar babi hutan.
Diganggu makhluk halus.
Dikejar orang kampung.
Hampir terkantoi dengan polis.

Apa macam? Gangster tak gua? Keh keh keh.

kenangan gua tak akan turunkan kat anak-anak. anak-anak gua semua gua nak hantar masuk sekolah agama. tak nak mereka jadi macam gua. tapi serius. pengalaman terhebat pernah gua ada. 
dari gua duk berblogging pagi-pagi buta ni. ada baik gua pergi masjid lagi kan? tepuk dada. tanya selera.

24 January 2011

hope

hope dangles on a string.
like slow spinning redemtion.
winding in and winding out.
the shine of it has caught my eye.

seriously. stalking is shit! yes, awak cantik, manis, comel. punya ramai peminat. sometimes, i feel my effort before like useless. rasa awak layan all guys in your life just like me. yes, i am only a friend to you. sedar itu. rasa nak forget all things about you. if i do, i will totally erase all. no more pink in my life. Faka!

guys,
should i surrender?
or shoud i try harder?

i always put hope on you.
my first day class today. first year second semester. wish me luck guys.

22 January 2011

hening pagi

selesai solat subuh dalam gelap kat bucu bilik. kedua-dua tangan di angkat separa dada lalu dengan rendah diri memohon doa kepada Sang Pencipta Esa Agung.

"Ya Allah Ya Tuhanku, tak banyak yang aku inginkan dalam hidup ini. dengan rahmatmu Yang Maha Pengasih, Kau jagalah dan berkatilah seluruh ahli keluargaku walau di mana mereka berada. semoga kedua ibu-bapaku dilindungi di usia senja mereka ini. semoga mereka sihat sejahtera menempuh hari-hari mendatang. jauhilah mereka dari segalah musibah dan masalah. hanya pada-Mu aku berharap tika aku jauh dari mereka. Amin."

sayangilah ibu bapa selagi mereka ada. doakanlah ibu bapa. berkat ibu bapa paling mujarab. moga hidup dalam petunjuk-Nya.

19 January 2011

awak!

awak suka kan donashi? lama tau saya tunggu donashi siap tadi..

petang semalam kakak awak text saya. ajak pergi pantai. saya tidur. saya demam. saya tak larat. pukul 7 saya bangun, baru saya baca sms tu. malam tu. saya text awak.

"salam awak..."
2 jam saya tunggu. baru awak reply.
"salam jugak! ye awak?"
"lambtny. erm. esk nk kuar x awak?"
"sowi. insyaALLAH klu xde halangan =) "
"kul bpe awk? lusa xleh k? kakak awk g dah eh?"
"awak xfree k esk?"
"free je. oklar esk. xde msalah."
"btol ni? awak kn dmm. larat x? klu xlarat hari laen je."
"khamis sy dah balik dh. dmm sikit je. ok. "

lepas tu. sebelom tidur. saya telan panadol dua biji. ubat selesama satu biji. ubat batuk satu sudu. ubat batuk memang saya tak suka tau awak. wekkkkk. saya cari selimut. terus tidur.

petang tadi saya makan McD dengan awak. eh, dengan awak dan kakak awak. sorry saya bawak kawan. ada hal kena settle dengan dia tadi. tak kan nak tinggal kawan kan. 

lama saya tunggu awak tadi. awak janji awak nak belanja. tapi takpe lah. saya belanja lagi. Prosperity je pun. tadi awak pakai baju putih. comel je. masa tunggu awak tu. dup-dap dup-dap je rasa. tapi saya buat-buat cool. saya kan gentleman. awak tak cakap banyak pun. saya ngan kakak awak pulak duk sembang lebih-lebih.

saya nak sembang ngan awak. tapi. tak tahu. susah. awak pulak senyap je. saya pulak tak pandai. entah. macam awak tak suka je. bosan kan keluar jumpa saya? dahlar awak study jauh. cuti jarang-jarang. awak cuti. saya tak cuti. saya cuti. awak tak cuti. jarang sangat jumpa.

awak. dah 2 tahun kita kenal. tapi awak tetap tak mahukan saya. tapi awak tak tahu. saya tetap tunggu awak. pasti.

ok-ok. dah boleh muntah. sebab ni cerita member gua. so, gua tak kesah. keh keh keh.

16 January 2011

'these' is more important

sooner or later we all discover that the important moments in life are not the advertised ones, not the birthdays, the graduations, the weddings, not the great goals achieved. the real milestones are less prepossessing. they come to the door of memory unannounced, stray dogs that amble in, sniff around a bit and simply never leave. our lives are measured by these. what is these? you will know by your own.

remember, once you are over the hill you begin to pick up speed. selamat ulang tahun kelahiran. 
Aku, Kau & Mereka. ikut gerak hati pena melayang~

15 January 2011

nama gua Iskandar #2

Gua baru balik main futsal. Sampai-sampai kat rumah, kelihatan daddy ngan mummy duk sembang kat depan tv.
"Assalamualaikum."
gua mencelah.
"Duk sembang apa ni daddy, mummy? Macam syok je."
"Ni, daddy ngan mummy duk bincang pasal adik kamu si Nini tu. Birthday dia kan dah dekat. Daddy ingat nak buat surprise lar kat dia."
"Owh, lupa plak Is. Next week kan birthday adik comel Is tu. Then, apa surprisenya daddy?"
"Lepas duk bincang dengan mummy tadi. Daddy ingat nak celeberate birthday Nini kat Gold Coast lah."
"Wah, nice daddy. Cantik tempat tu. Pantai kat situ memang terbaiklah daddy."
"Yes, sambil-sambil daddy ada projek kat situ. Kebetulan kamu pun cuti lagi ni. Boleh join sekali."
"Cuti semester Is tiga minggu lagi daddy. Boleh je kalau dady ngan mummy nak Is temankan."
"Done. Nanti daddy arrange dengan travel agency."

Ibu Tini datang menghidangkan minum malam untuk keluarga mereka. Susu panas dengan sedikit roti bakar.

bersambung...

12 January 2011

coli dan bikini

Kelihatan dua orang wanita muda sedang menikmati blended mereka kat DÔME cafe midvalley.

"Jom pergi sambut new year kat pulau nak?"

"Bes jugak, I dah boring lar asyik sambut new year kat dataran. Tengok bunga api. Lepas tu pergi pusing-pusing bontot kat kelab. Tiap-tiap tahun sama je. Bosan!"

"Tu pasal lar I ajak you ni sayang. New year ni sambut kat tempat orang lar pulak."

"Kat mane you?"

"Kita pergi Bali nak? Berjemur kat sana, ala-ala artis Hollywood gitu. "

"Bes jugak macam tu. Yelar, nak berjemur kat Malaysia. Komfem bising nanti. Masuk front paper nanti. Silap haribulan. Kena masuk mahkamah syariah tau."

"Tular I takut you. Berjemur kat sana. Mana ade orang kisah."

"Ok-ok, kira jadi lar ni sambut new year kat Bali?"

"Komfem jadi. Tiket semua, I settlekan."

"Jom pergi beli coli warna-warni."

"Bukan coli lar sayang. Bikini lar!"

"Keh keh keh."


dunia zaman sekarang. jantan yang untung. dapat nengoknye free-free. keh keh keh.

10 January 2011

dup dap dup dap bunyi jantung

11/01/11.
ces, buat gua cukup angin. tarikh keluar result pun nak cun jugak. Faka! kat wall fesbuk. dah penuh member-member 1 batch gua duk sumpah macam-macam. yelar. member-member batch gua semua perangai macam setan. mencarut ngan menyumpah je keje kat fesbuk.

tapi gua tak. gua lain. tak pernah gua mencarut kat fesbuk. jaga tatasusila. nanti makcik-pakcik gua tengok wall fesbuk gua. mampus gua. habislah imej baik gua nanti. baik gua mencarut masa duk berak dalam jamban. masyuukkk gak. layan. sambil berak, sambil mencarut. baru lawas. keh keh keh.

ok dah. malas nak taip panjang. result punya pasal. bunyi azan isya'. cepat-cepat gua semayang. hipokrit kan? gua tak mintak banyak. gua tak mintak 4.0. tapi kalau dapat dean list pun dah ok lar kan? lagi 10 minit sebelum result. tapi tak tahular. mungkin pukul 12 kejap lagi. atau mungkin pukul 8 pagi esok. gua tak kesah. janji dapat dean list. tinggi target gua semester kali ni.

ok. wish me luck friends. =)

a short entry from me. minggu depan dah balik universiti. tak sabar yoooooooo. sangat bosan duk rumah. kepuahsang orang ganu cakap. 

09 January 2011

kenangan silam #1


Tahun 2008. Masa tu gua tingkatan 5. Biasa lar, budak asrama. Petang-petang kalau tak turun padang memang tak sah. Main bola sama-sama. Main ragbi sama-sama. Macam-macam lagilah. Tapi, kalau musim hujan. Gua ngan member-member memang mengeluh panjang.

Nak main bola kat padang. Memang tak boleh. Wajib warden datang dengan rotan kejar sekor-sekor naik dorm. Silap haribulan, kena panggil naik stage time assembly. Mintak jauh semua tu. Tapi macam biasalar, budak-budak asrama ni punya idea yang kreatif.

Kitorang cari port lain nak main bola. Sebelum tu, member gua check line warden dulu. Tengok pintu rumah warden tertutup rapat. Line clear lar tu. Yelar, hujan-hujan. Sejuk. Komfem duk peluk bini tu. Lepas tu, semayang asar siap-siap. Bukak baju, bukak seluar. Turun bawah dengan boxer masing-masing.

Muka megah tunjuk boxer masing-masing. Port kitorang tak jauh pun. Belakang asrama dekat ngan kolah. Tahu tak kolah tu apa? Tak tahu sudah. Cari sendiri. Gua malas nak explain. Dalam pukul 6, gua ngan member-member start main. Berkaki ayam, buat gol dengan selipar jepun. Memang terbaik.

Bukan nak main bola pun, duk peluk sana-sini. Hempas dalam lumpur. Tu paling terbaik. Lepas siap main, ketua pengawas buat announcement suruh pergi majid. Baru duk kalut nak naik dorm. Terus terjun dalam kolah, mandi ramai. Hitam abis air kolah. Pau shokubutsu junior-junior. Zaman tu, shokubutsu tengah femes.

Ada sekali, tiba-tiba warden datang serbu. Habis semua pecut 100 meter. Esoknya warden tanya sape main bola belakang kolah? Sampai mampus. tak ada orang nak mengaku. Keh keh keh.

seriously, gua rindu zaman sekolah dulu. rindu member-member nakal gua. nakal memang nakal. tapi mostly, merekalah yang dapat result SPM top. merekalah yang jejak kaki kat oversea. adik-adik, hargailah zaman sekolah kamu. enjoy your school time. because, when you come to my age, you will really miss that moment. 
*sape leh teka gua yang mana satu dalam gambar kat atas? gua belanja coki-coki. haha.

07 January 2011

cinta tauke butik coli

Julie genggam erat colinya di tangan. Diambil coli berwarna pink jenama Triumph itu, ditekupnya ke muka. Diciumnya penuh nikmat. Kering dan tidak lembab. Memuaskan hati Julie. Memang rutin Julie, setiap kali mengangkat pakaian dari jemuran. Julie akan memastikan semuanya benar-benar kering. Tambah lagi, coli-coli kesayangannya.

"Arghh, sudah lewat!" getus hati kecil Julie.

Cepat-cepat Julie pulas streng keretanya, menukar arah. Menggunakan jalan pintas.

"Selamat pagi Cik Julie!" sapa seorang pekerjanya.

Tepat pukul 11 pagi, Julie melangkah masuk ke butik coli Triumph miliknya. Siti Zulaikha bt Zakaria, berumur 27 tahun merupakan pengurus butik Triumph's Bra, 'Fits & Aspirations' di Mid Valley. Siti Zulaikha atau Julie cukup cantik, punya kulit muka yang mulus dan body yang cukup solid. Buat lelaki pandangnya dengan pandangan luar biasa.

Namun, jodoh di tangan Tuhan. Julie masih belum punya teman istimewa. Terlampau memilih mungkin. Yelar, kerja di kedai coli. Mungkin, lelaki pandang jijik kepadamya. Walhal, kerjanya seorang pengurus. Punya gaji 5, 6 ribu sebulan. Coli, di mata lelaki cukup bahaya. Buktinya, seorang suami jarang sekali sanggup menemani isterinya ke kedai coli. Tinggi egonya.

Hari itu, Rosman bin Lebat. Seorang jurutera di syarikat Sime Darby datang ke Mid Valley. Dia punya hasrat yang cukup besar. Mahu beli coli untuk neneknya, hadiah hari jadi yang ke-81. Matanya tertumpu kepada sebuah board butik di Mid Valley. Offers up to 70%., Fits & Aspirations'. Menarik minat hari Rosman.

Rosman gagahkan diri, tebalkan muka memasuki butik coli itu. Booom! Rosman tersadung dan terjatuh ke atas Julie yang ketika itu sedang membantu pekerjanya menyusun coli.

"Err, sorry! miss errrr. errrrr."

"Its okay. Oh, call me Cik Julie. Apa yang boleh I bantu? I manager kat butik ni."

"Nama I Rosman. Here my card."

Julie ketawa besar bila tahu Rosman mahu belikan coli untuk neneknya. Mereka usik-mengusik dan cinta mula berputik antara mereka. Siapa sangka jodoh Julie hari ni, berkat cium colinya pagi tadi mungkin.

*****

berkat seorang nenek. jodoh dan cinta ada di mana-mana. lelaki, jangan malu-malu teman isteri pergi beli coli. keh keh keh.

03 January 2011

nama gua Iskandar #1

Semalam gua follow daddy ngan mummy keluar. Pergi rumah member daddy. Member kamceng daddy. Dato' Ramzol namanya.

"Tak nak ikut lah daddy, malas."
gua buat suara tegas.

Tapi daddy gua buat muka sedih pulak. Cess, gua terpedaya.
"Biar Is je lar yang drive daddy, tak payah susahkan pakcik Murad tu. Kesian driver kita tu."

Gua pendekkan cerita. Sampai je rumah Dato' Razol, gua buat muka sopan-santun dan baik-pekerti. Serius gua bosan, dengar mereka duk bincang projek juta-juta, kat Pulau Pinang rasanya. Datin-datin pulak duk sembang pasal handbag, Gucci, LV, Lancome. Macam-macam lah.

Sampai satu part, Datin Hamsah, isteri Dato' Ramzol tanya mummy gua,
"Anak you tu dah ada girlfriend ke datin?"

cepat-cepat gua potong,
"Tak de aunty, single lagi ni." sambil buat muka malu sipu-sipu.

"Alar, orangnya handsome. Tak kan lar takde lagi ni? Ke memilih ni?"

"Tak nak lar aunty bergirlfriend ni, leceh." Jawab gua ringkas.

Mummy gua mencelah,
"Biarlar dia datin, habis belajar nanti, pandai-pandailar dia cari tu. Kami nak dia fokus belajar dulu. Nanti nak warisi syarikat daddy dia tu. Lagipun, perempuan sekarang, bukan boleh percaya sangat pun datin."

"Owh, baguslar macam tu datin. Belaja dulu sampai habis. Tapi kan datin, I ada anak dara seorang, belajar kat Australia. Muda setahun dari Iskandar tu."

Gulp. Gua telan air liur, mengerti apa yang dimahukan oleh Datin Hamsah.



bersambung...




02 January 2011

si kosong

semalam bapak gua kejut gua dari bilik masa tidur petang. apa pasal datang bilik gua petang-petang ni. jarang dibuat. ajaknya ke rumah orang meninggal. teman rapatnya waktu kerja dulu katanya. gua capai tuala, terus pergi mandi. siapkan diri. pukul 6 petang pergi dan lebih kurang pukul 9 malam balik rumah. selepas siap solat jenazah kat situ.

bercerita pasal orang meninggal ni buat gua teringat cerita masa gua form 5 dulu. 2008. around bulan 8, masa tu gua duduk hostel. sekolah berasrama penuh. petang tu, gua baru sampai hostel dari satu kem SPM. cepat-cepat gua salin baju, terus turun main bola. mengidam nak main bola. then, seorang junior datang. bagitau warden nak jumpa gua.

"shit! kantoi ape lagi ni?." detik gua dalam hati. masa tu agak berdebar-debar. budak nakal zaman sekolah lar katakan. warden tu rangkul gua. buat gua makin berdebar. lepas tu, warden tu bagitau bapak gua call nak datang ambil gua. pastu dia bagitau nenek gua sudah tak ada. dan warden tu macam nak tenangkan gua.

tapi gua feelingless. tak boleh buat mimik gua macam mana. dan gua selamba je cakap, "ok cikgu, saya pergi tukar baju dulu." as simple as that. no cry, no sad face. kosong.

dan lepas tu. bulan 9 kalau gua tak silap. 6 orang member gua kena berhenti sekolah. kes disiplin buli juniors melibatkan pihak polis. untuk pengetahuan, ikatan dan hubungan dengan member-member satu batch ni memang cukup rapat. bond dia mengalahkan adik-beradik kandung.

yelar, 5 tahun tidur sama-sama. mandi sama-sama. kau kentut aku. aku kentut kau. makan maggi sama-sama. aku pinjam baju kau. kau pinjam aku. kena kejar dengan cikgu sama-sama. kantoi dengan cikgu sama-sama. kacau adik-adik cun sama-sama. semua sama-sama. 5 tahun, lama tu. hubungan macam isi dan kuku.

dan bila pihak sekolah buat keputusan nak berhentikan 6 orang member gua ni. gua sekali lagi feelingless. nothing to say. pada sama yang sama, semua member-member lain menangis dan sedih sangat. cukup sedih. ya, gua pun sedih. bila bayangkan keadaan mereka nanti. masa depan mereka. mana nak ambil SPM. tukar sekolah mana nanti. tapi air mata gua susah sangat nak menitis. dan gua pergi kelas. buat latihan addmath sorang-sorang. sekali lagi gua jadi si kosong.

people said, when you sad. just release it with tears. and you will feel very relief after that. but i definiteley can't doing that. ok, fine. gua simpan kesedihan itu dalam hati. no need to share. it's better for me.

01 January 2011

tak bermakna

jam  tunjuk 5:28 AM. dan gua masih belum mampu tidur. baru bangun sebenarnya at around tu 2 AM tadi. hari ni 1 Januari 2011, 01/01/11. really nice date. tak ada ape special pun bagi gua. hidup diteruskan jua. hari tetap sama. masih 7 hari seminggu. 12 bulan setahun.

masuk jamban, tujuannya masih sama. masih untuk berak. azam baru? this is really shit. masih tetap sama. sekadar mampu buat azam. tak mampu dikota. semester baru bakal tiba. dengan harapan. gua akan menjadi seorang yang lebih rajin. usia menganjak tua satu tahun. ayah dengan mama terus dimakan usia. semoga sihat dan dilindungi sentiasa.

pagi ini. otak gua ligat duk pikir benda yang gua sendiri tidak pasti apa. hati kalut duk tanya soalan yang gua sendiri tak mampu jawab. and then, gua tiba-tiba rindu dengan member-member kamceng gua. semua pengalaman yang ditempuh bersama. hidup sama nakal tapi rezeki Allah yang tentukan. moga berjaya semuanya.

these are my feelings right now. sorry guys. tak tahu apa yang ditulis. tak selalu macam ni. happy new year. azam tahun baru bermula sekarang!