09 January 2011

kenangan silam #1


Tahun 2008. Masa tu gua tingkatan 5. Biasa lar, budak asrama. Petang-petang kalau tak turun padang memang tak sah. Main bola sama-sama. Main ragbi sama-sama. Macam-macam lagilah. Tapi, kalau musim hujan. Gua ngan member-member memang mengeluh panjang.

Nak main bola kat padang. Memang tak boleh. Wajib warden datang dengan rotan kejar sekor-sekor naik dorm. Silap haribulan, kena panggil naik stage time assembly. Mintak jauh semua tu. Tapi macam biasalar, budak-budak asrama ni punya idea yang kreatif.

Kitorang cari port lain nak main bola. Sebelum tu, member gua check line warden dulu. Tengok pintu rumah warden tertutup rapat. Line clear lar tu. Yelar, hujan-hujan. Sejuk. Komfem duk peluk bini tu. Lepas tu, semayang asar siap-siap. Bukak baju, bukak seluar. Turun bawah dengan boxer masing-masing.

Muka megah tunjuk boxer masing-masing. Port kitorang tak jauh pun. Belakang asrama dekat ngan kolah. Tahu tak kolah tu apa? Tak tahu sudah. Cari sendiri. Gua malas nak explain. Dalam pukul 6, gua ngan member-member start main. Berkaki ayam, buat gol dengan selipar jepun. Memang terbaik.

Bukan nak main bola pun, duk peluk sana-sini. Hempas dalam lumpur. Tu paling terbaik. Lepas siap main, ketua pengawas buat announcement suruh pergi majid. Baru duk kalut nak naik dorm. Terus terjun dalam kolah, mandi ramai. Hitam abis air kolah. Pau shokubutsu junior-junior. Zaman tu, shokubutsu tengah femes.

Ada sekali, tiba-tiba warden datang serbu. Habis semua pecut 100 meter. Esoknya warden tanya sape main bola belakang kolah? Sampai mampus. tak ada orang nak mengaku. Keh keh keh.

seriously, gua rindu zaman sekolah dulu. rindu member-member nakal gua. nakal memang nakal. tapi mostly, merekalah yang dapat result SPM top. merekalah yang jejak kaki kat oversea. adik-adik, hargailah zaman sekolah kamu. enjoy your school time. because, when you come to my age, you will really miss that moment. 
*sape leh teka gua yang mana satu dalam gambar kat atas? gua belanja coki-coki. haha.

15 comments:

adrinaqamarina said...

20 budak itam pakai boxer eh? haha!

memang best la. paling ingat, time kat maktab, maen basketball dalam hujan dengan baju sekolah. tu antara paling best laa.

pastu panjat tangki laa. macam3. tapi betol laa. yang nakal3 tu sume top3.

rindu rindu dan rindu giler laaa.

hackshitam said...

mane ade hitam..
putih2 n hensem2 ok..haha
betol2..
rindu2..
rindu nak maen bola berboxer shja..haha

Encik Tikus said...

kau yg pakai boxer merah tue ? haha aku rindu woo zaman sekolah aku~

hackshitam said...

en tikus>
salah2. merah gua tak minat. haaha, rinduuuuuu. semua orang rinduu zaman skolah..

plumpy.tootsie said...

gua dgr lu ta suke pakai ape-ape mse main lumpur.tp gmbr tu sume pkai boxer.so,mesti lu yg amek gmbr an?

Farah said...

Pehh , semua orang buat entry mengenang zaman persekolahan . Yang ini best . Terus rasa rindu sekolah .

Cik Jari said...

rindu jugak masa lalu!tp ak takde pengalamn duk asrama....

rindu nk bersampan dlm parit masa tgh parit penuh....berendam dlm parit yg sejuk n bersih....besttttttttttttttt


selamatdewasahack!

NAJ HEBAT said...

adik2... hargailah masa muda.. jgn jd mcm hacks.. lalala..

form 5 aku pon nakal. warden pon dah malas nak tego..

kenangan tetap ada..! best!

aku sentiasa 9TEEN. muda kan.. taknak tua. boleh jd budak2 sentiasa.

Anis izyan Abd Rahman said...

hack !!!

mmg ahli gongsi gelap laa lu mcm nie, masuk kolah pon hitam air(mmg la hitam sbb main lumpur kan)
isk3x
nakal3x

MATAHARI said...

serius this thing reminds me of my old days.

tira azhar said...

betul betul. rindu sangat zaman sekolah.

DuniakuAbstrak said...

ni time pakai boxer mana time bogeL ramai-ramai?

alexa yussida said...

selalu mmg cmtu kan..budak laki nakal gila tapi pandaii gila..dorg la yg genius sume:)

zaman skolah mmg best!!

maCy said...

yg top skali spm tu heck kn? keke

six.september =_= said...

geng aspura sekolah aku redah je main bola time hujan
warden pon sama naik. tak heran