02 January 2011

si kosong

semalam bapak gua kejut gua dari bilik masa tidur petang. apa pasal datang bilik gua petang-petang ni. jarang dibuat. ajaknya ke rumah orang meninggal. teman rapatnya waktu kerja dulu katanya. gua capai tuala, terus pergi mandi. siapkan diri. pukul 6 petang pergi dan lebih kurang pukul 9 malam balik rumah. selepas siap solat jenazah kat situ.

bercerita pasal orang meninggal ni buat gua teringat cerita masa gua form 5 dulu. 2008. around bulan 8, masa tu gua duduk hostel. sekolah berasrama penuh. petang tu, gua baru sampai hostel dari satu kem SPM. cepat-cepat gua salin baju, terus turun main bola. mengidam nak main bola. then, seorang junior datang. bagitau warden nak jumpa gua.

"shit! kantoi ape lagi ni?." detik gua dalam hati. masa tu agak berdebar-debar. budak nakal zaman sekolah lar katakan. warden tu rangkul gua. buat gua makin berdebar. lepas tu, warden tu bagitau bapak gua call nak datang ambil gua. pastu dia bagitau nenek gua sudah tak ada. dan warden tu macam nak tenangkan gua.

tapi gua feelingless. tak boleh buat mimik gua macam mana. dan gua selamba je cakap, "ok cikgu, saya pergi tukar baju dulu." as simple as that. no cry, no sad face. kosong.

dan lepas tu. bulan 9 kalau gua tak silap. 6 orang member gua kena berhenti sekolah. kes disiplin buli juniors melibatkan pihak polis. untuk pengetahuan, ikatan dan hubungan dengan member-member satu batch ni memang cukup rapat. bond dia mengalahkan adik-beradik kandung.

yelar, 5 tahun tidur sama-sama. mandi sama-sama. kau kentut aku. aku kentut kau. makan maggi sama-sama. aku pinjam baju kau. kau pinjam aku. kena kejar dengan cikgu sama-sama. kantoi dengan cikgu sama-sama. kacau adik-adik cun sama-sama. semua sama-sama. 5 tahun, lama tu. hubungan macam isi dan kuku.

dan bila pihak sekolah buat keputusan nak berhentikan 6 orang member gua ni. gua sekali lagi feelingless. nothing to say. pada sama yang sama, semua member-member lain menangis dan sedih sangat. cukup sedih. ya, gua pun sedih. bila bayangkan keadaan mereka nanti. masa depan mereka. mana nak ambil SPM. tukar sekolah mana nanti. tapi air mata gua susah sangat nak menitis. dan gua pergi kelas. buat latihan addmath sorang-sorang. sekali lagi gua jadi si kosong.

people said, when you sad. just release it with tears. and you will feel very relief after that. but i definiteley can't doing that. ok, fine. gua simpan kesedihan itu dalam hati. no need to share. it's better for me.

12 comments:

little ain said...

difficulties in expressing feelings, that suits you.

no offense okey. i was just saying.

MATAHARI said...

teringat kisah time spm. ramai member kena buang/tukar sekolah dr mrsm ke sekolah biasa kerana revolusi pentadbiran dan pembulian.

Encik Tikus said...

si kosong, aku pun ada pengalaman tue doe,

grubby person (^_^) said...

uhh...no heart feeling..me too. sometimes.. biler ada kes yg melibatkan kesan dlm hati. x dpt na mnangis even ia sebuah perpisahan *acecehh ayat sastera pulak dah!

grubby person (^_^) said...

uhh...no heart feeling..me too. sometimes.. biler ada kes yg melibatkan kesan dlm hati. x dpt na mnangis even ia sebuah perpisahan *acecehh ayat sastera pulak dah!

:: cekodod :: said...

betul kosong

NAJ HEBAT said...

jap.
gua takut lu satu skolah dengan gua?

hehe. 6 org kene buang. Gua ada peluk yang taiko sorang tu. menangis siot.

Anis izyan Abd Rahman said...

aaaallaaaa
hacks hitam sedeyh~~~
=(

tapi nsib baik tak kene buang sekolag sekali dgn 6 tuh~

maCy said...

macam alang..

maCy said...

sekali lagi wt entry cmni macy xnk dtg dah. bai

alexa yussida said...

adakah kamu budak skolah saya?kekeke

plumpy.tootsie said...

my sayang ckp this entry best.ini pun dh bce saing colicoli tu.

u couldn't cry,it's such a pity.