07 January 2011

cinta tauke butik coli

Julie genggam erat colinya di tangan. Diambil coli berwarna pink jenama Triumph itu, ditekupnya ke muka. Diciumnya penuh nikmat. Kering dan tidak lembab. Memuaskan hati Julie. Memang rutin Julie, setiap kali mengangkat pakaian dari jemuran. Julie akan memastikan semuanya benar-benar kering. Tambah lagi, coli-coli kesayangannya.

"Arghh, sudah lewat!" getus hati kecil Julie.

Cepat-cepat Julie pulas streng keretanya, menukar arah. Menggunakan jalan pintas.

"Selamat pagi Cik Julie!" sapa seorang pekerjanya.

Tepat pukul 11 pagi, Julie melangkah masuk ke butik coli Triumph miliknya. Siti Zulaikha bt Zakaria, berumur 27 tahun merupakan pengurus butik Triumph's Bra, 'Fits & Aspirations' di Mid Valley. Siti Zulaikha atau Julie cukup cantik, punya kulit muka yang mulus dan body yang cukup solid. Buat lelaki pandangnya dengan pandangan luar biasa.

Namun, jodoh di tangan Tuhan. Julie masih belum punya teman istimewa. Terlampau memilih mungkin. Yelar, kerja di kedai coli. Mungkin, lelaki pandang jijik kepadamya. Walhal, kerjanya seorang pengurus. Punya gaji 5, 6 ribu sebulan. Coli, di mata lelaki cukup bahaya. Buktinya, seorang suami jarang sekali sanggup menemani isterinya ke kedai coli. Tinggi egonya.

Hari itu, Rosman bin Lebat. Seorang jurutera di syarikat Sime Darby datang ke Mid Valley. Dia punya hasrat yang cukup besar. Mahu beli coli untuk neneknya, hadiah hari jadi yang ke-81. Matanya tertumpu kepada sebuah board butik di Mid Valley. Offers up to 70%., Fits & Aspirations'. Menarik minat hari Rosman.

Rosman gagahkan diri, tebalkan muka memasuki butik coli itu. Booom! Rosman tersadung dan terjatuh ke atas Julie yang ketika itu sedang membantu pekerjanya menyusun coli.

"Err, sorry! miss errrr. errrrr."

"Its okay. Oh, call me Cik Julie. Apa yang boleh I bantu? I manager kat butik ni."

"Nama I Rosman. Here my card."

Julie ketawa besar bila tahu Rosman mahu belikan coli untuk neneknya. Mereka usik-mengusik dan cinta mula berputik antara mereka. Siapa sangka jodoh Julie hari ni, berkat cium colinya pagi tadi mungkin.

*****

berkat seorang nenek. jodoh dan cinta ada di mana-mana. lelaki, jangan malu-malu teman isteri pergi beli coli. keh keh keh.

12 comments:

K I E R A said...

HAHAH :)

hiro said...

stail habis..nk lawan..gua lama dah tak karang pasal coli ni.

platipus said...

apa ada hal stakat teman beli coli..

little ain said...

hiro jgn nk mula.

hahahaha

alexa yussida said...

habesslaaa kalo hiro da stat balik..:D

satu2 insan daku penah tgk tak segan silu masuk kedai bra ni,abg daku..teman wife die carik bra..siap offer daku nak ke tak die carikan =.='

Sca Ndx said...

HAHA. kalau teman isteri beli coli. 'free' isteri lagi satu lah.

Rebelle said...

gila laaa!
berkat habis..
hahhaa

maCy said...

:)

NAJ HEBAT said...

haha. bongok.

tapi kan.. honestly, tabiat julie mencium coli dekat jemuran adalah tabiat aku..

ok.

nikmat.

bau sabun basuh baju. keh keh keh.

sudah!

Encik Tikus said...

kalau gua tak tahu apesal bila lau kedai coli mata mesti xnak pandang kedai tue, kah kah

plumpy.tootsie said...

dh bc edh hr tu yg ni.smbil bce smbil menyumpah.opsss.

Farah said...

haha . gila la .