19 January 2011

awak!

awak suka kan donashi? lama tau saya tunggu donashi siap tadi..

petang semalam kakak awak text saya. ajak pergi pantai. saya tidur. saya demam. saya tak larat. pukul 7 saya bangun, baru saya baca sms tu. malam tu. saya text awak.

"salam awak..."
2 jam saya tunggu. baru awak reply.
"salam jugak! ye awak?"
"lambtny. erm. esk nk kuar x awak?"
"sowi. insyaALLAH klu xde halangan =) "
"kul bpe awk? lusa xleh k? kakak awk g dah eh?"
"awak xfree k esk?"
"free je. oklar esk. xde msalah."
"btol ni? awak kn dmm. larat x? klu xlarat hari laen je."
"khamis sy dah balik dh. dmm sikit je. ok. "

lepas tu. sebelom tidur. saya telan panadol dua biji. ubat selesama satu biji. ubat batuk satu sudu. ubat batuk memang saya tak suka tau awak. wekkkkk. saya cari selimut. terus tidur.

petang tadi saya makan McD dengan awak. eh, dengan awak dan kakak awak. sorry saya bawak kawan. ada hal kena settle dengan dia tadi. tak kan nak tinggal kawan kan. 

lama saya tunggu awak tadi. awak janji awak nak belanja. tapi takpe lah. saya belanja lagi. Prosperity je pun. tadi awak pakai baju putih. comel je. masa tunggu awak tu. dup-dap dup-dap je rasa. tapi saya buat-buat cool. saya kan gentleman. awak tak cakap banyak pun. saya ngan kakak awak pulak duk sembang lebih-lebih.

saya nak sembang ngan awak. tapi. tak tahu. susah. awak pulak senyap je. saya pulak tak pandai. entah. macam awak tak suka je. bosan kan keluar jumpa saya? dahlar awak study jauh. cuti jarang-jarang. awak cuti. saya tak cuti. saya cuti. awak tak cuti. jarang sangat jumpa.

awak. dah 2 tahun kita kenal. tapi awak tetap tak mahukan saya. tapi awak tak tahu. saya tetap tunggu awak. pasti.

ok-ok. dah boleh muntah. sebab ni cerita member gua. so, gua tak kesah. keh keh keh.

13 comments:

platipus said...

bru tunggu 2 tahun

bertabahlah..

tggu lagi 3 tahun..lepas tu kalau dia tknak gak...err...


no komen!

IEKAH MOKRI said...

erghhhhh agak romantik yerk citer itu walaupun donashi itu sume sngt chomel2 hingga merentap tangkai jantung aku

adrinaqamarina said...

baru dua tahun, chill la :)

tak sampai ati nak muntah, sebab cerita ni chumil laaa.

dah la baru lepas dinner. -.-'

cikpia said...

benda hati dan perasaan nie bukan bley paksa..... sabar..

Encik Tikus said...

muntah hijau dah nie doeee

Anis izyan Abd Rahman said...

buat aaa cerite pasal gua pulak ,

jadi pekerje petronas jual sepeket hack hitam 10 biji 50sen ~

maCy said...

eleh. siriyes je. padahal cerita die. sbb beze cte heck a thn. macy 3 tahun. keh2

NAJ HEBAT said...

member lu Aspalela ke?

gua cuti dia tak cuti. Meranaaa...


kah kah. muntah. diam.

six.september said...

aaaaaaaaaaaaaa

baru nak feeling. haha.
alah aku dah menunggu 11 tahun ni rilex je

Anonymous said...

yelaa tu member lu?? hahaha..
anyway, lu memang setia laa bro..
respek..

plumpy.tootsie said...

member ye?LOL.

tak salah mengaku,malah lu patut bangga lu setia.

misz molecule said...

konon setia.




Allah dh ttapkan sape jdoh kte d luh mahfudz..










wait n see j

RastaMat said...

jangan makan panadol banyak..
bahaye..
serius...