18 November 2010

to HELLIOZ

hai semua. entry ini sekadar untuk melepaskan rasa ketidakpuashatian terhadap entry encik hellioz. sekadar menulis. tak mahu cari gaduh. dan mahu berkawan dengan hellioz. dan mungkin hellioz tak ada masa nak baca entry bodoh gua ni.


pertama.


gua pun tak tahu mana lu dapat gambar ni. photoshop. atau google mungkin. selama gua hidup atas mukabumi kelantan. tak pernah pulak gua terjumpa. mahupun terhidu iklan semacam gambar di atas. so, gua buat conclusion yang lu memang tak suka orang kelantan. jangan sebab lu jumpa gambar ni. so, lu buat andaian. iklan macam ini ada kat kelantan. dan bila lu letak iklan macam ni. lu tak rasa macam lu tunjuk satu benda yang tak wujud. mungkin bahasa sesuainya fitnah. 

"Yang paling dikasihi oleh Allah di antara kamu adalah mereka yang baik akhlak, yang merendahkan sayapnya ( diri ), yang suka dengan orang dan yang disukai orang. Manakala yang dimurkai Allah adalah mereka yang membawa fitnah, yang menceraiberaikan anatara saudara dan mencaci orang yang tidak bersalah akan kesalahannya." hadith riwayat At-Tabharani dan Abu Hurairah r.a.

kedua.

ranking HIV kat Malaysia. dan kelantan stay at number 1. mana lu dapat fakta ni? lu pergi agensi dadah ke? lu buat research pasal benda ni ke? dan kalau betol  pun fakta ni. adakah maknanya rakyat negeri kelantan amal seks bebas? orang kelantan paling ramai hisap dadah? fikir lagi lar kawan faktor lain. banyak lagi. dan gua tak nafi kat mana-mana pun banyak berlaku seks bebas. kat kelantan pun. faktor lain. kat negeri kelantan kat daerah yang dipanggil bachok. ada satu pusat pemulihan dan satu kat jeli dan jugak dalam negeri kelantan. adakah maknanya semua penghuni-penghuni pusat ni berasal dari kelantan? dan lu buat kesimpulan kat kelantan seks bebas lebih tinggi berbanding selangor dan johor. boleh pakai ke kesimpulan lu tu? dan kalau gua buat kesimpulan. seks bebas paling tinggi kat kuala lumpur lepas gua tengok video dua orang melayu bercumbu depan pavilion. adakah boleh pakai kesimpulan gua tu?

ketiga.

lu cakap kat kelantan ni selalu banjir. lu rasa sebab ni bencana dari tuhan? gua cuma nak geleng-geleng kepala. baik lu fikir balik apa yang lu tulis tu. pandai pulak lu cakap macam tu. mana lu tau? lu ni ada ilmu agama tinggi ke sampai lu boleh buat kesimpulan banjir tu bencana dari tuhan sebab kat kelantan seks bebasnya tinggi. dan kalau betol pun seks bebas kat kelantan paling tinggi di malaysia. keluarkanlah idea macam mana nak bendung masalah ni. bukan hanya menulis dan buat kelantan tu macam kat negara lain.

keempat. 

lu cakap 'kepala taik lu serambu mekah'. lagi sekali gua geleng-geleng. ayat lu tu. guris hati semua rakyat kelantan. salah ke pemimpin nak buat konsep serambi mekah tu? nak cuba buat benda yang baik. atau lu rasa konsep ni tak patut dibuat kat negara yang majoritinya islam ni. dan gua berbangga tiada satu pun kelab malam kat negeri kelantan ni.

seterusnya gua baca entry lu yang lain.


syabas gua ucapkan dengan entry paling racist ni. gua tertarik dengan satu ayat lu. 

"aku sangatlah against all the idea because when AGAMA n POLITIK disatukan, muncullah golongan gila kuasa yang mempergunakan agama bagi kepentingan politik. That is soooooooooo wrong..."

agama dan politik tak boleh dipisahkan. dalam Islam, politik tidak boleh dipisahkan dari agama, dan agama tidak bisa dipisahkan dari politik. ketika politik dipisahkan dari agama maka jadilah ia politik setan .politik yang tidak mengindahkan nilai-nilai kebenaran dan politik yang ditujukan bukan untuk kemaslahatan umat manusia. sebaliknya ketika agama dipisahkan dari politik, maka lahirlah agama yang tampil secara feminim serta sangat terbatas dan hanya akan ada di masjid-masjid dan madraash serta di tempat berkontemplasinya para sufi saja. 

dan bila lu cakap negari kelantan mundur. mana lagi nak cari negeri ada naik bot dan perahu selain dari sabah dan sarawak. mundurkah begitu? sekali lagi gua mahu ajak lu datang kelantan. tengok sendiri dengan mata kepala lu. dan ayat lu tu macam nak cakap sabah sarwak ni negeri mundur ke? datang tengok macam pengangkutan awam kat kelantan. datang naik dan bandingkan dengan negeri lain. jangan main cakap je.

dan  isi lu nombor 10. cakap orang kelantan tak suka orang johor? keh keh keh. macam mana lu buat kesimpulan pasal benda ni pun gua tak tahu. mungkin daro saudara mara lu. atau mungkin lu baca dari kisah wali tu. tak kan sebab sorang lu assume semua orang kelantan tak suka orang johor. dan gua agak lu ni orang johor. dan sekali lagi. bila gua publish entry ni. lu akan buat kesimpulan orang kelantan tak suka orang johor sebab gua orang kelantan. 

dan mesti ramai orang cakap gua hanya nak cari gaduh sebab membuat entry ni. salah sama sekali sebab tujuan gua buat entry ni hanya nak kita semua fikir luas seluas-luasya. fikir sensitiviti orang lain. jangan main tulis sebab tak suka kelantan. sebab tak suka politik kat kelantan.

sekadar melepaskan rasa hati. pertama kali menulis entry seserius ni. sudah. gua mahu baca buku. salam sayang kepada hellioz dari hacksitam. betolkan gua jika ada salah dan silap.


19 comments:

adrinaqamarina said...

wah, tak penah baca pon entry dye.

maCy said...

halamak~ macy na gi mandikan budak kejap. japg macy datang blk bce entry ea.

act macy da bce abis da sume kumen sane. ti macy dtg bce komen sini plak..

err.. hellioz yg disayangi, hackshitam yg bakal disayangi seperti beliau. chill dedua keyh ;D

plumpy.tootsie said...

oh,sila tenng ye syg.

u org kelantan kan?

i tetap syg u ketat2 :)

afiqah said...

gua tetap sokong lu.
lepak bro.
gua sokong. ingat tak?
pangkah hijau. hehehe. :)

mcjust.lol said...

hackshitam.....

tia said...

erkk ?

cikpia said...

erkkk!!!!!

aku familiar ngan hellioz dan penulisan dia.... tapi entries tu tak terbaca lak aku.....

rileks la bro.... jangan amik ati. mungkin dia ada penjelasan tersendiri.... chill yer!!!

aku kedahan. and i have no prob dengan kelantanese..... and johoreans jugak!!!
(sebab aku sekolah kat klate, kolej kat johor. he he...)

nik rosmawati said...

bila lak org kelantan tak suka jhr ni.dah buat kajian ker.akak ni ore kelate, hubby org jhr.tak penah la akak dgr fakta tu.pandai jea diorg nak reka2 cerita.ramai gak org kg akak nikah ngan org johor.ok jea..

biasala.kelantan ni asyik kena kutuk jea.ade jea org tak puas hati,apa pun akak bangga jd anak kelate.hehe

fatian athiea said...

wohoo..
panas ceyh bce nih..
* gua pulak lbih2..
sbb kwn gua rmi org klantan..
agk tkzut lg lu org KLANTAN..
huhuuhuh..bru gua taw..
so, bleh la kecek klate jah pahni.muahaha..

gua phm pasaan lu kot..
& gua berbangga sbb
tiada satu pun klab mlm kt tganu:)
heeeeee..

calm down ye bhai

alexa yussida said...

pasal gambar tu,setahu aku xpernah aku nmpak gmbr sexy2 terpampang kat mana2 board dlm area kelantan..heh..mmg sah die tak pernah jejak kelantan..lol..kesian..

every year aku g sabah..bndar KK tu maju kut..aku pernah stdy jb gak,sama je ngn sbh..exception la kwsn pdalaman..lemau btol~

then psl banjir..lol,tak blaja geografi ke dear?heh~

sabar ye hacks hitam:)

LadyRye said...

chill suda yayanggg...

every person has their own thoughts..

ai tak suka PAS tapi ai suka you..

hehehe..

Rebelle Me said...

sangat racist!
apakah?
manusia kan sama je..
tak kisah negeri mana pun..

Frodo Baggins said...

sabar2 ...
entry dr dua2 pihak
boleh buka minda
yg baik ambil
yang buruk buang ...
macam tu jer.

hail hack & helly!

Hellioz said...

1. gwa trolling
2. nampak sangat lu pemalas, pegi la check ranking sane baru bole menceceh lebeyh brader...

muncullah golongan gila kuasa yang mempergunakan agama bagi kepentingan politik.

ni bace fahamkan ke bace pastu terus rase nak tembak?
cuba baca balik ayat gwa kat atas tuyh.
gyahahahahaha~

lu suruh gwa fikir seluas-luasnya, tapi lu sendiri yang narrowminded. Terasa sikit terus nak tembak. sape yang tak fikir luas ni dude?

it was always a perspective. plus facts. rajin2 la research sikit, baru tembak brader...
gyahahahahahaha~

hackshitam said...

keh keh keh.
tembak ke?
xde tembak pun..

lu cakap gua pemalas?
pastu lu..
dah siap buat researh ke?
pastu publish entry lu tu?

lu suruh gua baca balik ayat lu?
gua pulak suruh lu baca balik ayat lu...

"aku sangatlah against all the idea because when AGAMA n POLITIK disatukan, muncullah golongan gila kuasa yang mempergunakan agama bagi kepentingan politik. That is soooooooooo wrong..."

ayat first lu, when AGAMA n POLITIK disatukan, baca baik-baik..macam lu tak agree AGAMA n POLITIK disatukan, then barulah datang ayat 2nd lu, muncullah golongan gila kuasa yang mempergunakan agama blablabalabla...ayat lu jelas tunjuk AGAMA n POLITIK tak wajar disatukan. baik lu paham ayat lu sendirik tu..

lu cakap gua tembak? lu ada terasa ke dengan ayat2 gua?

its always perspective plus facts??
mana facts lu tu?
kasi gua tengok sikit...

gua lagi gelak besar, keh keh keh.

hackshitam said...

chillax hellioz.

platipus said...

aku tak sokong mana2..tp aku rasa..

klntan dpt kesan byk mslh sosial..sebab pemimpin kat sana yg bgus2..yg tak akan berdiam diri bila tampuk pemerintahan dia buat sesuatu yg akan mmbuat dia dipersoalkan di akhirat kelak..bukan mcm sstgh pemimpin, maksiat depan mata, buat tak nmpak je

an.OO.an said...

chill chill. perspective ada byk point. 1 point 2 point 3 point. semua pon menarik :)

Anonymous said...

hahaha hellioz menulis tanpa mengetahui hakikat sebenar..hakikatnya HIV kes bertambah kt klantan pun dr mereka2 yg bekerja di luar klantan..pengaruh sosial kat luar lg mempengaruhi. bl dah kene, rmai blk negeri msing2.xckp sume la mcm 2..faktor2 lain pun pengaruh gak la..tp mmg x benar n3 hellioz itu..just my 2 cents.