30 November 2010

air kelapa muda

Seorang lelaki muda awal 20-an memandu megah kereta BMW 3 series hitam miliknya. Seorang usahawan muda berjaya mungkin. Kereta mewahnya diparkir di tepi jalan. Sudah lama lelaki itu muda itu mengidam air kelapa muda. Memang kesukaan lelaki itu. Akhirnya, ketemu juga sebuah gerai menjual air kelapa muda.

Dengan perasaan bangga, lelaki itu keluar dari kereta mewahnya. Dia memesan segelas air kelapa muda. Datanglah seorang pak cik tua dengan sebuah motosikal buruk jenama Honda. Pak cik tua itu senyum manis kepada lelaki muda itu.

"Sudah siap pesanan pakcik tadi?"
"Air kelapa muda 5 gelas dan pisang goreng 3 ringgit".
"Tetamu pakcik dah nak sampai ni. On the way katanya".

Lelaki muda itu acuh tidak acuh memandang pak cik tua itu. Dihulurnya pekedai itu 5 gelas air kelapa dan sebungkus pisang goreng kepada pak cik tua itu. Tak cukup tangan pak cik tua itu nak menyambut bungkusan air kelapa dan pisang goreng itu.

Dalam kekalutan itu, tumpahlah air kelapa terkena lelaki muda itu.

"Oit orang tua!"
"Kau ni mata buta ke apa?"
"Mata tak nampak ke?"
"Bodoh!"

Berlalu lelaki muda itu dari gerai menaiki kereta mewahnya dengan perasaan marah. Kata-kata lucah keluar dari mulut lelaki itu.

Telefon berdering.

"Abang, lambat lagi ke nak sampai rumah sayang?"
"Sikit lagi sayang. Dah kat depan rumah you dah pun".


Akhirnya, sampailah lelaki muda itu di rumah bakal tunangnya. Hajat di hati ingin berjumpa bakal mertua. Belom sempat lelaki muda itu menjejak kaki ke dalam rumah bakal tunangnya itu. Kedengaran dari jauh ekzos sebuah motosikal buruk. Seorang lelaki tua turun dari motosikal Honda buruk itu.

"Ayah I dah sampai pun."
"Dia pergi belikan air kelapa muda kesukaan you kat gerai depan tu."


Lelaki muda dan pakcik tua itu bertentang mata.

*****

pesan mak cik gua;
kalau kau kaya, ada harta banyak dan naik kereta mewah sekalipun. tapi kalau kau ada sifat sombong dalam hati. manusia sikit pun tak kan pandang kau. maka bodoh lar kau kalau kau ada sifat sombong itu. dan ketika kau susah, tak akan ada orang datang tolong kau.


17 comments:

tia said...

putus tunang teros!
kahkahkah!
pdn muke! bodoh sombong!

adrinaqamarina said...

kelu tak tau nak cakap apa, air kelapa apa air kelapa. haha.

nadia said...

macam iklan tibi..
yg budi bahasa budaya kita

yg lelaki tu langgar pakcik
kau ubah2 eh?
keh keh keh

elmog said...

ok aku tak sombong. trust me please.

aku angguk cakap kau. bukan. cakap mak kau. orang sombong takkan kemana.

platipus said...

tak logik..takkan la tak kenal muka bapak tunang dia..grrr

apa2 pon..gud story..

athiea said...

gua rse ni crite ada kaetn ngn lu.hahaha

gua dah agk ending nya..
bgus2.
akn gua buat sbgai pngajaran:)

little ain said...

yoooo padan mukaaa. huhu

afiqah said...

peh, power power.
pdn muka. haha

maCy said...

air kelapa m fav. selalu blk uma puasa mesti abah amek air kelapa blakang uma. oh pokok tu da tebang.

pkcik tu ade ank lelaki x?

hackshitam said...

platipus>
lu selalu je..
baca balikk..
bakal tunang!!!

cikpia said...

gara2 kelapa muda, melepas nak dapat tunang lawa.... he he.....(lawa ker?)

LadyRye said...

sedap ayaq nyoq!

RastaMat said...

ni versi baik..
ade versi lawak punye..

alexa yussida said...

padan muke..tak pepasal tak dpt restu..^^

sorg lecterur pnah pesan,if nk g intrview..jaga tngkah laku jgn angkuh jgn kedekut senyuman even ngan pak guard je pon,snyumla..mane taw pak guard tu ade kabel,menyamar je ke tuk uji calon..
n rasanye bnda ni sama je xkira la utk intrview ke ape,org yg baik n ikhlas,,insyaAllah ade ganjarannya kan..kalo tak disini myb di akhirat:)

Frodo Baggins said...

aku rasa citer ni sangat happy ending!


>>____<<

DuniakuAbstrak said...

melepas awek kesayangan
kui3
kawin kat thailand la jawabnya

K I E R A said...

melepas -.-