31 December 2010

gua dan bola

siapa tak kenal mamat ni? kat page fan kat fesbuk dah cecah angka puluh ribu. Khairul Fahmi Che Mat. jejaka idaman wanita abad ni. Mark Zuckerberq kasi tau gua, kira-kira 1 juta awek-awek Malaysia update status pasal mamat ni malam semalam. suami idaman awek-awek Malaysia. silap haribulan, boleh kalahkan Maher Zain kat carta carian top Google. gua bukan apa, gua dah lama kenal mamat ni. tapi gua ingat-ingat lupa pasal cerita mamat ni. maklumlah, cerita lama.

Sembilan tahun yang lalu. Tahun 2001.

Masa tu gua darjah 4. Gua seorang kanak-kanak yang lincah. Hobi gua main bolasepak. Cikgu sukan masa tu dapat kesan bakat gua yang hebat ni. Pantas, gagah, berskills tinggi, pandai gelecek. Di usia muda, gua dipilih untuk wakil sekolah gua. Tiap-tiap petang gua akan berlatih bola. Usaha tangga kejayaan, motto hidup gua ketika zaman kanak-kanak tak baligh. No pain, no gain bahasa orang putihnya. Masa tu, haram gua tak paham.

Hari demi hari, skilsl gua bertambah maju. Berkat doa ibu bapa dan usaha gigih gua. Main peringkat zon. Sekolah gua jadi johan. Seterusnya peringkat daerah, gua menang kasut emas. Ramai orang jeles dengan gua. Bukan sebab apa, sebab kaki gua membunuh. Budak-budak gelar gua macam-macam. Antaranya, 'The Killer Leg', 'Esprano', tapi gua femes dengan gelaran 'The Torpode'. Sebab gua pantas dan laju. Kembang-kempis hidung gua.

Gua terpilih jadi striker daerah walau ketika itu gua baru darjah 4. Coach bagi harapan besar kat gua. Yakin dengan skills gua walau gua masih mentah dan belum baligh. Pasukan daerah berlatih dengan gigih. Rajuchaca nama jurulatih kami, bermisai putih. Digeruni dengan kebolehan taktikal yang tinggi.

Hari yang ditunggu tiba. Perlawanan antara daerah peringkat negeri bermula. Daerah-daerah dibahagi kepada dua kumpulan. Tapi silaka, daerah gua berada dalam kumpulan maut. Match pertama kalah 5-1. Silaka! Mungkin tidak biasa dengan keadan padang. Namun gua masih tak luntur semangat. Berjuang ketitsan darah terakhir. Daerah Tanah Tumpah Darahku!

Rajuchaca menukar taktikal kami. Kami bermain lone striker dengan 5 orang midfielder. Strategi menjadi dan kami berjaya layak ke final. Ketika final lah, gua kenal dengan Khairul Fahmi Che Mat. Nama femesnya Apex. Penjaga gol paling femes 9 tahun dahulu. Maknanya, gua akan berhadapan dengan dia di final. Striker versus Goalkeeper.

Rajuchaca suruh gua main macam biasa. "Don't afraid to shoot and score", katanya ringkas. Perlawanan bermula pukul 12.00 tengah hari, matahari berada tegak atas kepala. Panas dan silau. Cukup mencabar bagi kedua-kedua penjaga gol. Tapi Apex punya kelebihan, kelebihan mata semulajadinya. Sepet.

Perlawanan sangat sengit dan masa semakin suntuk, masa tambahan 4 minit bermula. Bola di dalam penguasaan kami. Bermula dari penjaga gol. Tenang menghantar bola kepada pertahanan kanan. Bola terus dihantar kepada holding midfielder. Pihak lawan mengasak dengan keras. Bola kembali kepada pertahanan tengah. Gua turun ke bawah untuk mengatur gerak. Bola berlegar di kawasan tengah. Flanker kanan meminta bola. Berlari laju ke arah penjuru padang. Gua berlari ke hadapan gol sambil meminta bola. Bola dihantar lintang, keras dan tinggi. Pertahanan lawan gagal membuat offside trap. Bola menuju tepat ke arah gua.

1,2 dan 3. First timer dari gua menjadi. Dengan kaki kiri, gua berjaya membuat banana-kick. Bola leret rendah ke penjuru gol. Apex terbang untuk menyelamatkan bola. Tapi tak sempat. GOALLLL. Apex geleng kepala tanda kecewa.

Perlawanan tamat dengan keputusan 1-0. Selesai perlawanan, Apex datang dekat gua. Serius mukanya, buat gua rasa takut.
"Satu hari nanti, gua akan jadi penjaga gol Malaysia. Jumpa 9 tahun lagi. Sama-sama wakil Malaysia terchentaaaa. Itu impian gua."
katanya serius.

1 bulan selepas itu, gua accident motor. Kaki gua cacat buat selamanya. Bolasepak hanya menjadi impian gua.

*****
sekadar rekaan semata-mata. keh keh keh. jangan bongkak. nanti lu accident motor. sama macam 'gua' dalam cerita di atas. berusahalah dengan impian kamu. jangan hangat-hangat tahi ayam. MAJULAH BOLASEPAK UNTUK NEGARA!

28 December 2010

SHITS!

okay everyone. HELLO. how are you my dear audience? okayy. since everyone is here, i would like to share a few things to you guys as i thought these fews things are really important to me, or better it is important. so put your ears on maximumly and listen very carefully.

intro macam silaka. keh keh keh.

LISTS OF SHITS I REALLY HATE!
1. tandas yang kotor dan jijik. gua prefer tahan berak dari guna tandas jenis macam itu.
2. perempuan yang tidak sedar diri. perasan diri bagus, cantik dan segala macam. FAKA!
3. lelaki yang tersangat control macho bila berhadapan dengan perempuan.
4. people yang suka give me instructions dan marah tak tentu pasal.
5. waiting for somebody. when i said, 12.00 pm. better come on the dot. perasaan menunggu itu gua cukup benci.
6. FOLLOWERS YANG HATINYA TIDAK IKHLAS. IKHLAS TU DALAM MAKSUDNYA OK!
7. pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang suka bluurbrringggg.
8. area parking yang penuh. nak mencari parking yang kosong cukup lama.
9. people yang rasa bangga with their bf or gf. bercerita pasal bf or gf diorang.
10. bila gua get flu. it really sucks.

so, back-off people. hahaha.

tak semua yang orang suka kita akan suka. stop pretending friends. handle shits carefully. its fragile. handle with care.

27 December 2010

kerakusan si Shamsul

Kaki kiri menekan jitu clutch kereta. Tangan kiri tangkas memasukkan gear 5, top gear bagi kereta Proton Wira bernombor WHC 2211 manual miliknya. Untuk kawalan sempurna. Shamsul kembali menekan clutch keretanya, gear 5 ditukar kepada 4. Selekoh tajam diambil pada kelajuan 90km/h. Cukup kemas pemanduan Shamsul. Ada kelas tersendiri.

Selesai mengambil selekoh, Shamsul terus memecut laju di jalan lurus. Tiba-tiba sebuah Toyota Hillux memotong dengan lebih laju. Ketika itu, speed meter Shamsul pada angka 140 km/h. Jelas. Toyota Hillux lebih berkuasa dari Proton Wira miliknya. Shamsul rasa tercabar. Keegoannya memuncak.

Streng kereta dipegang dengan dua tangan gagahnya. Butang Turbo pada sisi streng ditekan. Vrooomm. Vrooooommm. Bunyi ekzos berderum lebih berkuasa tanda injap bergerak lebih laju. Memberi lebih kuasa pada enjin.

"Tak sia-sia aku convert enjin Mitsubhisi Evolution dulu, upgrade Turbo MX, Absorber Sporty dan saiz rim dari 15 setengah kepada 17."
Getus hati kecil Shamsul.

Semua itu tidak lain tidak bukan agar kereta buatan nasional itu lebih berkuasa dan mampu mengambil selekoh pada tahap optimum. Bukan apa, ketika itu. Proton Inspira belum dijual. Proton masih belum cukup duit untuk bayar Mitsubishi untuk tiru model Mitsubishi.

Kembali kepada Lebuhraya Gerik-Jeli di mana sebuah Proton Wira sedang beradu tenaga enjin dengan sebuah Toyota Hillux. Setelah butang Turbo ditekan, kereta Shamsul memiliki lebih kuasa untuk memotong balik Hillux tadi. Pedal minyak ditekan rapat, Shamsul berjaya memotong Hillux tadi. 

"Hahahaha."
Shamsul ketawa puas.

Bagai dirasuk hantu, Shamul dan pemilik Hillux terus memecut laju. Ketika ini, nafsu sudah mengalahkan kemampuan akal kedua-dua pemandu itu. Masing-masing mahu tunjuk kehebatan. Adegan potong-memotong terus berlaku. Deruman enjin berderum ganas di lebuh raya itu.

Nasib tak menyelabahi Shamsul. Perbezaan kapasiti enjin jelas menjadi titik pemusnah Shamsul. Toyota Hillux dengan kapasiti 2.5 cc lengkap dengan Turbo with cooler unggul menguasai perlumbaan itu. Namun Shamsul masih tak mengaku kalah. 

Selepas mengambil satu selekoh tajam di mana Hillux berada jauh di hadapan Shamsul. Tiba-tiba,  lampu brek belakang Hillux menyala jelas menunjukkan isyarat brek kecemasan. Hillux berhenti kira-kira 400 meter di hadapan kereta Shamsul. Ada kerja-kerja pembaikan jalan di hadapan. Pekerja mamat Indon mengibarkan bendera merah tanda berhenti. Secepat kilat kaki kiri dan kanan Shamsul menekan clutch dan brek. Streng dipegang kemas, kelajuan kereta berkurang sedikit dan mungkin tidak sempat untuk berhenti.

20 saat terakhir ketika maut berada di hadapan Shamsul. Shamsul menarik brek tangan. Tayar belakang kereta terseret. Bau hangit menusuk hidung. Shamsul sempat berteriak Allahuakbar! Wajah-wajah isteri dan anak-anak terpampang di mata Shamsul.

BOOOMM!

Proton Wira melanggar bahagian belakang Toyota Hillux tadi. Badan Shamsul terperosok ke bahagian depan kereta. Pecah cermin kereta. Darah berada di mana-mana. Berakhirlah nyawa seorang pemilik kereta Proton Wira itu, Shamsul bin Haslam meninggalkan seorang janda dan dua orang tidak berbapa.

kelajuan membunuh. kealpaan membunuh.pandu dengan cermat. ingatlah orang tersayang. mereka menanti kepulangan anda di rumah. jangan convert kereta lebih-lebih. keh keh keh. 

21 December 2010

pink rose


6 bulan lalu.
ok. this is the time. its really useless.

3 bulan lalu.
sudah sampai masanya nak lupakan.

1 bulan lalu.
sakit hati teramat. yang lepas tu lupakanlah.

2 minggu lalu.
putus asalah wahai hati. dia tak nak kan kau.

1 hari lalu.
keep sms and talking with her. FAKA!

this really big shit!

sabarlah wahai hati. its takes time to forget. sabar dan terus sabar. gagahkanlah hati itu walau jiwa masih belum mampu. lupakan sekarang atau hadapi masa depan yang teramat seksa.

19 December 2010

crazy

just a short update from me. i am becoming totally crazy this week. spending about 1K++ from my saving just for shirts and jeans in 3 days. OMG.

hackshitam menjadi perakus minggu ni. tapi ingat, dalam kerakusan. ingatlah orang dalam kesusahan.

17 December 2010

masalah perkahwinan

dialog sepasang suami isteri awal 50-an.

"Papa on phone ngan sape semalam? Pukul 2 pagi semalam."

"Anak murid papa. Nak tanya pendapat papa pasal paper STPM nanti. Baru balik meniaga pasar malam katanya."

"Papa jangan nak tipu mama. Tak kan sampai pagi-pagi duk tido ngan mama pun, boleh anak murid papa call lagi. Tak reti nak hormat rumah tangga orang langsung!"

si suami tunduk senyap.

"Bagi nombor phone tu, mama nak call budak tu."

si suami menurut arahan.

"Mama tak kira, anak murid papa ke, sape ke. Tak ada orang boleh share kasih sayang papa. Kasih sayang papa just untuk mama dan anak kita  je. Orang lain tak boleh."


lumrah rumah tanga. kuatnya cemburu si isteri. si suami pula suka mengalah dengan si isteri. andai si suami tak mengalah. tinggikan ego. turunlah talak kepada si isteri. betapa pentingnya tolak ansur dalam rumah tangga dan betapa bahayanya nilai ego itu.  

14 December 2010

hurt



Have you ever wondered which hurts the most: 
saying something and wishing you had not, 
or saying nothing, and wishing you had? 

menangislah andai dapat legakan hati yang lebur itu. basahilah pipi dan sapulah air mata itu dengan harapan segala kesedihan dapat dilupakan selama-lamanya. senyum dan fahamlah  wahai hati. tak semua yang diingin mampu dimiliki.

07 December 2010

selesema

kalau diberi pilihan antara KLCC dan ubat selesema sekarang. gua pilih ubat selesema dowh. KLCC tak penting dowh. sayang ubat ketat selesema ketat-ketat. cemolot-cemolot.

sakit tu penghapus dosa. dosa terhapus umpama gugurnya daun-daun kering tika musim luruh. sakit tempat Pencipta menguji kesabaran hamba-hambat Nya. bersabarlah andai diuji dengan sakit.

05 December 2010

surat untuk si dia

awak,
kenapa hati ini tak boleh nak melupakan awak?
hampir 2 tahun lalu. saat saya ternampak awak. ayu berbaju kurung pink berbunga putih. adakah ini takdir? atau hanya ujian? dan tiap hari saya memohon agar awak menjadi satu anugerah dalam hidup ini. bila terkenang. bagaimana saya 'mencuri' nombor phone awak dalam list senarai peserta. dan bila terkenang saat awak membalas sms saya ketika itu. mahal. saya tahu betapa mahalnya sms awak untuk seorang lelaki yang tak dikenali tika itu. dan dari saat itulah. saya mula mengenali awak.
hari berganti hari. kita semakin rapat. berani bertandang ke rumah awak sebagai anak jantan. mula rapat dengan kakak-kakak awak. masih tak ikhlas lagikah saya bagi awak?
mungkin. saya seorang yang hanya suka bermain-main dimata awak. tidak serius bila melihat Facebook saya yang banyak bergurau-senda dengan perempuan-perempuan lain. di mata awak. saya seorang player mungkin. menganggap saya tidak jujur terhadap awak. 
dan pada suatu hari. saat itu kita sedang berchatting. keluarlah dari tulisan-tulisan awak.
"saya mahu saya yang dulu."
"saya yang betol-betol single."
tangan-tangan saya mula menaip.
"kita tak pernah kapel pun awak."
awak menjawab.
"saya tahu. saya mahu diri yang hatinya bukan untuk seorang lelaki."
dalam maksudnya. dan ayat itu buat saya cukup mengerti. 
"ok, then. jika itu yang awak mahu."
saya berlalu pergi. cuba untuk melupakan awak. datanglah seorang perempuan kepada saya. perempuan yang cukup baik. lengkap serba-serbi. mungkin boleh saya katakan. lebih sempurna daripada awak. status saya mula berubah dari seorang single kepada seorang yang berpunya. walau hati saya tahu. hati saya masih lagi untuk awak. 
cinta boleh dipupuk. itu dusta dan sia-sia. hati masih berkeras mahukan awak.
pada malam itu. sahabat baik awak datang dan memberitahu.
"dia sakit. sangat-sangat tidak sihat. berat dia turun 3kg."
dan awak tetap mengatakan awak sihat kepda saya. jauh. awak jauh dari saya. dan malam itu saya bertanya kepada awak. satu soalan. tak mungkin jawapan awak itu saya lupakan.
dan pada malam itu. kata-kata awak;
"awak pergi sayang makwe awak lar."
"yang lepas tu lepas lar."
"lets forget it."
pedih. macam all my efforts. meaningless di mata awak. semua tu sebab i'am in relation dengan perempuan tu.
dan semalam. saya tanya lagi. soalan yang hampir sama. dan awak menjawab.
"jangan tungu saya!"
"we're facing unpredictable future."
"lets forget this."
buat saya speechless. terlalu bodoh. sangat lama saya tunggu. dan maaf sangat paksa awak jawab all my stupid questions. terlalu medesak kan? bodoh kan saya? dan saya sedar. betapa betolnya kata-kata awak itu. dan buat saye sedar. awak tak mahu komited dengan mana-mana lelaki. atau mungkin. di hati awak. sudah ada lelaki yang teramat istimewa.
cinta.
kerana cinta kita terseksa.
kerana cinta kita tertekan.
kerana cinta kita terluka.
kerana cinta kita berdosa.
kerana cinta kita merasa pedih.
tapi tanpa cinta,
manusia tak kan sempurna.


daripada;
sang lelaki setia.



pesanan gua untuk mamat penulis surat cinta ni. lu belaja pandai-pandai. kerja besar-besar. lepas lu kaya. nanti lu cari balik minah yang lu sayang ketat-ketat ni ok. gua doakan kebahagiaan lu. keh keh keh.

30 November 2010

air kelapa muda

Seorang lelaki muda awal 20-an memandu megah kereta BMW 3 series hitam miliknya. Seorang usahawan muda berjaya mungkin. Kereta mewahnya diparkir di tepi jalan. Sudah lama lelaki itu muda itu mengidam air kelapa muda. Memang kesukaan lelaki itu. Akhirnya, ketemu juga sebuah gerai menjual air kelapa muda.

Dengan perasaan bangga, lelaki itu keluar dari kereta mewahnya. Dia memesan segelas air kelapa muda. Datanglah seorang pak cik tua dengan sebuah motosikal buruk jenama Honda. Pak cik tua itu senyum manis kepada lelaki muda itu.

"Sudah siap pesanan pakcik tadi?"
"Air kelapa muda 5 gelas dan pisang goreng 3 ringgit".
"Tetamu pakcik dah nak sampai ni. On the way katanya".

Lelaki muda itu acuh tidak acuh memandang pak cik tua itu. Dihulurnya pekedai itu 5 gelas air kelapa dan sebungkus pisang goreng kepada pak cik tua itu. Tak cukup tangan pak cik tua itu nak menyambut bungkusan air kelapa dan pisang goreng itu.

Dalam kekalutan itu, tumpahlah air kelapa terkena lelaki muda itu.

"Oit orang tua!"
"Kau ni mata buta ke apa?"
"Mata tak nampak ke?"
"Bodoh!"

Berlalu lelaki muda itu dari gerai menaiki kereta mewahnya dengan perasaan marah. Kata-kata lucah keluar dari mulut lelaki itu.

Telefon berdering.

"Abang, lambat lagi ke nak sampai rumah sayang?"
"Sikit lagi sayang. Dah kat depan rumah you dah pun".


Akhirnya, sampailah lelaki muda itu di rumah bakal tunangnya. Hajat di hati ingin berjumpa bakal mertua. Belom sempat lelaki muda itu menjejak kaki ke dalam rumah bakal tunangnya itu. Kedengaran dari jauh ekzos sebuah motosikal buruk. Seorang lelaki tua turun dari motosikal Honda buruk itu.

"Ayah I dah sampai pun."
"Dia pergi belikan air kelapa muda kesukaan you kat gerai depan tu."


Lelaki muda dan pakcik tua itu bertentang mata.

*****

pesan mak cik gua;
kalau kau kaya, ada harta banyak dan naik kereta mewah sekalipun. tapi kalau kau ada sifat sombong dalam hati. manusia sikit pun tak kan pandang kau. maka bodoh lar kau kalau kau ada sifat sombong itu. dan ketika kau susah, tak akan ada orang datang tolong kau.


27 November 2010

nak rasa pelempang free?


serius. gua cukup benci bila bukak blog perempuanbetina gedik nak mati. tambah-tambah duk story pasal kegedikan dia. padahal muka macam tong dram. lagi bila duk cerita pasal pakwe dia. duk story pasal pakwe dia ni sweet lar, romantik lar. faka!

maaf. teremo sikit. ampun dan maaf dipinta.

sila abaikan gambar. amboooii. mata duk meliar kat gambar eh? cesshh. kawal nafsu gelojoh anda. mjcust tak suka lelaki gelojoh. keh keh keh.

24 November 2010

istighfar panjang

pukul 4 pagi semalam. lepas Pesta PES 11 kat bilik member gua. gua terus balik bilik. nak lelapkan mata. mengantuk sangat. macam biasa. sebelom tido. gua capai berus gigi, terus pergi tandas.

sampai kat depan pintu tandas. ada negro pakai 'underwear kaler putih tanpa urat-urat benang lain' duk angkat bontot tertonggeng kat paip air. dia toleh kat gua sambil senyum. gua telan air liur. mulut kumat-kamit istighfar. faka!

terus gua balik bilik tak jadi nak gosok gigi. 


gadis-gadis yang duk baca. jangan duk tengok lama sangat gambar ni. tengok sekali rezeki. tengok banyak kali. dosa. keh keh keh.

21 November 2010

a self-convincer

 “All simple things might not be great, but all great things are simple”

time comes. life getting complicated in front of my own. against my will but with my own permission. my own unknown lies. forming a vicious circle. the vicious circle in which my own soul is trapped, panting, for there is no faith in the air.

when was the last time you cursed. some might have not have done that cause they feared the mighty one. but sure they had there gloomy heads down, and eyes up. always pleading but never a conversation. a hearty conversation. when we were born life was really simple because the toddler mind didn’t knew the complexities of the wicked world. while the whole body was getting away with complexities , the brain was doing its best to go against it. and the day we landed up in teenage. the mind was at its best non productive production. composing complex thing for the simple heart.

sometimes i feel like whats wrong am i the only one who is facing. the answer is no. life happens to all of them and we get our share of shit and treasures. the more i think of myself is more i confuse myself but when i come out and watch people living by my side they have there share of joys and sorrows and my journey goes on so does the journey of others. people come and go a few pass unnoticed and a few leave their marks and some even leave scars  and few give joys which last for a lifetime.

really hoping that i will enjoy answering organic chemistry tomorrow. my last final paper. 1 more to go and i will be a pigeon. flying everywhere i want. wishing best of luck to myself.

19 November 2010

Bidin and his Celcom BlackBerry® Torch™ 9800

Far away, at the right-sided of the world. There was a kingdom named Celcomtus. The kingdom was ruled by an old king. The king suffered a mysterious disease. One day, the disease attacked the king and the king was seriously sick. No hope for the king to live anymore. All the people in the kingdom worried for their king.

"If the king died, who will rule the kingdom?" asked the prime minister of the kingdom.

The king has only a beautiful daughter named Maya. As the time came, the king met his death. The kingdom became scrumble and havoc. No one can replace the king position as he do not has a son. The queen and all the chiefs of the kingdom held a meeting. A solution had been agreed.

In the Celcomtus kingdom. All the citizens have their own smartphones. The kingdom is well-known for their best made smartphones. An announcement have been made to the all citizens of Celcomtus. Announcement regarding to the solution to find a suitable person to be the next king of the kingdom.

"To the all citizens of Celcomtus, as you all know. We need to find a suitable man to become the next king. The next king of the Celcomtus should come from the blood of this kingdom. Means that, we will choose the next king from the citizens of this kingdom. The condition is very easy. A man who bring the smartest smartphones and manage to attract the princess will become the new king of Celcomtus. Plus, he will marry the most beautiful woman in this kingdom, Princess Maya."

The time come. At the palace, almost every man in the kingdom tried their luck. All of the bring their own smart phone. Unfortunately, all of then were rejeted by Princess Maya. At the end of the day, come a village boy named Bidin. Came with his magnificent Blackberry Torch 9800. Amazingly, at the first look. The princess attracted to his smart phone.

Then, Bidin with his honest heart presented his Blackberry Torch 9800 together wih the Celcom package.

Celcom BlackBerry® Torch™ 9800

WHY I REALLY LOVE CELCOM

Celcom Exec will let you buy the blazing new BlackBerry Torch 9800 at an affordable price you can find nowhere else.

Crazy deals at the Celcom Blackberry Torch launch event on 29 October. In front of La Bodega at Pavilion KL, here the craziness;

  • Enjoy the Celcom BlackBerry Torch at CRAZY prices from as low as RM 8 when you sign up on the day with Celcom Exec or Celcom Biz plans!
  • 1st 10 customers to sign up get it at RM 8!!!
  • Next 100 customers get it at RM 488!!
  • Following 100 customers get it at RM 888!
  • ONLY LIMITED STOCK AVAILABLE and it’s FIRST COME FIRST SERVED… so get there as early as you can!
  • Get a FREE Limited Edition BlackBerry Torch Door Cover, FREE BlackBerry Torch hard casing plus FREE Call Me Tones for 1 month worth RM5, games, apps for BlackBerry®. Just Dial *118#, and select STUFF FOR BLACKBERRY!
  • Be part of the fastest, widest clearest mobile network in the country
  • There’ll also be many other fun activities, prizes and giveaways on the launch date.

MAXIMIZED MULTIMEDIA

With 8 GB of memory, expandable up to 32GB with a microSD card, feel free to immerse yourself in all that insprires you. Now, you do not have to bring a heavy laptop, a big-sized of hard disk. MP4 player and so on. As its all in your hand with the Blackberry Torch 9800. Thanks to Blackberry, you can experience a full-featured music player that allows you to see full album art and track listings in potrait or landscape.


5 MP CAMERA
 
With a 5 MP camera with flash, continuous auto-focus and image stabilization, plus 11 photo modes and video recording, it's easy to capture those spontaneous moments. No need to hang DSLR or other type around your neck. As Blackberry Torch 9800 provides you a special quality of pictures. Enjoy your memorable moments with Blackberry Torch 9800.

INTEGRATED SOCIAL FEEDS

Bring your sources of inspiration together. Gather and filter all your social network and RSS feeds in one view. Or spread your own inspiration - update multiple social networks with a single post. Facebook. Twitter and any other networks are in your hand. Update your status anywhere you are. People get crazy when you update your facebook status via blackberry. As you really looks cool by doing that. Enjoy tweet-tweet with your popular idol. All this, with Blackberry Torch 9800.

FASTER, RICHER BROWSING
Manage multiple open websites with tabbed browsing. Bookmark your favorite sites with branded icons and customizable names, and access them right from the home screen. Just a few of the great features from BlackBerry. Oooyeahh. its really cool with Blackberry Torch 9800.

AND OTHERS GREAT FEATURES... 



 *****


The mouth of the princess opened really wide. Princess Maya really attracted to the Blackberry Torch 9800. With all the features of the Blackberry Torch 9800, Bidin manage to make Princess Maya choose him to be the new king.

Now, officially. Bidin became the new King of Celcomtus and became the husband of Pricess Maya. Only with his Celcom Blackberry Torch 9800.

Bidin said to the press of the Kingdom;

"Now, I feel the best of both world 3.2 inch  and BlackBerry keyboard on the Celcom BlackBerry Torch. Become the king of this kingdom and become the husband of the most beautiful woman in the kingdom. Want to be like me? Just buy the Blackberry Torch 9800 at the nearest Celcom outlet. keh keh keh."

For further details;

http://www.celcom.com.my/celcomexec/blackberry/bbtorch9800.php

http://www.celcom.com.my/celcomexec/blackberry/bbtorch9800_register.php

Blackberry. Act on inspiration.

18 November 2010

to HELLIOZ

hai semua. entry ini sekadar untuk melepaskan rasa ketidakpuashatian terhadap entry encik hellioz. sekadar menulis. tak mahu cari gaduh. dan mahu berkawan dengan hellioz. dan mungkin hellioz tak ada masa nak baca entry bodoh gua ni.


pertama.


gua pun tak tahu mana lu dapat gambar ni. photoshop. atau google mungkin. selama gua hidup atas mukabumi kelantan. tak pernah pulak gua terjumpa. mahupun terhidu iklan semacam gambar di atas. so, gua buat conclusion yang lu memang tak suka orang kelantan. jangan sebab lu jumpa gambar ni. so, lu buat andaian. iklan macam ini ada kat kelantan. dan bila lu letak iklan macam ni. lu tak rasa macam lu tunjuk satu benda yang tak wujud. mungkin bahasa sesuainya fitnah. 

"Yang paling dikasihi oleh Allah di antara kamu adalah mereka yang baik akhlak, yang merendahkan sayapnya ( diri ), yang suka dengan orang dan yang disukai orang. Manakala yang dimurkai Allah adalah mereka yang membawa fitnah, yang menceraiberaikan anatara saudara dan mencaci orang yang tidak bersalah akan kesalahannya." hadith riwayat At-Tabharani dan Abu Hurairah r.a.

kedua.

ranking HIV kat Malaysia. dan kelantan stay at number 1. mana lu dapat fakta ni? lu pergi agensi dadah ke? lu buat research pasal benda ni ke? dan kalau betol  pun fakta ni. adakah maknanya rakyat negeri kelantan amal seks bebas? orang kelantan paling ramai hisap dadah? fikir lagi lar kawan faktor lain. banyak lagi. dan gua tak nafi kat mana-mana pun banyak berlaku seks bebas. kat kelantan pun. faktor lain. kat negeri kelantan kat daerah yang dipanggil bachok. ada satu pusat pemulihan dan satu kat jeli dan jugak dalam negeri kelantan. adakah maknanya semua penghuni-penghuni pusat ni berasal dari kelantan? dan lu buat kesimpulan kat kelantan seks bebas lebih tinggi berbanding selangor dan johor. boleh pakai ke kesimpulan lu tu? dan kalau gua buat kesimpulan. seks bebas paling tinggi kat kuala lumpur lepas gua tengok video dua orang melayu bercumbu depan pavilion. adakah boleh pakai kesimpulan gua tu?

ketiga.

lu cakap kat kelantan ni selalu banjir. lu rasa sebab ni bencana dari tuhan? gua cuma nak geleng-geleng kepala. baik lu fikir balik apa yang lu tulis tu. pandai pulak lu cakap macam tu. mana lu tau? lu ni ada ilmu agama tinggi ke sampai lu boleh buat kesimpulan banjir tu bencana dari tuhan sebab kat kelantan seks bebasnya tinggi. dan kalau betol pun seks bebas kat kelantan paling tinggi di malaysia. keluarkanlah idea macam mana nak bendung masalah ni. bukan hanya menulis dan buat kelantan tu macam kat negara lain.

keempat. 

lu cakap 'kepala taik lu serambu mekah'. lagi sekali gua geleng-geleng. ayat lu tu. guris hati semua rakyat kelantan. salah ke pemimpin nak buat konsep serambi mekah tu? nak cuba buat benda yang baik. atau lu rasa konsep ni tak patut dibuat kat negara yang majoritinya islam ni. dan gua berbangga tiada satu pun kelab malam kat negeri kelantan ni.

seterusnya gua baca entry lu yang lain.


syabas gua ucapkan dengan entry paling racist ni. gua tertarik dengan satu ayat lu. 

"aku sangatlah against all the idea because when AGAMA n POLITIK disatukan, muncullah golongan gila kuasa yang mempergunakan agama bagi kepentingan politik. That is soooooooooo wrong..."

agama dan politik tak boleh dipisahkan. dalam Islam, politik tidak boleh dipisahkan dari agama, dan agama tidak bisa dipisahkan dari politik. ketika politik dipisahkan dari agama maka jadilah ia politik setan .politik yang tidak mengindahkan nilai-nilai kebenaran dan politik yang ditujukan bukan untuk kemaslahatan umat manusia. sebaliknya ketika agama dipisahkan dari politik, maka lahirlah agama yang tampil secara feminim serta sangat terbatas dan hanya akan ada di masjid-masjid dan madraash serta di tempat berkontemplasinya para sufi saja. 

dan bila lu cakap negari kelantan mundur. mana lagi nak cari negeri ada naik bot dan perahu selain dari sabah dan sarawak. mundurkah begitu? sekali lagi gua mahu ajak lu datang kelantan. tengok sendiri dengan mata kepala lu. dan ayat lu tu macam nak cakap sabah sarwak ni negeri mundur ke? datang tengok macam pengangkutan awam kat kelantan. datang naik dan bandingkan dengan negeri lain. jangan main cakap je.

dan  isi lu nombor 10. cakap orang kelantan tak suka orang johor? keh keh keh. macam mana lu buat kesimpulan pasal benda ni pun gua tak tahu. mungkin daro saudara mara lu. atau mungkin lu baca dari kisah wali tu. tak kan sebab sorang lu assume semua orang kelantan tak suka orang johor. dan gua agak lu ni orang johor. dan sekali lagi. bila gua publish entry ni. lu akan buat kesimpulan orang kelantan tak suka orang johor sebab gua orang kelantan. 

dan mesti ramai orang cakap gua hanya nak cari gaduh sebab membuat entry ni. salah sama sekali sebab tujuan gua buat entry ni hanya nak kita semua fikir luas seluas-luasya. fikir sensitiviti orang lain. jangan main tulis sebab tak suka kelantan. sebab tak suka politik kat kelantan.

sekadar melepaskan rasa hati. pertama kali menulis entry seserius ni. sudah. gua mahu baca buku. salam sayang kepada hellioz dari hacksitam. betolkan gua jika ada salah dan silap.


16 November 2010

Happy Eid Adha



gambar untuk peminat-peminat wanita gua. keh keh keh.




13 November 2010

doakan gua

jam tunjuk pukul 4.52 pagi.


tinggal lagi dua hari. masih banyak masa lagi buat gua. gua mahu score dean's list first sem ni. semoga selamat semuanya.

kejayaan tidak datang bergolek. kejayaan datang dengan usaha yang jitu dan bersungguh. jika kau pilih kejayaan. bersungguhlah demi kejayaan itu. kerana ia sungguh berbaloi. bukan sekarang. tapi 10 tahun akan datang. penat dahulu. senang kemudian.

12 November 2010

playgirl


gua pernah dengar seorang perempuan cakap;

"being a player is nice thing to do."
"its better than being played."

satu je gua nak pesan kat perempuan ni. what goes around, comes around. tunggu masa je. bila kau mainkan perasaan orang. tunggu masa. dan akan ada orang datang mainkan perasaan kau. dan masa tu kau akan rasa pedih dan sakit sama macam orang yang kau mainkan dulu. dan aku tak menyesal kenal orang macam kau sebab kau ajar aku untuk jadi kejam macam kau.

orang kata, playboy lar manusia paling setia bila dia dah jumpa orang yang dia betol-betol sayang. so, girls out there. find a playboy and make them fall in love to you.

10 November 2010

saya budak rajin

 **Information Resource Centre.(IRC)



ok. sape-sape nak cari gua minggu ni. sila cari gua di sini ye. awek-awek cun pipi gebu sms gua pun. gua tak layan. awek-awek mata bulat duk add FB gua pun. gua lagi tak layan. gua mahu fokus. capai cita-cita gua.

keh keh keh. gua perasaan rajin.

saje nak show off library universiti gua yang cun ni. gua datang sini pun. gua datang tidur je. sejuk nak mati gua cakap sama lu.

07 November 2010

Kisah Cinta Lagenda Blogspot

Tahun 1985.

Hiro menanti penuh sabar di  tepi tasik menunggu gadis berbaju kurung biru. Cuaca petang yang redup dan awan berarak cantik menambahkan lagi keindahan tasik itu. Hari ini Hiro ada  temujanji dengan seorang gadis yang dia tidak kenali. Perasaan Hiro serba tidak kena. Maklumlah, temujanji ala-ala 'blind date' buat hati Hiro berdegup kencang.

Maklumlah, setelah lama hanya bertemu di laman blogger. Seterusnya bertukar-tukar alamat rumah. Hiro memberanikan diri untuk meminta nombor telefon rumah gadis itu. Walau telefon pada zaman itu sebesar sebuah kereta. Lalu, satu temujanji diaturkan oleh Hiro.

Tepat jam 11.30 pagi, gadis berbaju kurung biru tiba. Manis membonceng basikal bersama adik perempuan bongsunya. Lalu Hiro memberanikan dirinya.


"Hai, Assalamualaikum. Plumpy Tootsie kan? "


"Waalaikummusalam. Hiro, Akal Tunjang?"


"Ye saya, Hiro si penggemar coli."


Kedua-dua pasangan ini tersenyum. Mungkin si Hiro tidak menyangka si Plumpy ni manis orangnya. Dan mungkin, si Plumpy tidak menyangka si Hiro ni kacak bergaya orangnya.


"Eh, duduk lar. apa pasal berdiri je. Bawak anak eh?"


"Adoi. Ye-ye, anak nombor dua saya."
 
"Owhh. I see."


"Eeeeeeeeee. Ketuk kang. Adik bongsu I lar Hiro. I muda lagi ok. Mana ada anak lagi."
 

Hiro membuka cerita. Masing-masing bercerita hal diri disulami suka-tawa mereka. Hari semakin hari, hubungan mereka bertambah rapat. Dari seorang kawan, bertukar status menjadi pasangan kekasih. Plumpy cukup suka dengan sikap Hiro yang suka mengambil berat. Hiro pula sangat senang dengan sikap Plumpy yang memahami dirinya.

Pada satu hari, genap 1 tahun  'blind date' mereka. Hiro tekad untuk meminang Plumpy. Dan sahlah mereka bergelar pasangan suami isteri setelah 3 bulan bertunang. Mereka hidup bahagia dan kaya raya. Hiro mempunyai gedung coli terkenal pada masa itu. Terkenal di seluruh pelusuk Pasir Mas.

Setelah 25 tahun, mereka dikurniakan 13 belas orang anak setelah Plumpy monopaus dan Hiro sudah tidak lagi gemarkan coli.

Mereka sama-sama tersenyum melihat tulisan di blog mereka 25 tahun yang lalu.


Kalau dah jodoh Hiro dan Plumpy.

gua agak dua-dua orang ni anak tauke getah sekerap sebab dah ada wifi streamyx 25 tahun lalu. tambah pula ada telefon besar kereta sorang satu kat rumah. tambah pelik. dah ada blogspot 25 tahun lalu. keh keh keh.


05 November 2010

kasih sayang

 sakit

 makanan

 tenat

 mati

 menangis

 redha


you ols paham tidak?

03 November 2010

test di malam hari


update 1/11:  test 2(last test) on 3/11 will cover lectures 8-13 and will be MCQ like the test 1. Meanwhile, the test 1 result is out, check the attached file. There's 2 sheets in the file, depending whether you sat for the test on the actual date, 2nd Oct or if you sat for the replacement test, pls check accordingly. Also pls check your slot for the upcoming test 2 next week.

12/10/2010:
Pls be informed that the Test 2 (final test) will be held on wednesday, 3/11/2010 between 8-11pm at the main hall. Details of the test slots will be informed later.

nak dijadikan cerita. lepas buat revision last minit. lepas 'pusing-pusing' slides notes sambil layan facebook. ready dengan kasut. gua bertolak pergi main hall dengan roomate tercinta.

test kali ni cukup mudah. Test Introduction to Oil and Gas. sambil pejam mata pun boleh jawab. MCQ test. maknanya soalan objektif. kalau gua tak study pun ok. tiru mamat Mesir kat sebelah. 90% dalam tangan. tapi gua mahu score 100%. sebab tu gua study sungguh-sungguh.

tadi. dalam tengah duk khusyuk gua perah otak pikir jawapan. tiba-tiba pengawas peperiksaan duk perhati gua. kalau jauh tak pe lar. ni tidak. betol-betol berdiri sebelah gua. kalau biasa-biasa tu ok lar. ni tidak. amoi comel. kiut miut. tak ke stim gua bila amoi cun duk perhati gua dari tepi. jaraknya 5 cm dari meja gua. dekat tuu.

gua ni pulak jenis pemalu. memang tak boleh concentrate langsung. amoi tu pulak pakai jeans ketat bontot. adoiii. uji keimanan gua betol. 10 minit jugak lar amoi tu duk perhati gua dari tepi. mungkin amoi ni syak gua meniru mamat Mesir sebelah. padahal mamat tu yang tiru gua.

habis test tadi. cepat-cepat mata gua cari balik amoi tu. mata bertentang mata. lalu gua bagi senyuman manis kat amoi tu. dibalasnya pulak dengan senyuman menggoda. babi lar. tergoda gua. dari mata turun ke dada. oppsss.  32 cup B.
                                                                                                         
ok. teeet. gua nak mimpi amoi tu malam ni.
ctrl+A

02 November 2010

sembilu


"sape Awang tu? dah lama ko janji nak bagitau sape Awang tu."

"Awang satu universiti dengan Ros eh? ke Awang mane ni? ramai sangat manusia bernama Awang ni."

"yelar. Awang mana lagi. aku tanya Awang kawan satu course dengan Ros lar. aku tau Awang tu sorang je. kawan kat FB ko tu lar."

"hurrrmm. Ros cakap dia suka Awang."

"Ros suka Awang?"

"ye. Ros suka Awang. Awang pun suka dia. sama-sama suka. sama-sama pendam rasa."

"hah? Ros suka Awang?"

"tu yang Ros bagitau aku. Ros cakap mereka Teman Tapi Mesra sekarang." 

"ok. bagitau Ros. sudah-sudahlar layan aku ok."

"dia layan ko sebagai kawan lar."

*offline*

"weh, janganlar macam ni."

*****


lalu gua turun main bola nak cari kaki nak sepak negro nak sepak kuat-kuat. maaf kalau gua terkasar main bola tadi. tak ada sape tahu hati gua sekarang macam mana.

but life still moves on. final exam is coming. concentrate to that first.

lets forget this fucking part.

29 October 2010

rendang daging ibu

Academic Writing - 15 November

Differential Equation - 18 November

Physical Chemistry - 21 November

Organic Chemistry - 22 November

Aidiladha - 17 November


ok. macam mana gua nak makan rendang daging tahun ni?  

28 October 2010

oh bulu-bulu!


gua punya kelas hari ni, pukul 2 petang. tapi hari ni gua tetap bangun awal walau semalam gua tido 1 jam saje. biasalar, mood final exam dah dekat. lagi tiga minggu. sebab gua mahu capai kejayaan.

no others person can determine your future except you.

macam biasalar. mandi pagi gua memang cukup lama. sebab tiaptiaphariguamandijunub. sebab pagi-pagi gua suka tilik muka gua depan cermin besar dalam toilet. sebab gua rasa gua sangat hensem. check jerawat baru. check bulu hidung. bulu ketiak. tahi gigi semua. make sure all clean.

tapi pagi tadi. mood nak mengadap cermin lama-lama tiba-tiba hilang. sebab dalam sinki, penuh bulu-bulu tak dikenal pasti. babi lar.

gua syak. semua ni, bulu-bulu dada mamat Mesir jiran sebelah bilik gua. mungkin beliau buat pembersihan bulu dada maksimum semalam.

27 October 2010

gua punya hati


kalaulah hati ini boleh dikeluarkan. lalu diletak di atas meja. diambil satu kanvas putih lalu diupah seorang artis untuk melukis hati ini. nescaya artis itu tidak mampu untuk melukisnya. kerana hati ini terlalu perit untuk menahan segala seksa jiwa selama ini.

dan andai hati ini boleh berkata-kata. mungkin bumi ini tidak mampu menahan titis-titis air mata dan gelaplah awan, mendunglah bumi ini, menyoroklah matahari kerana tangisan hati ini sudah tidak dapat dibendung lagi. datanglah guruh dan petir bersama tangisan hati ini. mencurah-curah, membasuh segala duka hati ini.

Tears can clean the empty heart.

betapa seksanya hati ini untuk menunggu selama itu. melihat kau bermesra dan bermanja. walhal mereka itu sekadar kawan lelaki kau dan kawan sekuliah kau. inilah cemburu.
















cubaan pertama sebagai hackshitam.